Bismillah..........
Agak keletihan aku minggu ni. Setiap hari, kelas asyik habis lewat sahaja. Petang pula ada latihan makmal. Ingatkan bolehlah aku berehat pada hari Khamis petang, Jumaat dan Sabtu, namun ada pula kuliah daripada PDRM pada hari Khamis dan Jumaat. Hari Sabtu (semalam) pun tak dapat rehat sebab ada praktikal fotografi.
Ohhhhh, kehidupan tahun ketiga semester kedua agak memeritkan……..
*******
“Hafiz, hari Jumaat dengan Sabtu kau ada guna kamera tak?” tanya aku.
“Takde kot. Kenapa?” Hafiz menjawab.
“Aku nak pinjam kamera ang leh tak??” aku bertanya sambil tersenyum manis, nampak kehenseman aku di situ.
“Pinjamlah. Aku tak guna kot hujung minggu ni.” Adakah Hafiz tergoda dengan senyuman aku? Dia sahaja yang tahu.......
Hafiz adalah antara kawan aku yang mempunyai kamera DSLR. Mesti kamu tak tahu apa tu DSLR. Aku pun tahu hanya selepas 3 kali meng'google' di internet, dan jumpa maknanya di Wikipedia. Kamera Digital Single Lens Reflex. Kamera dialah yang aku gunakan semalam semasa membuat praktikal fotografi di Lata Tembakah.
Tujuan aku meminjam kamera DSLRnya awal-awal lagi ada dua sebab. Pertama, aku ada masa untuk berlatih cara nak menggunakannya. Kedua, aku tak nak beratur dengan budak-budak lain untuk berebut menggunakan kamera DSLR yang sedia ada. Kalau tak, mesti aku orang yang terakhir dapat guna. Selalunya begitulah....
Ya, dan di sana, memang aku tak berebut menggunakan kamera DSLR. Yang lebih sedap lagi, aku dan Che Jo memang conquer kamera tersebut. Mungkin kawan-kawan yang lain takut nak minta pinjam kerana muka aku menggerunkan. Aku pun tak tahu.
Jadi, malas nak bercerita panjang aktiviti di sana, aku sertakan di entri ini gambar-gambar yang merupakan hasil tangan aku di sana. Silalah hayatinya. Ini jugalah hasil pembelajaran aku sepanjang terlibat dengan kelas Kokurikulum Fotografi.
Dalam masa awal-awal aku mengambil gambar, aku duduk di sebuah batu sungai, dan Che Jo berada di batu sungai yang lain. Tiba-tiba Che Jo menjerit,
“Zul, amik gambar model-model tu” katanya seraya menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang berada di tepi sungai sebelah sana.
Aku pun agak keliru. Model yang mana satu kan? Akhirnya aku pun ambil keputusan untuk berpura-pura menangkap gambar mereka semua. Yalah kan, mereka pun bukannya perasan aku tangkap gambar. Sebenarnya aku pun cuma nak tentukan aperture apa yang sesuai untuk tangkap gambar. Hakikatnya, semua gambar tak jelas, sebab aku cuma nak betulkan aperture sahaja.
Rupa-rupanya dalam masa aku menangkap gambar ‘model-model’ tersebut, ada dua orang budak tengah berposing. Dan, aku tak sedar. Hahaha, dengar cerita dua-tiga kali juga diorang posing bila aku naikkan kamera, cuba aperture yang berlainan.
Aku pendekkan cerita. Sebelum pulang ke USMKK, Cik Anne sempat berkata, “Tunjuklah gambar kitorang yang kau amik tadi.”
“Hah, bila masa lak amik gambar korang?” aku dah pelik.
“Allaaaa, yang tadi aku suruh kau amik tu.” Che Jo ingatkan aku.
Ahhhh sudahhhhh. Aku betulkan aperture je, mana ada tangkap gambar diorang. Hahaha…..
Jadi aku jawab “Aku tak tangkap kot. Tak perasan……..”
Hahaha, akibatnya Cik Anne kita kecil hati…….. dialah model yang berposing yang aku katakan tadi, dengan kawan dia yang kecil yang berwarna putih, maaf, aku lupa nama dia.
Jadi aku tawarkan,
“Meh tangkap gambar baru meh.” Dengan nada memujuk kanak-kanak ribena.
“Tak mau.” Dia muncungkan mulut. Kawan dia yang putih tu okey je. Jadi aku pun tangkap la satu gambar, yang tak memasukkan gambar dia. Dia yang cakap tak mahu masuk kan…. Gambar seperti di bawah.
Bila aku tunjuk, dia bertambah merajuk lagi……… Hahahaha, rupanya dia nak gambar dia masuk juga. Tadi kata tak nak, lepas tu nak pula. Tak faham betul aku dengan kanak-kanak ribena ni.
Akhirnya, aku tangkap juga gambar dia, siap penuh satu gambar lagi muka dia……..
Pun, dia kecil hati juga. Tak faham betul aku. Siap tulis di entri blognya lagi tu.
Aku pula, nak buat macam mana kan??? Ketawa sajalah…..
Hahahahahhahaha………..
11 Comments:
hahahaha...~
penat gilerr gelak dengan entri ni...
mke azahiri menggerunkan?
langsung x....!!!
hahahaha...~
*gelak terguling-guling*
kamu x pandai pujuk orang...
cepat2 la ada gf...
br la paham pndai sket nak pjuk pmpuan...
hahahahahahaha...~
P/S: Kamu mmg bersalah!!! Kecik ati tau... Penat gilerr posing tengah panas... Pam balik biar jadi bsar... Hahaha...~
duh.
mmg salah ko. ahahaha!
klw pmpuan, mmg cmtu laa..
time dia majuk, even dia kate x nak ke ape, tp slalunye dia x bmaksud cmtu.
ko kne la paham. sila bca buku Men are from mars, women are fr0m venus. hua3.promote buku jap.
lalalala~
eh. keja dh siap? stadi dh abes?
time2 cmni laa nk update bl0g. ish3. =b
Hahaha....semua gambar aku amik tak cantik. Kesian ko azahiri....sebab berparter ngan aku. Ko amik gambar aku ok...bila part aku amik gambar ko cam hampeh ja. haha!!! best panjat pokok tuh. Dah lama tak wat keja camtu......ahhh!!!! aku kn siapkan assignment......lol
hanisah:
hahaha...
cayunk nisah sbb back up nad...
hehehe...~
bufday azahiri nanti mntak la sape2 belikan buku tu utk dia... hahaha...~
che joe:
x pe klau hampeh ambik gambar azahiri...
ala... azahiri je pun...
bukan model terkenal...
hahahahaha...~
** sudah menjadi smakin kejam skarang **
(^-^)v
@Mira: oit....seb baik cik rose tak tunjuk gambar tu. tak ok pun. aku ja nak melebih duk atas pokok tu..wakakaka!!! bajet tarzan....Woooooooooooooooooo!!!!!
enchek darkartz...
kanak-kanak ribena ni masih merajuk...
hahaha...~
p/s: tau la ada misai n janggut, bajet tua sangat la tu... =P
@Mira
ko tu gmbr yg siyes tu xleh bla r wei.....
cjoe:
gambar mir tu lawa la...
ak ske tgk...
hehehe...
hmmmm..........
ni blog sapa ni ye............
dah macam forum lak bahagian komen nih........
tuan pnya blog da marah dah...
(x takut pn)
=P
hahaha...
lps ni x nak komen dah...XD
hahahaha, dop marah le........
saja je......
okeh2, teruskan forum korang semua........
hahahaha........
Post a Comment