Pilihan Raya Kampus 08/09

Bismillah........

Aku menguap, mengantuk lagi, mata pun rasa nak tutup balik.

Bangun awal aku pagi ni, sebab semalam aku tidur awal. Aku gagahkan juga diri nak pergi bilik air, bersihkan diri nak sembahyang Subuh. Bila nak keluar je dari bilik, aku ternampak satu kertas terselit bawah pintu.

Aku ambil, angkat dan baca. Tulisannya besar, font saiz 20, mungkin. Tidak bertajuk dan tidak bergambar. Namun, tujuan penulisannya tetap jelas tempampang, malah kepada siapa ditujukan pun dapat diketahui.

Apa yang aku nak cerita di sini, kandungannya memburukkan atau lebih jelas lagi, mengutuk salah seorang bekas MPP. Dan aku rasa mungkin si penulis ini adalah salah seorang calon sekarang atau penyokong calon tersebut. Heh, macam-macamlah diorang ni.

Aku letak kertas tersebut atas meja Riduan dan keluar dari bilik, haaa, aku terjumpa satu lagi kertas di atas rak kasut. Aku ambil dan baca, ada tajuk dan salah satu perenggan dibesar dan diboldkan.

Haha, kali ini, kandungan kertas ini jelas ditujukan kepada calon tadi, dengan sedikit pengaruh kepada pelajar kampus agar memilih calon yang lebih baik. Bagi aku, masih ada unsur memburukkan calon tersebut.

Sekali lagi aku ketawa. Macam-macamlah diorang ni.

Jujur aku cakap, aku bukanlah penyokong untuk kedua-dua pihak dalam hal ini. Apatah lagi aku kurang berminat dengan politik, bukan tak suka, cuma tak minat. Aku lebih suka meilhat reaksi para pemain dunia politik kampus. Melihat siapa yang membangkang, siapa yang menentang, siapa yang menang dan siapa yang melatah.

Dan ini adalah salah satu senario yang biasa digunakan dalam dunia politik sebenar, memburukkan calon lain. Semua kesalahan kecil akan ternampak jelas bagaikan gajah. Masing-masing cuba memburukkan lawan untuk mendapat kuasa pentadbiran.

Memburukkan lawan ni memang satu strategi ke? Strategi bagus atau kotor? Bagi aku, biarlah orang main kotor, tapi jangan kita main kotor. Mungkin pemikiran aku ni kolot........ Bukan apa, memburukkan orang lain dah nampak macam menghancurkan imej sendiri, takut sangat bakal tak menang. Dan yang paling orang fikir, kemaruk nak kuasa. 

Tapi bila aku dengar manifesto masing-masing, sama sahaja manifesto kedua-dua pihak. Adakah manifesto ini cuma alat mempengaruhi pelajar? Atau tujuan sebenar perjuangan mereka? Kalau benar manifesto ini yang mereka perjuangkan, kenapa nak berlawan nak menjatuhkan lawan? Ohh, di saat ini, aku terfikir, masing-masing mempunyai agenda di belakang.

Apapun terjadi, semua pemimpin mahukan nama yang baik. Semua pemimpin mahukan kesejahteraan kampus. Semua pemimpin mahukan kebajikan pelajar. Jadi, kenapa tak boleh sepakat dalam hal politik? Agenda......

Sehinggakan semasa mengundi tadi, aku duduk di dewan dengan masa yang lama, tidak tahu yang mana satu perlu dipangkah. Serius.

Kalau diikutkan, semua calon tahun ini amatlah berkaliber. Malah aktif dalam pelbagai aktiviti. Bukan itu sahaja, hampir semua matlamat mereka adalah sama. Namun, hati manusia Allah sahaja yang tahu.

Apapun yang terjadi selepas ini, biar siapa pun yang naik, dah menjadi tanggungjawab dia untuk menunaikan janji-janji, dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu dan menegur.

Pemikiran aku sentiasa hendakkan kesatuan antara kita, bukan perbalahan, mungkin pemikiran aku ni kolot kot. 

Pilihlah yang mana korang rasa baik untuk korang. Terutamanya, sokonglah mereka yang boleh buat kerja.

Yang pasti, ini pilihan raya kampus pertama yang kontroversi sejak pengalaman aku di matrikulasi. Kikikiki.....

p/s: keputusan dah keluar. Lepas ni kita tengok macam mana rentak diorang menari atas pentas kampus. Akhir kata, maafkan pemikiran kolot ini, aku tak menyokong sesiapa pun sebenarnya. Cuma suka melihat latah orang saja.

Thursday, January 15, 2009

2 Comments:

CJ-alhafiz said...

Hahahaha...... tak kolot pun pemikiran ko tu sebab banyak yang betulnya..... yang kolotnya org yang terlibat dalam pilihanraya kampus, walaupun tak semua tapi ada cara mereka yang agak terkeluar dari acuan sebenar berkempen.... ngehehehe.

Menifesto2 tu adat berpolitik...
Macam nak pancing ikan... kalo guna umpan cacing dapat la ko ikan puyu or haruan, tapi kalau guna umpan yang beli kat kedai tu, harga berpuluh2...mungkin dapat ikan toman kot... ghahahaha!!! yang aku risaunya, janji tinggal janji... masa kempen bukan main la smgt, nk jumpa ngan pelajar.... tapi kita tengoklah lepas ni..

DarkArtz said...

betul jugak tu, entah janji dapat ditunaikan atau tak, tak tau le..........
dan aku bimbang gak, bile diorang dah naik, isu janji tu jadi sunyi, xde berita........
kita tengok cemana diorang menari nanti........