Dapat juga aku merasa kesusahan di tahun tiga kursus forensik ni. Memang mencabar betul. Satu minggu, tiga kali masuk makmal buat eksperimen. Balik bilik dah penat. Kelas awal pagi. Malam buat laporan. Sudahlah aku menulis lambat. Lambatlah habis. Jadi, bila masa aku nak baca nota?
Aku kena buat jadual waktu untuk uruskan masa.......
Sejak akhir-akhir ni, aku terasa sunyi sedikit. Sepi..... Rasa sedikit berlainan semasa aku berada di tahun kedua dan pertama. Mungkin kerana pelajar tahun ketiga PPSK sudah pun berpecah dan mengambil haluan kursus masing-masing.
Namun, antara faktor utama yang buat aku terasa sunyi adalah kehilangan senior. Senior tahun keempat sudah pergi ke PDRM dan senior yang sudah tamat, memang dah susah nak jumpa.
Aku suka berkawan dengan mereka. Perangai dan otak mereka membuatkan aku terasa seperti berada di samping kawan-kawan di matrikulasi. Perangai gila-gila, dan yang penting, tak pernah terasa di hati. Cakaplah apapun, semburlah apapun, kutuklah apapun, semuanya terasa lawak dan tak pernah rasa marah. Mereka tidak sensitif seperti kebanyakan pelajar lain di USM.
Aku dan mereka yang dah letih sangat masa malam Installation....
Aku cukup suka datang ke bilik mereka semasa di tahun pertama dan kedua dahulu. Biasanya aku datang melawat Rashid dan Ikram. Bertukar pandangan, minta cetak, minta tunjuk ajar dan yang paling aku suka sekali, minta soalan tahun lepas. Hahaha......
Yang selalu datang bilik aku pula Syuk dan Daus. Datang bilik tak lain nak minta cerita dari aku. Sempat lagi diorang tengok cerita yang banyak tu. Aku sendiri pun tak habis tengok. Daus lagilah, entah berapa kali ulang tengok cerita One Piece.
Aku selalu nampak Faisal di surau dan ketika jogging. Kata Rashid, Faisal belajar sampai lewat malam. Hinggakan Daus pernah cakap, "Nasib baiklah Iman dulu sebilik dengan aku dulu, kalau tidak, dah gila aku."
Kapten pula kaki surau dan ahli tabligh. Selalu keluar di hujung minggu pergi ke masjid. Aku selalu juga minta nasihat dia dalam grafik. Jaidi satu bilik dengan Kapten, selalu nampak dia berjalan dengan awek dia. Huhuhu.....
Tapi keputusan mereka tetap tinggi-tinggi.
Macam manalah ya diorang menguruskan masa?
Aku teringat kata-kata Bul masa orientasi dahulu. “Sekarang kau minatlah forensik. Nanti dah lama-lama nanti, kau takkan minat dah.”
Adakah sekarang masanya?
p/s: tak hairanlah diorang digelar "the best batch" oleh pensyarah kami.
4 Comments:
so then,skrg ni kamo0 msih berchenta dgn forensik atau tidak?
hah haha....betol2...diorg mmg batch yang terbaik tuk forensic. sangat bersatu.. dan sgt pandai. Aku pon respect kat diorg walaupon aku.....tak da la rapat sgt ngan diorg. huhu....
Malam tadi aku nampak jaidi! napa dia kat sini???
betul2 aku sokong ckp che joe
aku pun rindu gak kat senior kite
geng2 kak alin, diorg kecoh..best...
jaidi jupe awek tersayang la tue..hehe
reen: itu sudah mesti........
kikikiki........
che joe: cemana dengan batch kita???
huhuhuhu........
lea: pas ni diorang grad, makin rindu la.........
ingat lagi masa mula-mula kenal diorang dulu melalui interaksi forensik.......
Post a Comment