Aduhai Teka Silang Kata........

Bismillah..........

Dari hari itu lagi aku nak update blog, namun tidak kesampaian kerana gara-gara sambungan internet yang tidak baik dan teruk. Hahaha, inilah contoh universiti apex.

Apapun, aku tak ingin bercerita mengenai sambungan internet sebenarnya, apatah lagi universiti apex, topik tersebut sepatutnya dibincangkan oleh para MPP atau para MPDMN. Cuma dinyatakan sebagai pembuka kata sahaja untuk entri kali ini.

Suatu malam yang sepi.......

“Aik, mana Lukman?” Lukman yang aku lihat duduk di kanan aku, di meja Azmir hilang begitu sahaja.

“Tak tahu dia........” Che Joe jawab pendek.

Kami pun menunggulah Lukman untuk kembali semula. Sementara tu aku cuba menyiapkan kerja yang diberi oleh Dr. Naeem. Kami bertiga dah rancang nak berbincang mengenai kerja Biostatistik ni, memandangkan aku ni lemah dalam topik ‘correlation’ dan ‘regression’.

Namun, selepas setengah jam berlalu, ‘ketua’ kami nampaknya masih lagi tidak pulang ke bilik. Aku pun dah buntu, tak tahu nak buat lagi. Che Joe pula layan internet. Waktu tu, Nurani dapat internet lagi. Hahaha.......

Aku pergi ke laptop Lukman, nampak Yahoo Mesenger Lukman bernyala. Hah, apa lagi, aku pun buatlah cybercrime. Beri mesej pada Fatin guna nama Lukman, siap cakap nak beri coklat lagi tu.

Tengah-tengah bosan tu, aku terlihat sesuatu di tepi meja Che Joe. Majalah. Solusi nama majalah tersebut. Tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku capai, aku baca sedikit dalamnya.

Che Joe yang melihat aku membaca majalah tersebut mencadangkan aku membaca satu artikel yang dia rasakan menarik. Memang menarik, cuma ada satu bahagian tu buat aku keliru kerana berlainan versi dengan apa yang ustaz aku pernah ceritakan.

Tengah aku belek majalah tersebut, aku terbuka satu halaman muka surat. Di situ, ada teka silang kata. Memandangkan masa itu aku dah betul-betul bosan menunngu, aku minta sebatang pensel dari Che Joe dan aku pun cuba menjawab.

Tak lama selepas tu, Lukman pulang, namun aku masih khusyuk menjawab teka silang kata tersebut. Aku kemudian menarik mereka berdua untuk bersama-sama menyelesaikan teka silang kata tersebut. Matlamat kami? Hadiah pertama, RM 300. Hahaha..........

Pelbagai perkataan kami cuba untuk mengisi kotak-kotak kosong tersebut. Kebanyakan soalan tasawur berjaya aku jawab, manakala soalan umum aku serahkan pada Che Joe. Lukman turut menyumbangkan idea. Masa tu, kamus memang kami belek habis-habisan.

Namun kami tetap kecundang dengan beberapa soalan yang mengelirukan terutamanya soalan perkataan arab. Kecewa juga aku kerana tak dapat menyelesaikan kesemuanya, walaupun kami dah berjaya jawab dalam 80% daripada semuanya.

Dahulu, aku memang seorang penggila teka silang kata. Pertandingan di majalah dan suratkhabar sering aku cuba, namun aku malas nak hantar. Kalau tak, mesti aku dah menang banyak hadiah. Kikikiki.......

Tiba-tiba, masa tu aku teringat akan kenangan lama, sewaktu di sekolah menengah dahulu. Sempena Minggu Sastera, beberapa pertandingan telah diadakan. Antaranya adalah pertandingan menjawab teka silang kata.

Aku adalah salah seorang pesertanya, di mana semasa sehari sebelum tarikh tamat, aku tidur lewat hingga pukul 3 pagi hanya untuk membelek kamus mencari jawapan yang sesuai. Akhirnya aku Cuma mendapat tempat kedua kerana salah menjawab satu soalan sahaja.

Fokus aku sebenarnya untuk dua cerita kali ini adalah keasyikan dalam menjawab teka silang kata tersebut. Korang pernah tak menjawab teka silang kata sebelum ini? Apa yang dapat korang rasakan semasa menjawabnya?

Bagi aku, aku sedaya-upaya mencari jawapan bagi setiap jawapan, memang asyik. Malah, aku takkan berasa puas hati selagi jawapan tak dijumpai, biar merujuk kamus pun aku sanggup. Kadang-kadang tu, perkataan yang enam huruf yang hanya diketahui huruf awalan, contohnya S, aku baca satu-satu dari kamua semua S yang berjumlah enam huruf yang mempunyai maksud yang sama yang berkemungkinan menjadi jawapannya.

Bayangkanlah, 2 jam menjawabnya aku rasakan seperti 2 minit sahaja. Selain itu, kalau kita berbincang dalam menjawabnya, aku terasa kita dapat mengeratkan silaturrahim, di samping melihat sejauh mana kehebatan rakan kita berfikir.

Dalam satu artikel yang pernah aku baca juga ada dinyatakan, teka silang kata juga merupakan salah satu senaman otak selain dari sudoku dan catur. Memang aku akui kebenarannya kerana pada waktu ini, minda kita akan lebih berfungsi dan menjadi lebih kreatif mencari jawapan ataupun mengatur strategi. Bezanya bagi aku, kalau main catur, bila dah kalah rasa nak humban sahaja papan catur tersebut.

Permainan-permainan ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Beberapa perkataan yang kita jarang dengar dapat kita ketahui dan aplikasikannya. Malah pengalaman merangka strategi seperti bermain catur dan sudoku dapat mematangkan kita.

Apapun, aku tak boleh nak menceritakan kebaikannya secara spesifik di sini. Mungkin korang boleh mencubanya.

p/s: Bila pulang dari pesta buku, Che Joe mengajuk aku, “Jom wei, kita selesaikan lagi teka silang kata ni” sambil menunjukkan 2 teka silang kata dari majalah dewan yang baru dibelinya. Hahaha.......

Wednesday, April 1, 2009

9 Comments:

lea said...

dulu pun aku penah nak masuk teka silang kata taw kat dlm metro..
setiap hari aku beli surat khabar..n sume jawapan aku jumpe...suma aku refer kat kamus dewan bahasa..untung jgak aku kena paksa beli kamus tue dulu..huhu
tp last2..tibe hari sabtu..hari last utk soklan teka silang kata tue...kedai surat khabar kt kg aku tutup pulak gara2 kematian...so..xdpt la aku beli surat khabar n jawab teka kata tue..
habis hancur musnah harapan aku nak menang...huhu
pas ari tu, aku dh malas nak layan teka silang kata lagi...huhu

CJ-alhafiz said...

wahahaks!! memang best .....
nanti kita tunggu rm300 tu sampai ok...

teddygirl49 said...

aza...cyber crime tu x bagus taw...
huhuuuu

DarkArtz said...

lea: hahaha, macam kisah mak cik aku...........
penat dia kumpul, akhirnya yang isu akhir dia tak beli.......
sebab balik kampung.......

Che joe: kau dah hantar ke???
dah jawab yang perkataan arab tu??

fatin: teddygirl???
kau berapa tahun ni??
heheh, dr cakap, kalau buat tanpa sedar, tak dikira cyber crime.......
uhuhuhu........

chanz said...

la si azmir kan sekolah arab..

ha. masa aku form 3 aku ingat aku rajin wat crossword nih. gila rajin. ye r. sume majalah nak wat silangkata. cam takde mende len. maen je r. masa form 3 aku ni rajin beli majalah le katakan..hua3

DarkArtz said...

masa tu azmir tak ada di bilik...........
dia balik rumah kalau aku tak silap........
dulu kita semua cukup rajin beli majalah kan..........
aku pun sama, lebih-lebih lagi buku komik, sampai sanggup tahan perut di sekolah..........
sampai masuk USM, dah malas dah nak beli......
contoh: Kreko........

Encik Din said...

bagus2

DarkArtz said...

apa yang bagusnya din???
aku rasa biasa saja........
hehe.......

AzizMostafa said...

Teka Silangkata Kelopak?!
http://typophile.com/node/51401
Semoga Berjaya