Malam Penutup MPI ke 11

Bismillah........

Perghhhh, dengan berakhirnya penutup MPI pada malam ini, secara rasminya aku pun dah habis bertugas sebagai ketua projek untuk pertandingan khat, multimedia dan fotografi. 

Dan hari ini, walaupun sebelah petang aku tiada kelas, tetapi aku tetap sibuk. Sibuk mencari hakim, pergi jabatan bendahari, ambil poster TOT, dan membuat video untuk para peserta. Fuhh.... Penat.....

Tapi, Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Cuma tiga perkara sahaja pada malam ni yang membuatkan aku terkilan sebagai ketua projek ini. Tapi tak mengapalah kan, benda dah berlalu. Nak ubah pun dah tak boleh dah.

Apapun, hasil karya aku dalam membuat video peserta untuk pertandingan khat dan fotografi dapat ditunjukkan tadi kepada semua hadirin. Mungkin tak seberapa sangat sebab aku tak cukup masa tadi. Lagipun aku sebenarnya ulang buat video tu sebab mula-mula salah save..



video

Kalau korang tengok video ni sampai habis, saja aku tak letak nama pemenang di akhir video. Saja aku letakkan ' Dan pemenang adalah.....'. Bagi para peserta suspens sikit. Tak tahulah diorang suspens ke tak. Huhuhu. Cuma satu je aku suka video ni, aku suka lagu dia. Lagu In Team, Sutera Kasih.

Keputusan untuk Explorace MPI juga keluar malam ini. Dan kumpulan Kambing Hitam memenangi tempat KEDUA. Fuh, tak sangka betul. Tahniah buat kita semua. Tak sia-sia Che Joe jadi imam, Lukman praktik tayamum, Syazwan menulis jawi, Azmir makan nasi masin dan aku yang jadi model. Alhamdulillah........

Keseluruhannya, MPI tahun ini memang menarik. Cuma ada beberapa kelemahan. Mungkin masih dapat diperbaiki lagi untuk tahun hadapan.

Dan aku cukup kagum dengan barisan Exco Grafik MPI tahun ini, diketuai oleh Syafiq dan Huda. Memang masih banyak yang perlu aku belajar dalam grafik..........

Dengan berlabuhnya tirai MPI pada malam ini, tamatlah sudah MPI ke 11 sesi 08/09. 

Alhamdulillah aku ucapkan kepada Allah yang sentiasa melayan rintihan dan masalah aku dan sentiasa juga memberikan penyelesaiannya.

Sekalung penghargaan aku ucapkan kepada semua yang membantu menjayakan projek aku, terutamanya pembantu aku yang banyak bekerja, mungkin lebih daripada aku sendiri, Nafsiyah, orang-orang bawahan aku, pengadil, Encik Saiful Haizad Ahamad Jainid, Pusat Islam, Exco Grafik, Pengisian, Publisiti, Protokol, Peralatan, Hadiah, dan juga mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung yang tidak disebut di sini.

Jutaan terima kasih kepada anda semua.......... Syukran........

Semoga salah dan silap diri ini dapat anda semua maafkan..........

Sunday, January 18, 2009

7 Comments:

chanz said...

wat gapo mung nak cari kawe? hah
aku tak sempat pon tgk video ko..hak2

DarkArtz said...

dah tu kau duduk luar je........
masuk le dalam, semalam dalam dewan tu macam panggung wayang tau, asik tayangan je.........
kikikiki..........

AnNe said...

haha...~ btol2... tayangan je...=) at last tu bosan sbb tayangan pnutup tupanjang sangat...=P em... tahniah gak kat grup kamu... next time kte bsaing lagi ye? persaingan yang sihat... haha...~

lea said...

apsal x kuar pun video ko ni?
aku nak dgr lagu sutera kasih ni..
my faveret song tyme kat sekolah dulu..
penuh ngan kenangan terindah..
wheee~~~

DarkArtz said...

Anne: bukan laki dengan perempuan kategori lain ke??
takleh bersaing le, hehe.......

lea: eh, xleh bukak ke video???
lambat skit kot, aku boleh je tengok........
lagi satu, kenangan terindah apa tu???

AnNe said...

kte kan start kat stesen yang sma...
ley kira cam bsaing gak tu...
=P

lea said...

kenangan terindah yg mengigtkan aku kat zaman sekolah aku...
suke sgt dis song...
heee...