Ungkapan Yang Mengharukan........

Bismillah..........

Semasa kecil, aku suka membaca komik ‘Kawan’. Ada macam-macam cerita menarik dalam tu, dan yang aku paling suka adalah cerita Zultek dan Suria. Pernah juga aku masuk pertandingan mewarna satu muka surat, tapi kalah, sebab aku tak pandai mewarna. Yalah, budak kecil lagi masa tu. Kalau sekarang, mesti aku menang pertandingan mewarna tu. Itupun kalau lawan aku adalah budak sekolah rendah. Hehehe……….

Aku teringat akan salah satu iklan yang ada dalam buku tersebut menunjukkan gambar seorang budak perempuan sedang melukis berdasarkan suratkhabar Utusan sebagai rujukan di hadapannya. Ada ungkapan yang lebih kurang berbunyi;

“Saya suka baca suratkhabar Utusan hari Selasa. Banyak idea yang saya peroleh daripadanya untuk berkarya.”

Aku setuju. Bukan bersetuju mengenai akhbar Utusan hari Selasa membekalkan idea tapi aku setuju bahawa,

'Idea boleh diperoleh dari mana-mana sahaja di sekeliling kita.'

Sekarang, komik Kawan dah pupus………

*********

Dari awal semester ni aku dah terperasan sesuatu. Perasan hensem?? Ohhh, bukan, aku memang hensem (sila abaikan pembuka kata ini). Aku terperasan yang Wali ada buku nota baru. Aku tak pasti adakah itu buku nota baru atau lama, tapi aku baru sahaja terperasan akan kehadiran buku tersebut.

Sesuatu mengenai buku nota tersebut adalah design kulit bukunya. Kadang-kala, lama juga aku merenung buku tersebut sambil berfikir sesuatu. Memang cantik design kulit buku tersebut. Grunge tapi ringkas. Grunge yang berbentuk garis pancaran, kalau ikut kata buku seni aku dulu. Aku terfikir untuk mencuba menggunakannya untuk poster aku pada masa akan datang.

Kulit buku Wali.
Masanya tiba……….

Suatu hari, Wali sendiri datang berjumpa dengan aku. Beliau meminta agar aku menolongnya untuk mereka satu poster untuk projek besarnya. Projek yang diberi nama Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Piala Pengarah Kampus. Butir-butirnya telah dia hantar pada emel aku.

Pening aku memikirkan design poster bagaimana yang patut aku buat. Kata Wali, sebaiknya dia mahukan poster yang mempunyai warna penuh dalam satu kertas (full color). Dia berikan poster yang telah dibuat oleh Lia kepada aku sebagai rujukan.

Tiba-tiba aku teringat akan design kulit buku Wali yang aku ceritakan tadi. Oh, jadi mengapa tidak aku cuba menggunakan idea tersebut, kan??

Jadi, aku buat satu research di Google Image. Melihat beberapa poster futsal dan melihat beberapa poster yang menggunakan idea grunge pancaran tersebut. Setelah beberapa poster aku lihat, idea gabungan dah aku bayangkan dalam minda. Rasanya masa ni aku tak sketch dalam buku.

Masalah yang tinggal adalah bayang pemain futsal yang realistik. Susah sebenarnya nak cari bayang pemain futsal. Setelah setengah jam aku mencari di Google Image, satu pun tak jumpa. Yang jumpa pun bayang pemain yang telah digunakan oleh Lia, merangkap bayang pemain futsal yang aku telah guna pada poster futsal HTD Ikhlas masa tahun kedua dulu.

Jadi, bila dah tiada jalan senang, aku terpaksa pilih jalan susah. Kena juga aku bermain vektor untuk membina bayang pemain futsal, daripada gambar pemain futsal yang asal. Juga aku kena main vektor untuk membina grunge pancaran sebagai latar belakang. Dan aku tambahkan vektor bunga yang pernah Tengku Atirah berikan pada aku dahulu sebagai tambahan.

Design awal, masih memikirkan posisi perkataan yang banyak.

Alhamdulillah, siap juga kerja aku.

Hasil kerja aku, aku serahkan pada Wali pada kelas Forensic Dentistry. Wali suka hasil kerja aku.

Design akhir, gabungan Adobe Photoshop dan Microsoft Publisher.

******

Kelmarin, semasa di Makmal Forensik untuk eksperimen Serologi. Wali berkata sesuatu kepada aku. Ketika itu, beliau telah mencetak poster tersebut di UKAST.

“Orang UKAST puji poster kau. Lepas tu. dia tanya kenapa kau tak ambil kursus Seni Grafik je……. Hahahaha…….”

Ohhhh, entah betul entah tidak kata-kata Wali ni. Tapi terima kasih Wali, ayat-ayat tu betul-betul buat aku ceria hari tu.

Rasanya, budak-budak yang ambil komunikasi mesti tahu apa jawapan aku kalau soalan orang UKAST tu ditanya pada aku. Huhuhu…….. soalan yang sama ditanya oleh Puan Rehanah dulu.

Poster yang dah dicetak.......

p/s : kerja tak habis lagi, masih ada banting yang perlu disiapkan.

p/s 2: aku terperasan sesuatu, bila buat kerja untuk Wali sahaja, aku mesti menggunakan gaya grunge dalam design aku. Terutamanya bekerja bawah dia masa Ekspo Kampus dahulu.

Wednesday, February 10, 2010

9 Comments:

Quzie Fathihah said...

hensem ke??huhu

satu pujian untuk ko~~hasil kerja ko memang cantik..yg paling ak suka design poster futsal 2..

Mohd LukMan said...

bagus2.. nih r student yg usm apex cari.. bukan saja hebat lam pelajaran tapi softskill gak.. congrat

DarkArtz said...

quzie: laaaaaa, ingatkan nak puji aku hensem.........
hehehee.........

lukman: pelajaran bukan softskill ke????
camtu aku masih kekurangan hardskill le ni........

cj'alhafiz said...

1st time aku tgk poster ni...wow! cantiknya....color dia sgt best and cantik. sikit kritikan.....haha! grunge dah jadi ko punya trademark tapi coz b4 this aku dah tgk hasil kerja ko yg gunakakn grunge so, aku just rasa this is a "recycle" but in different form. btw...nice job!! well done..

DarkArtz said...

hahaha che joe, 'gula2' kau kasi ye........
tapi aku terima kritikan kau tu........
kenkadang, aku takut gak lepas ni aku dah takleh nak wat sebaik ni dah.........
atau lebih baik daripada ini........

chanz said...

Komik Kawan hidup lagi sampai sekarang dohh....Nostalgia betol komik tu.

chanz said...

btw, satu artikel dalam Kawan yg aku masih ingat sampai sekarang. iaitu "apa jadi kalo muka orang sumer sama?"

hahakk. masih lagi otak aku berfikir tentang itu. rasanya ada byk lg benda dlm kawan masih di kepala aku.

DarkArtz said...

eh, skang ada lagi ke Kawan???
hahaha, haah, aku pernah gak terbaca mende tu........
tapi memang le, komik Kawan antara komik terawal yang aku beli dan antara yang memula buat aku rasa nak melukis.........
huhuhu........

chanz said...

Kat 7e pun ada jual kalo ko perasan