Raya Sambil Mengemas Bilik....

Bismillah.......

Aku pernah melawat rumah pak cik saudara aku, pada hari raya Eidulfitri yang lepas. Kebetulan waktu kami tiba di sana, waktu zohor baru saja masuk. Maka aku menumpang sembahyang di bilik salah seorang anaknya.

Waktu aku masuk dalam biliknya, satu sahaja perkataan yang boleh aku ungkapkan. Bukan, dua perkataan. KEMAS GILA. Sahaja aku tambah perkataan ‘gila’ untuk menampakkan versi yang lebih advance daripada ‘kemas’.

Malah, aku boleh katakan, biliknya kalau dibandingkan dengan bilik aku sendiri, bilik aku dah nampak macam stor. Bukan di rumah sahaja, malah di asrama pun sama. Jadi, selepas pulang sahaja dari rumah pak cik aku, aku berazam nak kemas bilik aku, di rumah dan juga di asrama.

Sayangnya masa memang mencemburui aku, aku tak sempat mengemas bilik aku di rumah, kerana cuti raya hanya seminggu. Tapi aku selalu mengemas bilik aku di asrama, seminggu sekali. (okey, jangan kira semasa peperiksaan, sebab waktu peperiksaan, jangan kata bilik, diri sendiri pun tak terurus. Nota menimbun atas meja tak usah ceritalah.)

Jadi, semalam, aku mengambil inisiatif untuk mengemas semula bilik aku yang dah macam stor ni. Maka, banyaklah barang-barang lama yang aku jumpa. Rupa-rupanya aku ni suka kumpul sampah. Banyak benda mengarut aku kumpul.

Salah satu keputusan aku yang drastik, adalah membuang majalah-majalah lama, majoritinya adalah KREKO dan ARENA.

Cerita mengenai dua majalah ini, aku mengaku yang aku sememangnya membesar dengan komik, lebih daripada membesar dengan suratkhabar. Sepanjang aku membeli komik, KREKO lah yang paling lama sekali aku setia. 

Aku mula minat dan membeli KREKO sejak dari isu 100. Kebetulan edisi bumper. Waktu tu beli sebab nak baca Cardcaptor Sakura (terpengaruh dengan kakak aku.) Lama-kelamaan, aku mula tertarik dengan cerita lain, seperti Naruto, Red Eyes, Yu Gi Oh dan lain-lain. 

Haaa, KREKO edisi 100, bukan senang nak cari dah sekarang......

Yang ini pula edisi 200......

Waktu yang paling aku minat dan paling tak sabar nak beli sekali adalah ketika cerita Eyeshield 21 dan Death Note tengah popular. Kalau aku tak silap, masa tu tingkatan 5. Tak sabar-sabar nak tunggu edisi seterusnya. Waktu matrikulasi, lagi gila. Koperasi tempah 20 keping KREKO, berebutlah diorang nak membelinya. Selalunya hari pertama dijual tu dah habis. 

Tapi sejak masuk USM, aku dah mula jarang membeli KREKO. Sebabnya masa yang terhad dan poket yang rabak. Hehehe...... antara sebab lain, aku dah dewasa, dan kalau nak baca, baca sahaja di internet.

Laaa, aku dah menyimpang dah rupanya, berbalik pada mengemas bilik, aku kumpulkan semua majalah yang nak dibuang.

Habuk berterbangan..........

Aku terbersin.......

Peluh memercik.........

Tangan berdebu.........

Hasilnya, inilah jumlah yang aku nak buang. 


Bila fikir semula, aku rasa sayang nak buang, bukan apa, terlalu banyak jasa mereka kepada aku, (aku belajar melukis dari KREKO, hinggakan subjek Seni SPM aku pun aku lukis L dari Death Note). Yang paling sayang sekali, duit yang aku dah belanjakan beli semua majalah ni.
Jadi, aku bertanya dahulu kepada kamu semua. 

Sebelum aku buang atau aku jual, ada tak yang nak KREKO dan ARENA KOMIK aku ni? 
Aku ingat kalau aku jual pada pembeli suratkhabar lama, berapa ringgit je yang aku dapat balik, atau mungkin hanya puluh sen sahaja. Kalau aku bagi orang, orang baca atau buat koleksi pun dah kira okey rasanya.

Sesiapa yang nak sila hubungi aku secepat mungkin sebelum aku buang. 

Oh ya, bayar le sikit duit. Hehehe...........

p/s: rasanya dah terlambat satu hari, tapi aku tetap nak ucapkan 

SALAM ‘EIDIL ADHA

Kepada semua pembaca blog ini.


Friday, November 27, 2009

9 Comments:

Unknown said...

oitt..

syg laa nk bg org or jual or buang..

pe kata ko simpan je..hehe..

tp bt0l laa..

even k0mik aku blambak2 kat umah ni pn..xpenah terfikir pn nk bg org/jual/buang ..

siyes amat syg..

h0hoho..

DarkArtz said...

mak aku yang suh buang katanya........
dah lama dah dia suh, sejak dari 1st year lagi........
ni aku pun dah tak baca lagi, rasa malas lak nak simpan.........
udah le bilik ni bertambah buku dah.......
eh, kau nak tak???
amik le.......
hehehe.........

Unknown said...

hm..pelik.
klw aku..umi aku laa yg smangat suh jaga k0mik tu baek2.
sbb dia ckp klw x jga, mmbazir duet je bli..haha..
hm..aku x bca kreko arr..
hehe..
lgpun..klw aku nk...mne laa aku nk simpan kat usm tu.
bilik aku dh pen0h..
wakaka¬
ala...ko bg je dak2 laki yg laen.
msti diorg nk..
xpn..tnye si hakim..h0ho.

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

j.a.n.g.a.n b.u.a.n.g~

Anonymous said...

Buang aje. Hahahahaha. Ya, aku suka membuang benda serabut.Tak pun gi kitar semula, selamat alam.

Sooooory!

DarkArtz said...

hanisah: dulu memang dia suh simpan bebaik........
tapi sejak dah melambak dan memenuhi ruang dan jarang-jarang baca ni, dia cadang suh buang.........
pikir2 balik, ada betul gak kata dia........
abis berabuk bilik dibuatnya........


reen: cik reen nak ke???
kalau nak leh amik.......
huhuhu.......


huda: ayat recycle tu mengingatkan aku yang kau ni Exco Healthex.........
slogan PAKAI TAK BUANG.......
hahaha........

chanz said...

kat umah aku pun berlambak kreko maa~
haha. simpan je wey. koleksi kot~ aku pn ada isu 100 & 200 tu bai

DarkArtz said...

mak aku dah buang dah........

Unknown said...

~~ halo~~i got the same collection as you..its way larger than you since i been collecting it since i was on my form 1..until form 5..when i got into college..i almost had about 300 arena and 200 arena( counted one)..but all of them had been eaten by termites since my parent house is "kampung house"...haha..i feel like crying when i burned all of them since it cannot be read anymore..sob2..i been dying for their free gifts..if you by any chance still have the free gift can you sell it to me? i want card captor sakura card collection..i lost half of them years ago..huhu...if you do..could you please send a msg on this phone number? 0179887173..i send you the money too..trust me..i'm a fan of manga and anime.. :D hope for your reply soon~~