Tidak sangka betul. Tahu-tahu sahaja hari ini cuti umum di Kelantan. Semuanya kerana pilihanraya di Manek Urai. Ini pun aku tahu selepas Kak Fizah, yang menjaga makmal forensik buat pengumuman. Kalau tak, mungkin aku dah pergi ke kelas pagi ni. Huhuhu.
“Manek Urai kan satu kawasan dalam Kelantan. Kalau pilihanraya diadakan di situ, kenapa satu Kelantan cuti?” tanya aku.
“Entahlah. Sebab ini pilihanraya penting kot.” Jawab seorang rakan.
Sesungguhnya aku memang lemah dalam mengetahui perkembangan politik di Malaysia. Mungkin setiap kali diadakan pengundian dalam satu kawasan, satu negeri akan cuti. Itulah, siapa suruh aku tak tumpukan perhatian dalam kelas Sejarah dulu.
Tak mengapa, kita lupakan mengenai pilihanraya dan semua itu. Kita terima cuti kita. Memang hidup ini sentiasa penuh dengan kejutan. Dan itulah yang menjadikan hidup ini menarik.
Jadi, bila hari ini pelajar dah bercuti, aku bimbang satu perkara.
Sebenarnya hari ini, akan diadakan satu perjumpaan pelajar tahun satu PSK bersama dengan Timbalan Dekan dan pelajar senior. Program Malam Mesra Bersama Timbalan Dekan dan Pelajar Senior.
Untuk itu, aku ditugaskan untuk membuat wallpaper bagi program ini. Malam hari Sabtu yang lepas aku tidur lewat, semata-mata nak siapkan wallpaper ini. Memang aku tiada idea.
Jadi aku potong semua gambar aktiviti PSK yang ada dalam komputer aku. Kemudian aku tampal dalam wallpaper tu. Yalah kan, yang penting dalam wallpaper ni adalah gambar Dr Izani, dan gambar pelajar senior PSK. Hasilnya seperti di atas, tak berapa menarik.
Awal pagi esoknya aku serahkan pada Syazwan, ketua aku.
Namun, aku tak nampak wallpaper ini dinaikkan. Kebanyakan wallpaper yang dinaikkan adalah wallpaper AGM kelab wushu. Alamak, diorang dah tukar wallpaper ke? Ataupun wallpaper aku sensitif sebab ada gambar orang? Entahlah......
Takut juga aku malam ni tak jadi program ni atau telah dibatalkan. Takut juga pelajar tahun satu tidak mahu hadir. Lebih menakutkan bila mereka dah hadir, kita pula yang senior ni tak hadir. Hahaha........
Teringat ketika sewaktu di tahun satu dahulu. Melalui program inilah aku mengenali kebanyakan senior aku. Duduk bersama bersembang dengan mereka. Waktu tu aku panggil mereka ‘abang’. Hahaha........ Sekarang dah tak panggil dah, dah kamceng kan.......
Tapi sekarang, aku pula malas nak pergi program ni. Tak tahulah mengapa........
Jadi ke program ni diadakan???
Oh, tadi Syazwan dah beri mesej pada aku. Katanya program ini dibatalkan kerana hari ini cuti umum.........
5 Comments:
owh..malam ni ker?
malas la aku nak pegi...
lalala~~~
lea & Izzahsakinah: aku dah tanya syazwan.........
katanya malam ni dibatalkan..........
sebab hari ni cuti.........
huhuhu.........
eh2..ade gmbar aku..haha!
mai pn ade..
lalalala~
arini cuti sebab pilihanraya kat manek urai 2 mmg pntg..tmpat 2 kubu kuat pas...huhu..
dah tetap ke tarikh baru nak wat malam mesra 2?
hanisah: tajamnya mata kau........
maaf lah guna gambar korang berdua, aku takde gambar perempuan lain...........
jarang aku tangkap gambar perempuan..........
quzie: oh, ye ke???
aku memang lemah sejarah tingkatan 5...........
entahlah, xde cerita pun malam mesra.........
proceed dengan AGM terus kot..........
Post a Comment