AMARAN KERAS : Sila ambil pengajaran daripada entri mengarut aku pada kali ini. Terutamanya pada kamu, kamu dan kamu yang masih lagi sedang dalam peperiksaan.
*******
Aku sembahyang subuh berjamaah pagi semalam. Masih ada kesempatan. Selepas sembahyang Subuh, terasa aku nak ulangkaji untuk peperiksaan paling susah pada hari ini. Peperiksaan yang lebih dikenali dengan kod LSP 402.
Kamu tahu tak apa tu peperiksaan LSP 402? Sebenarnya ia adalah peperiksaan Bahasa Inggeris. Ohhh, bukan Bahasa Inggeris biasa, tapi Bahasa Inggeris tinggi yang tingginya sangat memeningkan. Sangat susah dengan kata lain. Namun aku sebagai pelajar yang berdedikasi tetap mengambilnya, apatah lagi ini merupakan subjek wajib universiti.
Jadi, pagi semalam selepas solat Subuh, aku ambil buku Bahasa Inggeris yang berwarna maroon tu. Kemudian aku letak atas meja. Tanpa membukanya, aku pasang laptop, dan tengok cerita Prison Break. Habis 1 episod, aku rasa aku dah pandai Bahasa Inggeris dah. Maklumlah, teknik belajar cara baru. Belajar dari sarikata (subtitle) percakapan watak-watak dalam cerita tu. Banyak juga perkataan baru aku belajar pagi tu. Kreatif kan aku???
Kemudian aku ingat nak belajar Bahasa Inggeris daripada Facebook pula. Namun semua status kawan-kawan aku ditulis dalam Bahasa Melayu. Kecewa aku. Kurang sikit ilmu aku dapat dari Facebook.
Namun begitu, aku amat tertarik dengan status seorang rakan aku ini yang berbunyi:
tade maknanye istilah tido kejap ujan2 neh...skali tido kompem tak bangun2 dah....huhuh~_~"
Hahaha, aku ketawa dalam hati, tapi ada betulnya juga nasihat ini walaupun berbunyi seperti kanak-kanak ribena yang menulis. Kalau dah tidur pagi, tak mahunya bangun selagi tak cukup satu jam tiga puluh minit (paling kurang), lagi-lagi pula hujan begini. Tambah pula dengan selimut, perghhhhh, nikmat......
Tapi nasihat hanya tinggal nasihat sahaja, 5 minit selepas aku layan Facebook, aku mula mengantuk. Mungkin aku terlalu fokus ulangkaji cerita Prison Break tadi.
Jadi aku pun baringlah sebentar. Tapi bimbang juga aku akibat melanggar nasihat di atas. Peperiksaan bermula pukul 9 pagi. Sekarang sudah pukul 7.45 pagi. Jadi, aku berpesan kepada jam aku supaya menggerakkan aku dengan penggeranya pada pukul 8 pagi.
Pukul 8 pagi, penggera jam berbunyi nyaring dengan lagu tema Good Charlotte. Aku bangun. Namun melihat jam masih lagi pukul 8 pagi, aku tidur semula dengan niat nak bangun pada pukul 8.15 pagi.
Sekali lagi penggera berbunyi dengan nada nyanyian Good Charlotte. Aku lihat jam.
Astaghfirullah, pukul 8.47 dah???
********
Apapun, aku dah habis dah menjawab peperiksaan semester ini. Sekarang tengah berseronok. Pagi ni ingat nak qadha tidur. Huhuhu........
Kepada kamu yang masih belum habis peperiksaan lagi, harharhar...... (ketawa evil) jangan putus asa, masih ada masa lagi untuk kamu ulangkaji. Usaha lagi!!!
8 Comments:
Mesti kau gi dewan tak mandi kan! Hhahahhahahahhaha
perlu ke mandi???
hahahahaha.......
aku dah mandi sebelum sembahyang Subuh tu cukup dah kot rasanya.......
huhuhu.......
hahaha! sem lepas pun ada ko g lewt sikit kan azahiri...
time tu hujan gak....wakakaka!!! apapun...tahniah sebab menghabiskan exam ngan cemerlangnya....
same case.. tp tido kt meja,..hehe
~~~
dah nama tido time hujan,atas katil ke,bwh katil ke,atas meja ke,bwh meja ke,..
at least ssejam setengah jugak bru bgn,haih
syabasss....
at least bangun....
mwahahahha~~
nasihat ke tu??????
huishhh ntah pape si rakan tu...
huh!!
che jo: eh, ye ke??
hahahaha, aku sokmo lambat gi peksa BI........
terima kasih, aku terharu......
walaupun dah berapa hari dah lepas.......
izmer: TERIMA KASIH SAHABAT........
kalau kau tak datang tumpangkan moto, dah tentu aku terlewat beberapa minit lagi.........
huhuhu.......
tukangmasak: huhuhu, bunyi cam nganjeng je........
huhuhu......
ohhh, kawan tu sorang kawan yang baik.......
selalu dia kasi nasihat kat saya.......
saya je selalu wat beliau bengang.......
dengar kata beliau nak belanja saya KFC tapi tak belanja2 lagi......
huhuhu.......
eleh bkn susah pun lsp402.. ari tu time exam aku xtau jawab tuk struktur tuh. ak pun antar r gan jaw yg kosong.. lec bi yg ambik ketas ak tgk aku tinggal xjwb so dia pun tolong r bagi jaw suh ak jawab..akhirnya B
ohhh, lukman, tu rahsia kau dapat B ye.......
pura-pura tak jawab supaya pemeriksa kasitau jawapan, konon simpati........
ooooo..........
hahahaha, aku berlainan ngan kau kot, jawab atau tak jawab pun pemeriksa tak mau kasitau jawapan.....
huhuhu.....
Post a Comment