Aku sempat pergi ke pasar malam semalam bersama-sama dengan Ijon, Che, Iman dan Lukman. Kebiasaaannya, kami akan ke pasar malam selepas maghrib, mengisi waktu terluang sebelum tiba waktu isyak. Malah, pergi pasar pada waktu malam, lebih terasa dengan perkataan “pasar malam”.
Apabila kami tiba, gerai pertama yang kami singgah adalah gerai buah-buahan. Aku ajak mereka berhenti sebenarnya kerana ternampak buah durian. Hoho..... Selonggok dalam lima biji dengan harga RM10. Hah, murahlah tu, kan?
Waktu bersiap balik semula ke kampus baru kami beli durian tersebut. Kelima-lima biji durian tersebut kami bawa ke bilik Che dan kami makan selepas habiskan nasi. Oleh kerana tiada parang, kami sempat menyuruh abang yang menjual tadi membuka separuh durian tersebut. Kalau tahun lepas, tiada parang, kami buka guna sudu. Punyalah menyeksakan.
Huh, memang sedap durian tu, terutamanya durian pertama, kedua dan ketiga. Ulasnya kuning hampir keemasan, manisnya tak usah ceritalah, kalah coklat Apollo strawberry. Tapi, yang membuatkan terasa sedap mungkin apabila kita makan durian tu bersama-sama dalam satu kumpulan. Lepas seulas, seulas lagi diambil.
Teringat tahun lepas. Ketika di tahun kedua semester pertama. Kami baru habis kelas petang, dalam pukul 2 atau 3. Berjalan pulang ke Nurani, aku, Ijon dan Che terjumpa sebuah gerai buah-buahan. Kebetulan di situ ada Ziela dan Merah. Diorang beli buah apa aku dah lupa.
Kami pula tertarik dengan buah durian. Ijon suruh Ziela belanja. Ziela pula senyum. Kemudian kami pulang dengan seplastik durian, dalam 2-3 biji rasanya. Kami terlupa yang di bilik masing-masing, semua tiada parang atau pisau. Ahhh, sudah. Masalah betul.
Akhirnya, sudu diambil, dan kopeklah durian guna sudu tu. Haduhhh, seksa aku melihatnya. Bila dah terbuka, kami pun makan bersama. Astaghfirullah....... Isi durian ini tebal. Sudahlah tebal, keras pula tu. Rasanya pula macam ubat. Tak larat kami nak memakannya. Rasanya itu durian muda.
Durian tu nasibnya di tong sampah, di buang begitu sahaja. Kemudian aku teringat satu perkara.
“Eh, siapa yang bayar durian ni tadi ye?”
Aku memang tak bayar, Che dengan Ijon pun tak bayar. Sangkanya Ziela yang bayar. Tapi aku perasan, yang Ziela cuma bayar buah yang dibelinya sahaja. Hahaha.........
p/s: aku teringat cerita Fear Factor. Mat Saleh ni disuruh makan durian. Muntah-muntah diorang makan. Kalau bagi pada aku, menjilat jari dah.
18 Comments:
maksudnya kita makan durian yang tak dibayar ka mas tu?? ayooo.... ngahaha!!!
fuyoo..buka durian dgn sudu.brutal jugak ko ni.hehe
durian busuk!
sgt3 x sedap..
no offense.
hahaha~
durian....aku dah takde feel dah makan durian. dah allergic dah. mkn je penin. so, say NO to durian! har333
ee...~
durian...
x bez...
haha...~
da jmpa dah geng x makan durian...=P
yay!
dh jmpe geng..
say NO 2 durian..
lalalala~
bagus2.boleh wat fan club "say NO to durian" dah ada 3 ahli. xD
sedapnya durian.....
aku menulis entri ni menunjukkan betapa best nya makan durian.........
korang lak nak tubuhkan kelab 'AntiDurian' kat sini..........
poning kepala eden eh............
patut r korang xdapat buka n makan cz korang xbayar durian itu..haha
haha...~
fasih pon ley join...
geng anti durian ke-4...=P
hehe...~
sowie Azahiri... (^-^)v
haha..dh ade 4 org ahli..
hakim, ko presiden k...
nad jd naib presiden..
tahniah di atas pelantikan..hua3..
lalalala~
udahhhh..........
dilayannya buat Annual Grand Meeting lak kat sini.........
huhuhu.........
durian mmg sedapppp..
tiap kali blk umah msti aku mkn durian..huhu
kopek durian guna sudu ek..aku lg dahsyat..kat matrik dlu kitorg xguna pape pn..kitorg baling je durian 2 smpai t'kopek..mmg b'jaya la..haha..rindu nk mkn durian tepi tasik kmpp..heeee
s/u - nisah
bendahari - fasih
miss q, oh patut le lalu kat tasik wangi semacam je ari tuh...!!!
Nak kopek durian pun ade seni die,
ko kena blaja semetri durian...
Kalo aku, gune lidi pun leh...
pergh, gile belagak...
hahaha
Sape yg antiDorian tuh, Mmg rugi la weh.... X merasa ape yg org rase,
Tempoyak berger paling best... try ar:P
dah rasa dah shalmadrep..cuma dah takde feel dah..td aku g mkn seulas durian. seulas je. pun dah tak lalu. aku boleh makan, cuma aku takde lah mengidam sgt.
sori wahai ahli2 kelab "say No to durian" kerna mengingkari janji2 ilusi kita..hehehhee
mungkin dorg yang tak suka makan durian ni ada faktor genetik kot.........
mutation kot........
kikikiki........
Post a Comment