Umpama Permainan

Hidup sentiasa penuh dengan kejutan. Itulah yang menarik mengenai hidup.

Bismillah.........

Dia lagi. Memang aku akui yang aku betul-betul tak sangka. Kadang-kadang aku tak tahu aku ni beruntung atau pun aku ni malang.

Semuanya kelihatan seperti sudah dirancang. Seperti sudah diduga. Namun tak pernah sekali pun aku merancang apa-apa. Pun tidak sekali mengatur strategi. Apatah lagi mengambil tindakan drastik. Jadi adakah ini nasib?

Suatu ketika dahulu, pernah aku minta agar diberi peluang, peluang yang aku rasa penting. Sebabnya peluang ini tak selalu datang. Lebih-lebih lagi dalam kes aku. Dan aku amat pasti tiada peluang dah bagi aku selepas ini.

Namun, aku tak pasti sama ada hajat aku termakbul atau ini cuma satu ujian untuk aku. Ujian untuk melihat apa yang aku akan lakukan. Apakah aku akan terus berjalan perlahan, berlari deras ataupun tertiarap kaku?

Hidup ini umpama permainan.

Permainan papan dan dadu.

Ambil dadu, baling dan dapat salah satu permukaan menandakan sebanyak mana perlu kita mengambil langkah. Langkah untuk buah kita dijalankan sebanyak petak yang dinyatakan oleh encik dadu.

Langkah itu sememangnya tidak kita sangka. Mungkin tiada apa yang terjadi. Mungkin sahaja bernasib baik disuruh mara ke hadapan. Mungkin disuruh undur beberapa petak. Dan mungkin sahaja kehilangan giliran atau ditendang keluar dari permainan.

Begitu juga dengan aku. langkah aku ke hadapan berdasarkan keputusan yang diambil setelah banyak perancangan dibuat. Namun, setelah perancangan dilaksanakan, elemen kejutan kadang-kala datang bertandang.

Memang betullah kata orang, manusia hanya merancang, namun Allah yang menentukan. Dan setiap kejadian sememangnya mempunyai hikmah.

Jadi.......

Adakah aku perlu mengambil peluang aku? Ataupun aku perlu berdiam diri?

Adakah aku perlu merancang beberapa strategi lagi? Atau sekadar berdiri jauh melihatnya?

Adakah tindakan perlu aku ambil? Atau berserah sahaja pada keadaan?

Biarlah aku fikirkan dahulu.......

p/s: kata orang, jangan bertepuk sebelah tangan, jika tidak, manakan berbunyi.

Tuesday, July 7, 2009

9 Comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

haha...dalam benar maksud entry kau kali ni. susah juga la bagi manusia yang macam aku nak memahami..

Quzie Fathihah said...

peluang apa yg ko dpt??xnk share ngan ktorg ke??huhu

Din_diet said...

aku pun kurang faham ni..

p/s: lukisan ko memang cantik!

chanz said...

lololol....tersirat tuh

DarkArtz said...

hahaha..........
takleh cerita lebih-lebih di tempat umum.........

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

lukisan itu mmg chantek..

DarkArtz said...

hahaha, sketch pendek je tu..........

Anonymous said...

Hehe,
Jawapan tuh terletak kat diri ko sendiri. Hanya ko yang tau apa yang ko perlu buat.

Kata orang. Jangan kita pandang ke belakang. Tapi tolehlah sejenak.

Peluang yg datang tuh bukan slalu. Rebutlah...

Hehehe, hidup umpama perjudian, ko tak tau ko nasib baik atau nasib malang sehingga ko bukak kad seterusnya.