Goreng Pisang Pun Sedap Juga

Bismillah........

Suatu malam yang tenang, ketika aku berada dalam mod melayari internet. Aku melihat Ikram (senior aku yang hensem) telah menaikkan entri yang baru, lantas aku membaca entrinya yang penuh dengan ilmiah tersebut. Siapa tahu, nama aku tiba-tiba saja muncul dalam entrinya. Terharu aku, lebih kepada insaf sebenarnya. Seolah-olah ada mesej tersirat yang beliau nak sampaikan kepada aku, seolah-olah berbunyi,

“Udahlah tu DarkArtz, cukup-cukuplah buat entri lagha.”

Terima kasih Ikram, aku dah insaf dah ni.

Terus aku tutup Facebook dan belajar kriminologi malam tu.

Huhuhu…….. Ampunnnnnn Ikram….. Aku gurau je....... huhuhu........

*******

Ingat lagi entri aku yang lepas tak???

Entri aku yang pernah aku siarkan dalam 6 bulan yang lepas, ada aku ceritakan yang aku ada buat kerja grafik untuk Baktisiswa dan juga ada percubaan nak masuk Pertandingan Reka Baju PSK.

Masa tu aku tak naikkan lagi reka baju aku untuk pertandingan tu di blog ini. Bukan apa, aku cuma malas nak muatnaikkan gambar baju tu sebab nak periksa dah masa tu. Akhirnya aku terlupa sampai sekarang.

Sekarang baru aku terasa nak naikkan. Walhal ini pun tengah nak periksa dah ni. Tapi sebab kepala serabut, aku menjadi rajin untuk menaikkannya.

Cerita bermula selepas aku membaca poster mengenai Pertandingan Reka Baju PSK sempena 10 tahun PSK ditubuhkan, lebih kurang begitulah. Hadiah utamanya adalah misteri. Ohhh, aku tergoda dengan perkataan MISTERI itu. (Lukman, 2009)

Jadi, aku hantar 3 design baju PSK untuk pertandingan tu. Idea untuk design tu aku dapat ketika tengah baca nota Bukti Biologi. Mungkin nota Bukti Biologi tu memberi inspirasi kepada aku atau mungkin nota tu membuka minda aku dengan lebih luas lagi. Okeh, abaikan.

Permulaan membuat baju, aku gunakan teknik vektor untuk buat semula logo bulat USM dan logo PSK supaya nampak efek 2-D dalam 2 warna. Waktu ni aku memang cukup tak suka guna vektor sebenarnya sebab vektor ni payah sikit kerjanya, kena ambil masa yang lama.

Dalam nak buat design baju PSK ni, aku terasa dah menjadi stereotaip untuk 3 tahun berturut-turut meletakkan setiap kursus di belakang baju PSK. Maka design aku yang pertama, aku buang semua nama kursus PSK. Cuma bentuk baju sahaja aku gunakan 2 warna.

Design 1 - tanpa senarai nama kursus

Design kedua pula, aku letakkan juga semua nama kursus PSK, sebab aku lihat design yang pertama agak ringkas. Tapi kali ni, aku manipulasi semula logo dari design baju yang pertama agar nampak macam gambar berpetak. Bentuk baju ini adalah bentuk biasa.

Design 2 - Kebetulan warna biru ni dah digunakan oleh MPI

Design ketiga, aku gabungkan design 1 (design bentuk baju) dan design 2 (design gambar pada baju).

Design 3 - Kuning dan hitam, teringat aku pada baju Matrikulasi Perak.

Semasa Minggu Penghayatan Islam yang lepas, Riduan Che Musa, YDP PSK, (Duwe) sempat berjumpa dengan aku. Di bilik aku, dia kata design aku terpilih daripada antara design-design yang lain. Tapi dia minta ubah sedikit. Dia suka design ketiga. Dan aku buat beberapa design lain dengan warna berlainan untuk para HICOM PSK memilihnya.

Design 4 - percubaan warna kelabu dan hitam

Design 5 - Percubaan warna maroon dan hitam

Design akhir - HICOM lebih suka warna kuning dan hitam. Tambahan tahun (2001-2010) pada bahagian bawah.

Lepas habis kerja, Duwe cakap pada aku,

“Terer mu ni Zul, nok buat perniagaan internet dengan aku dop?”

Cessss, sempat pula dia melawak.

Mana boleh buat perniagaan, aku kan masih beginner lagi. (sila baca dengan nada rendah diri)

Huhuhu……..

Oh ye, aku tamatkan entri aku dengan gambar baju yang telah dicetak. Aku dapat sehelai baju percuma sebagai hadiah. Terima kasih Duwe. HIDUP YDP!!!




p/s: sesapa nak beli baju ni, Duwe tengah wat pesanan untuk kali kedua. Cepat tempah pada dia!!!

p/s: 2 aku semakin pening kepala dengan nota-nota. Seolah-olah satu nota pun susah aku nak faham. Siapa ada petua senang faham???

Tuesday, April 13, 2010

10 Comments:

Quzie Fathihah said...

eh,cantiklah design baju 2...xprnh taw pn ada jual...bape ye...nak beli 1..

DarkArtz said...

ada........
sebenarnya ini baju batch, tapi disebabkan clash ngan 10 tahun psk, dia jual kepada semua warga PSK...........
poster jualan dia, dia tampal kat DKA dulu.........
tapi memang orang tak perasan pon, aku pun tak perasan.........
kalau nak, bolehlah contact Duwe atau kasitau aku, leh aku kasitau dia.......

nf said...

Boleh order lagi ke? Masa first time aku nampak kat DKA, time tu dah tutup tarikh..

DarkArtz said...

bleh2........
nak ke???
kasitau nama, no matrik, kos, dengan saiz baju.......
mungkin sem depan baru dapat........

Din_diet said...

oo..azahiri, ko ke yg menang aritu? tahniah2.. baju tu design mmg cantik la..haha.aku rasa cm nk beli je kalau boleh..

teddygirl49 said...

aza...ak pon nk baju tu...cm cntik je... >_<

DarkArtz said...

din ngan fatin, boleh, boleh beli lagi.......
meh cepat kasi maklumat kat aku, boleh aku kasi kat Duwe..........

Quzie Fathihah said...

aza, nak taw harga bape...kalo below rm 25, nak beli...

DarkArtz said...

quzie: lengan pendek rm25, lengan panjang rm27.......
bayar deposit je dulu pun........
kendian dah dapat baju baru bayar selebihnya.........

mir: free???
gi minta kat duwe.......
huhuhuh........
btw, aku dah cakap kat duwe, yang kau dan fatin nak, din pun nak gak......
duwe kata, dia try tempah dulu, tapi dia tak pasti leh tempah lagi ke tak sebab dia dah hantar senarai tempahan kedua minggu lepas........
apapun, dia try cakap dengan tauke kilang tu.......
insyaAllah dia beritau nanti........
maknanya korang takyah bayar deposit lagi lah........

DarkArtz said...

eh, aku ada cakap gitu ke???
ke kau yang cakap gitu???
alahai, hadiah baju je pun.......
ari tu jual, kau xnak beli........