Aku Download Cerita dan Aku Tonton Cerita Tersebut.

Bismillah.........

Sedar tak sedar, lima hari dah cuti. Sebenarnya aku tak sedar pun hari ni dah masuk hari Selasa. Kenapa? Sebab sedap sangat dengan tidur. Bukan apa, tidur qadha. Tak ada? Aku tak peduli.

Apapun, semasa cuti ni, jangan ingat aku cuma tidur sahaja. Ada beberapa kerja lain lagi yang aku buat. Antaranya adalah memuat turun cerita (download) dan menonton sambil ketawa seorang diri. Sebab itulah aku tak update blog ini. Seronok sangat layan cerita.

Jadi, supaya kamu semua yang berada di rumah masing-masing yang tertanya-tanya cerita apa yang aku dah tengok, bolehlah teruskan membaca entri ini. Kalau tidak, bacalah juga sebagai mengisi masa lapang. Bukan ada kerja apa pun kan di rumah??? Hehehe........

Kamu dah tengok ke cerita-cerita ni? Kalau belum, aku takkan ceritakan pengakhirannya, takut nanti kamu kata spoiler. Kalau sudah, pun aku takkan ceritakan pengakhirannya, kamu fahami sendiri apa yang aku tulis. Huhuhu.....
Pertama, aku dah tengok cerita Papadom, lakonan Afdlin Shauki dan beberapa orang pelakon lain yang aku tak kenal. Katanya pelakon baru sebab muda. Tak apa, tak penting. Yang penting, filem ni menarik. Lebih menarik 5 kali ganda dari filem Setem. (pada pendapat aku la). Mungkin kalau cerita Afdlin aku lebih suka cerita perlahan dan bersifat kehidupan.......

Pengajaran: cerita ni buat aku terfikir dengan amat mendalam, apakah rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang. Dan kita yang bakal menjadi ibu dan bapa ni (kamu le, aku takde awek lagi, ahakz) terlalu bimbang dengan apa yang bakal terjadi pada anak-anak kita, padahal anak-anak kita tak tau pun keprihatinan kita. Ambil kata mudah, kamu ingat ke pada ibu bapa kamu ketika sedang berada di dewan kuliah sebagaimana diorang ingat pada kamu?


Kedua, aku layan cerita Flash Forward, cerita bersiri genre sains fiksyen dan misteri. Cerita ni baru lagi dan masih belum ditayangkan di televisyen Malaysia, namun bagi aku, cerita ini agak menarik kerana aku suka sains fiksyen ringan dan misteri. Satu hari, seluruh manusia di dunia tiba-tiba pengsan dalam masa 2 minit 17 saat (aku tak pasti, nanti aku confirmkan). Ekoran dari tu, semua manusia yang pengsan ni nampak diri mereka pada masa hadapan bertarikh 29 April 2010 (pun aku lupa, nanti aku confirmkan). Masalah berlaku bila watak utama kita cuba menyiasat puncanya daripada bayangan masa hadapan dia dan mendapati beberapa masalah besar timbul.

Pengajaran: cerita ni walaupun bersifat ramalan, namun tetap menunjukkan reaksi manusia kepada sesuatu yang dikatakan bakal berlaku. Betapa lemahnya manusia. Aku beri contoh, andai kata kita dapat nampak masa depan korang yang ‘gelap’, menunjukkan kita dah mati menjelang April 2010. Apa yang kita akan buat? Namun, bukan semua perkara tak elok mengenai bayangan masa hadapan, sebab semuanya memberikan satu harapan kepada mereka semua, sama ada berharap agar tidak berlaku, atau berlaku.


Ketiga, cerita bersiri jepun, Zeni Geba. Pelakonnya adalah pelakon cerita Death Note, watak L, aku tak tahu nama dia apa. Kali ni, dia bukan lagi good guy, tapi bad guy. (Nisah, kau jangan tengok, pengsan karang) Apapun, cerita ni agak psiko sedikit. Kemiskinan yang dialaminya terlampau teruk hinggakan dia kehilangan orang yang tersayang, dan dikhianati dan akhirnya sanggup bunuh orang demi duit.

Pengajaran: sedang kita makan nasi 2 pinggan di rumah masa cuti ni dengan lauk ayam goreng rangup dan juga dalca dan juga pencuci mulut buah, sambil kening terangkat memakannya (perghh...), kita tak tahu betapa banyaknya orang miskin di luar sana. Jangan terkejut kalau ada orang miskin sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana duit. Memang cerita ni agak psiko, tapi aku rasa kasihan pada watak utamanya. Dia berjaya bolot duit, tapi dia tak berjaya menguasai duit, sebaliknya duit yang menguasainya.



Keempat dan kelima, aku ringkaskan sebab aku dah mula letih menulis, aku tengok cerita Battle For Terra dan Wall E. Kedua-duanya filem animasi dan kedua-duanya agak menyentuh hati.

Pengajaran: satu sahaja yang serupa dalam kedua cerita ini yang buat aku terfikir, betapa manusia ni akan menghancurkan bumi pada masa akan datang. Akhirnya bila bumi dah tak ada apa, manusia terpaksa tinggal di angkasa lepas, hingga sanggup menjajah planet orang. Weih, robot Wall-E pun ada perasaan, kita?

Ada banyak lagi cerita yang aku tengok, tapi ini sahaja yang aku rasa nak kongsi kepada semua. Kalau nak kongsi cerita lain, rasanya kamu pun muak nak baca.

Akhir kata, semua cerita ada pengajarannya (kecuali cerita Charlie Angel), dan aku percaya, pengarah filem bukan sahaja nak bagi filem dia laku di pasaran, tapi juga nak sampaikan mesej kepada semua penonton. Yalah kan, kalau nak laku di pasaran, memang tak laku mana pun sebab aku asyik download je, tak beli yang original pun. Kikikiki..........

p/s: cuti ni rasa nak tengok filem animasi, terutamanya keluaran Pixar. Sekarang tengah mencari.

Monday, November 23, 2009

11 Comments:

hanisah said...

asal lak aku pengsan? haha..

aku dh tgk ar cter zeni geba tu. hehe..
plak0n dia nme kenichi matsuyama..h0hoho...

diarisenja said...

Ni aku nak kasi hardisc kat ko nih. Hahahhahahahaha

~tukangmasak~ said...

hoh patut la xhapdate...
nengok cite je keje nye
hikhik
nanti dah dapat cite up kongsi-kongsi la eh...
sharing is caring
hiohiohio~~~

lunar wolf said...

..nk tgk papadom gak!!~

Miss Q said...

papadom!!!nak tengok gak..
nnt aku ambil dari ko ye..hehe

DarkArtz said...

hanisah: takdelah, ingatkan kau minat gile ngan L yang cite Death Note tu, huhuhu........

huda: meh le kasi.........
aku menerima je............
hahaha..........

tukangmasak: dah tengok dah cite UP, siap ulang 4 kali lagi.......
hari tu jumpa cite UP yang spesel, cite pendek pixar, tajuk dia Mission Dug.........

haida: tengok le........
heheheh.......

quzie: kau tak tengok lagi???
apa nye ketinggalan kau ni........
hehehe..........
nanti aku kasi........

chanz said...

ngantok sial aku tgk papadom...citer pasal anak Afdlin je pon..nama pun sama Mia Sara. bosan je

DarkArtz said...

laaa, dia tu anak afdlin ke???
aku tak tau pun.......
nampak lain je........

shalmadrep said...

Pelakon tuh bukan anak dier,
tuh liyana jasmay....

Anak Afdlin, Mia Sara...
Kecik lagi bai~!

DarkArtz said...

aku tak tau mengenai pelakon yang aku tak berminat.......
ohhhh......

chanz said...

anak dia umur 10 tahun..bukan liyana jasmay tu..ada part yg bdk tu 10 tahun..tu anak die la bai..dia bapa tunggal..