Bismillah.........
Oraittt……..
Hari ni dah mula kelas semula. Aku pulang ke USMKK dengan membawa satu azam yang besar.
MAHU BERUBAH.
Dah tak mahu ponteng kelas. Kalau boleh……….
Dah tak mahu buat assignment lewat lagi. Kalau boleh….
Dah tak mahu belajar lambat. Kalau boleh………………
Tak apa, yang penting, kelas hari ni kena datang awal. Oh yeaahhhh…….
Pagi-pagi, lepas sembahyang Subuh, aku mula rasa mengantuk. Satu saja aku kata pada mata, “Dah lah mata, jangan goda aku supaya tertidur. Saja tak nak aku pergi kelas lah tu.” Okey, aku tipu. Kalau aku kata pun, bukan mata aku boleh mendengar. Beliau tiada telinga.
Tapi aku tahan juga mata aku supaya aku boleh tunaikan azam yang pertama, iaitu tak mahu ponteng kelas. Kalau aku tidur, insyaAllah aku bangun pukul sembilan lebih, mesti tak datang satu kelas a.k.a ponteng.
Jadi, awal-awal lagi aku bertolak dari bilik, pergi ke bilik Che Jo. Che Jo tengah mengemas beg. Aku tunggu dia. Hati dah excited nak pergi kelas. Che Jo masih bersiap lagi. Akhirnya, aku yang dasar suka meninggalkan kawan ni meninggalkan Che Jo di biliknya, seraya berkata dalam hati, “Maafkan aku Che Jo, aku tak mahu datang kelas lewat lagi. Kalau boleh, untuk pagi ni.” Aku pun melangkah pergi tanpa memandang belakang. Maafkan aku Che Jo.........
Semasa berjalan, aku berjumpa Ramadhan. Mulanya aku nak ikut padang, lagi awal boleh sampai ke kelas. Tapi Ramadhan kata padang basah, baik ikut hospital. Okey, aku tak berdaya nak menentang padang yang basah. Aku turuti kata-kata Ramadhan.
Semasa berjalan, Ramadhan nak ikut jalan jauh di hospital, sebab sebelum ni dia biasa pergi PPSK naik motosikal, dia tak tau ada short cut. Aku tarik dia supaya ikut short cut. Dalam hati, aku cakap, “Aku tak mahu datang lewat pagi ni, Ramadhan. Kita kena datang awal.” Tapi aku cakap dalam hati sajalah.
Akhirnya, destinasi yang aku tuju tiba jua. BT6 tempat kelas pertama bermula. Dan aku melangkah gagah untuk masuk ke bilik tutorial. Dalam hati, mesti ramai rakan terkejut, “Tak sangka Zul ni datang awal hari ni.” Hahaha…….
Sedang aku memusing tombol pintu, aku lihat dalam kelas melalui cermin di pintu.
Eh, kenapa gelap? Mana semua orang?
Ohhh……. Mesti di bilik tutorial lain ni. Aku silap bilik tutorial rupanya. Hahaha, biasalah tu, semua manusia buat kesilapan kan?? Aku pun berjalan dari satu bilik tutorial ke satu bilik tutorial yang lain mencari kelas yang sepatutnya.
Eh, apa fasal tak ada budak forensic third year ni?? Seorang pun tak nampak. Dah semua bilik tutorial aku pergi tengok ni.
Akhirnya aku mesej Fatin mengenai kelas pagi ni. Tak lama kemudian, Che Jo tiba.
Dan Fatin balas mesej aku :
"Suma kelas kta cncel arini..ada ko-k je ptg krg"
Aaaarrrrrggghhhhhh…………
Masa aku nak berubah ni lah tak ada kelas.
p/s: ni dah balik bilik rasa nak tidur pula. Kalau tidur, mesti tak buat assignment dan tak study. Ohhh, azamku yang kedua dan yang ketiga, sila jangan hilang......

11 Comments:
klas xde sbb ade perutusan tu,kan? haha.. aku pn g klas td..rmai lak tu yg g.. hampeh t0l. pnat2 je bgn awal.. ngant0k2.
wohooo!!!! nice!!!
cepat berubah azahiri....esok lak weyh..haha!!! xyah le rasa bersalah tinggalkan aku....i just don't care. really.... haha!!! aku xmo jadi penghalang untuk impian ko...wakakaka!!! all da best!!!!
sblm komen nk gelak dlu bleh??
hahahahaha...
ok, dh penat gelak..
bukan sblm cuti lg ke dayah dh gtaw arini mmg xda klas???huhu..ni mst xdtg time dayah gtaw 2..
xpe2..jgn lemah semangat..
esok masih ada..
=)
haha...2 la
suke ponteng class..
Sapai segals perutusan dayah ko dpt..
wakaka:P
teruskan smngat tuh...tak pa...anggapla tu co...ba....annnn.....hahahaah
tengok mulianya niat chejoe taknak halang impian ko..har3..ak xyah resah2 ada kelas ke x smlm coz mmng xde kelas pon ari ahad..har3
memang xleh berubah mamat nih.. haha.. xda r go throug
...........
hanisah: tu la, aku pun berpendapat gitu gak.........
takde perutusan nyer pasal.......
tak dapat mesej forward.........
hehehee........
che jo: gile lah, terharu aku dengan kata2 kau.....
meh datang bilik aku, aku belanja air kosong........
huhuhu........
quzie: haaaaiiii, stamina kau tak kuat nampaknya.......
kejap je gelak dah penat.........
hahahahaha27x..........
lea: selalu ponteng kelas???
sapa tu???
huhuhu.........
pooyuh: co ba annnn.......
hahahahha.........
hakim: kau tak sah cakap pun aku dah memang terharu ngan che jo..........
isk3........
mir: bukan pasang impian, pasang azam.......
pasang impian, aku mana ada impian......
yang penting ada kesedaran.......
huhuhuu.......
lukman: hoh, jeles la tu ngan aku...........
jeles27x.........
hahahaha........
adi: gapo di????
testing ke???
hahahaha..........
amirah: exception tuh.........
sebab pagi tu memang aku sangat2 tak sihat........
hidung mengalir macam paip........
dahi rasa nak demam..........
hati minta ditidurkan.........
jadi, aku yang ingat kelas kul 10 pun tidur lah sekejap, mana tau kelas DNA kul 9........
hahaha.........
Post a Comment