Uhhh, Tak Sangka Jumpa.......



Bismillah.......

Pada 29 Mac 2009 yang lepas, aku, Che Joe, Lukman dan Azmir pergi ke Pesta Buku Kelantan 2009 yang diadakan di Dewan Jubli Perak. 

Memang banyak gerai yang dibuka pada hari tersebut. Berjalanlah kami mencari buku yang kami minati. Che Joe mencari buku novel inggerisnya, Lukman mencari buku misteri atau seramnya, Azmir pula melihat pelbagai genre novel.

Aku pula tiada spesifik yang aku minati. Memang aku akui yang aku minat dengan novel misteri tapi, aku faham, penulis Malaysia tak banyak yang hasilkan novel misteri. Kebanyakannya menulis novel cinta dan ‘jiwang’.

Berjalan-jalan, aku melihat semua buku yang mungkin aku minati. Dan apabila tiba di gerai Galeri Ilmu, aku terlihat buku yang sudah lama aku cari. Buku karya Ustaz Hasrizal iaitu Aku Terima Nikahnya (ATN).

Jadi, aku nak cerita sedikit mengenai buku yang aku beli ini........

Dah lama mencari, barulah jumpa...

Buku ATN ini ditulis oleh Ustaz Hasrizal yang lebih dikenali dengan nama saifulislam.com. Walaupun dia seorang ustaz, namun aku lebih suka melabelkan dia sebagai seorang pemikir. Kenapa? Kerana caranya menyampaikan sesuatu mesej lebih membawa kepada pemikiran pembaca bersama.

Dari tajuknya, orang mungkin menyangka ia adalah satu kisah cinta atau mungkin metodologi perkahwinan sama ada pre dan juga post seperti buku-buku motivasi yang lain. Aku pun berfikir sebegitu pada awalnya.

Namun, buku ini sebenarnya lebih bersifat pemikiran bukan sahaja mengenai perkahwinan, malah dari segi anak-anak, desa, pengalaman, dan lain-lain lagi.

Semuanya bukan bersifat fakta artikel panjang yang membuatkan orang bosan membacanya, namun medium bab yang disampaikan adalah secara cerita pendek, selalunya pengalaman yang dilalui olehnya sendiri, yang menghilangkan kebosanan pembaca.

Sedikit humor juga diselitkan dalam setiap bab, untuk menghiburkan pembaca di samping menghilangkan kebosanan yang melanda. Gaya bahasa yang digunakan jelas dan tiada unsur kekeliruan.

Dan unsur yang paling penting dalam buku ini adalah provokasi dan pemikiran. Ia sering memprovokasi pembaca supaya terus berfikir mengenai sesuatu. Ditambah pula dengan sedikit dalil dan nas sebagai pembuktian untuk melengkapkan lagi pemikiran.

Sebenarnya, buku ini adalah koleksi kepada sebahagian entri yang pernah ditulis di laman webnya. Sebab itulah dia sering menekankan penggunaan bahasa Melayu yang baku, bukan rojak atau pasar, lebih-lebih lagi singkatan, kerana bahasa baku ada nilainya. Buktinya? Sebahagian entrinya sudah pun menjadi buku.

Buku ini adalah antara buku yang boleh aku katakan laris, sehingga telah diulang cetak beberapa kali.

Aku cadangkan korang membaca bab ‘Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat’, ‘Di Mana Damai Desa?’, dan ‘Cerdik Bukan Macam Kancil’.

Pegangannya : Erti Hidup Pada Memberi

Teringat akan permulaan aku mengenali saifulislam.com. Aku masuk ke friendster kawan aku, Sudin. Masa itu ada cerita yang diletakkan pada profil dirinya. Apalah budak ni mengarut kataku dalam hati.

Namun setelah dibaca, aku terasa menarik, mesej yang dibawa adalah dalam bentuk pemikiran. Pemikiran penulis dan seterusnya penulis membawa pemikiran tersebut kepada pembaca. Memang menarik. Artikel pertama yang aku baca itu adalah artikel Kenapa Mahu Menjadi Doktor. Dari situ, aku mula mengikuti perkembangan saifulislam.com.

Selain itu, gaya bahasanya antara sebab aku meminatinya. Gaya bahasanya bersahaja, namun tetap mampu menyampaikan mesej dengan jelas. Bahasa baku dan penggunaan ganti nama diri ‘saya’ menyebabkan aku lebih tertarik. Ditambah lagi dengan bahasa kiasannya.

Ingat lagi entri aku mengenai bahasa di blog? Salah satu rujukan aku adalah daripada entrinya sendiri yang pernah dinaikkan suatu masa dulu.

ATN 2 : Bercinta Sampai Ke Syurga

Rindu Bau Pohon Tin

Dua buku di atas ni adalah buku terbaru beliau yang akan dipasarkan tak lama lagi. 

Bercinta Sampai Ke Syurga adalah sambungan buku ATN manakala buku Rindu Bau Pohon Tin adalah buku mengenai diari kembara penulis semasa belajar di negara orang. Aku lebih selalu dan suka membaca ceritanya di negara orang.

Dua buah buku ini adalah buku yang bakal diterbitkan dan mula dipromosikan di Pesta Buku Kuala Lumpur pula pada 25 April 2009. Aaahhhhhh, aku teringin nak baca terutamanya buku Rindu Bau Pohon Tin. Kalaulah aku habis peperiksaan sebelum 25 April. Huhuhu.

p/s: aku dah khatam buku ATN dalam masa seminggu, walaupun sibuk baca nota. Betul-betul tak boleh tahan nak baca buku ni. Kikikiki........

Monday, April 6, 2009

10 Comments:

chanz said...

pinjam..hehe. kalo rasa cam sesuai baru aku g beli..ahak

lea said...

ehem..
aku terima nikahnya?
macam best jerk..
aku nak pijam jugak...

DarkArtz said...

chanz: takkan kau tak pernah baca saifulislam??
kalau pernah baca kau tau la best ke tak........
huhuhu.........

lea: ni lagi sorang........
meminjam saja kerja........
hahaha.......

SESIAPA NAK PINJAM BOLEH, TAPI KENA PULANGKAN SEBELUM CUTI SEMESTER.
aku nak beri kakak aku baca.......

lea said...

wah..adik yg baek..
kalo cm2 aku nak pijam sem depan jela ek...
xsempat nak bace skrg ni..huhu...

p/s: jgn lupe cd aku tue...

quzie fathihah said...

buku ni memang best..
aku baca tp xkhatam je lg..
ntah bile nak abeskan baca buku ni..

DarkArtz said...

lea: aku kalau kasi kakak aku pinjam, tak tahu boleh dapat balik ke tak........
sebab dia dah kawin, tinggal rumah suami dia.........

quzie: kau pun ada ye???
dah baca dah tiga bab yang aku cadangkan tu???
menarik woo........

AnNe said...

owh...
buku ATN tu my sister ada...
tp x de ms lak nak baca ms dia bwk balik ms dia cuti aritu...
bez ek?
nnti ble da habis exam nnti nk try bc la...=)

DarkArtz said...

haaa anne, nak tau best atau tidak, kenalah baca........
lain orang kang cakap lain pendapat.........
tapi bagi saya memeng best la........
huhuhu........

chanz said...

maksud aku sesuai tak dgn waktu ketika ini masih belaja..ha..nikah2 plak tu. tapi yg kembara tuh aku nk beli..bila ia nak kuar?

DarkArtz said...

sesuai apa tu???
aku tak faham maksud kau.........
dari sudut pembacaan, memang sesuai dibaca sebab dia tak menyentuh hal-hal yang tak elok, lebih kepada umum...........
dari sudut kahwin, dia cakap tak sesuai sebenarnya kahwin awal lebih-lebih lagi yang tak cukup matang.........
alasan: manusia mudah jemu........

aku dah check, yang travelog tu akan dipasarkan masa book fest di kuala lumpur bermula 16 april.........