Tinggal Beberapa Jam Saja Lagi Ni......

Bismillah........

Haduh…..

Aku tak boleh nak tidur. Padahal kepala sudah pun kusut dengan nota Kriminologi. Tapi tetap tak dapat tidur lagi. Adakah kesan kopi putih Nescafe yang aku minum tadi terlalu kuat??? Entahlah…..

Sejak akhir-akhir ini, sering sahaja aku lihat orang di sekeliling aku makin tak keruan. Ada yang cepat marah, ada yang tak berpuas hati, ada yang merajuk dan lain-lain lagi. Bukan mereka sahaja, aku pun sama juga. Cuma aku masih mengawal muka macho aku di hadapan mereka.

Tak percaya??? Aku berikan beberapa contoh.

1. Semasa nak pergi berjogging dengan Saiful, kaki kanan Saiful terjatuh dari tebing jalan. Kaki terjatuh dari tebing jalan. Betulkah ayat aku ni?? Tak apa, abaikan, asal kamu faham, cukuplah. Apapun, dia marah pula pada aku walaupun aku tak buat apa-apa. Siap baling 10 helai daun pada aku. Emmm, mungkin lebih dari sepuluh helai. Aku tak pasti.

2. Syawal kecil hati setelah aku menolak pelawaannya makan di Cotek. Sebabnya aku dah ada makanan di bilik dan aku nak ulangkaji nota Kriminologi. Namun Syawal tetap merajuk, seraya berkata, “Baru nak belanja kau……” Muka dipalingkan ala-ala kanak-kanak kecil merajuk.

3. Huda yang dah malas nak melayan aku setelah berkali-kali aku memanggilnya dengan panggilan Kak Huda di komen blognya. Lebih tepat, dua kali saja sebenarnya. Katanya terasa tak muda kalau aku panggil dia ‘Kak’ Huda. Huhuhu…….

4. Tukangmasak yang cakap aku dengki dan jeles pada beliau sambil ketawa berpanjangan pada aku di komennya di Facebook. Kecil hati aku dibuatnya. Eh, kenapa aku pula…… Cis, niat nak mengenakan beliau pada entri ni tak menjadi. Masih tak boleh nak kenakan tukangmasak lagi nampaknya.

Aku terfikir, adakah ini kesan daripada tekanan peperiksaan???

Hahahaha, peperiksaan memang buat kita rasa tertekan sedikit kan??? Hahahaha……..

Baiklah kawan-kawan semua, tinggal lebih kurang 24 jam lagi sahaja nak bermulanya peperiksaan akhir bagi pelajar Sains Kesihatan di USMKK ni. Maka aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan,

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Moga kita semua dipermudahkan dalam memperoleh kejayaan.

Di sini juga aku ingin meminta maaf pada setiap nama yang aku sebutkan di atas. Juga aku ingin meminta maaf kepada para blogger yang lain. Aku tak mampu dah nak taip satu-satu nama kamu seperti yang aku lakukan pada semester-semester yang lepas kerana blogger di USMKK dah semakin ramai. Aku juga ingin meminta maaf pada semua pembaca aku. Maaf andai ada terkasar kata atau ada yang terkecil hati dengan entri aku. Juga ingin meminta maaf dengan semua orang yang mengenali aku, tak kiralah di USMKK, atau di mana-mana sahaja.

MINTA MAAF SEMUA…….

Semoga kita semua bersama-sama mendoakan kejayaan bersama. Jangan kita lokek doakan kejayaan kita sahaja dan tak doakan orang lain. Semoga kita semua beroleh kejayaan dalam peperiksaan kali ini. Akhir kata, ingatlah ayat Al-Quran ini……

IQRA’ BISMIRABBIKAL LAZI KHALAQ.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

Semoga semua nota yang kita baca dapat kita fahami, ingati dan amalkan dan seterusnya membawa kita kepada kejayaan kelak.

p/s: semester ni aku tak buat buah tangan seperti semester-semester lepas sebab dah malas dah nak buang masa, nota banyak lagi tak baca nih……. Huhuhu……..

Friday, April 16, 2010

6 Comments:

-me- said...

kecik hati ke????
ahahahhahahahhahahahahaaaa~~~
opsss tergelak...
ampoooooonnnnnnnnnnnnn......
huhu~_~"


all the best^^


pesandaridapur:
sila bertenang n tido~~

Unknown said...

slamat berexam!

all the best! ^^

p.s. aku tak0t gila. waa.. T_T

nf said...

Good luck exam!

Pasal bab merajuk ni, memang banyak berlaku. Aku siap mengalami barang2 dibaling dan pintu dihempas. marah agaknye dengan kewujudan aku sebab aku tak sempat buat ape2, bgn2 pagi je buat muka stress kat aku. kat orang lain tak pulak. pastu sampai skrg aku cakap die buat perangai merajuk yang aku pn tak paham. patut aku la merajuk kot pasal tetibe taknak cakap ngan aku.. kot..

tengok, sampai kat kau pun aku cerita, sebab takde tempat ngadu T.T

INFINITY said...

Woiiii! Sejak bila aku merajuk? Sejak bila? Sejak bila????

AKu terlalu comel untuk merajuk okayyyy! Hahahhaahah.

DarkArtz said...

tukangmasak: cessss......
hahahaha.......
takpe2, sempena nak peksa ni, kasi sikit kemenangan kat kamu.......
tunggu la pas peksa nanti.......
huhuhu.........
all da best juga pada tukangmasak.......

hanisah: selamat berexam pada kau juga........
aku lagi le takut, nota tak abisbaca nih.......

fatehah: huh, luahan hati neh........
huhuhu........
apakata kalau kau try slowtalk dengan rumate kau........
mungkin dia leh kasitau apa yang dia merajuk.......
good luck exam pada kau juga........

huda: eh, aku ada cakap kau merajuk eh???
ada ke???
ntah2 betul2 kau merajuk nih.......
huhuhu........

DarkArtz said...

cik puan haida yang dah tak tahan ngan exam........
sabar wei.......
tinggal beberapa paper je lagi.......