Bismillah.......
Bagaimana dengan peperiksaan korang? Dapat korang buat dengan baik? Atau tidak berapa baik? Bagaimana pula sekarang? Adakah masih sakit kepala membaca nota? Atau sedang merehatkan minda?
Baiklah, entri aku kali ini berbentuk santaian untuk semua pembaca. Cerita-cerita ni adalah cerita yang pernah dimuatkan dalam majalah Ujang versi lama yang aku jumpa di sebuah laman web. Masih lagi aku teringat cerita ‘Asal-usul Negara Manila’, yang aku baca dalam majalah Ujang, kalau aku tak silap semasa sekolah rendah dahulu. Agak nostalgik membacanya semula.
Penulisnya tak lain tak bukan adalah Din Beramboi, kalau aku tak silap. Sebenarnya cerita ni aku jumpa semasa aku mencari maklumat mengenai Din Beramboi di internet.
Jadi, mari kita baca sama-sama. Kredit kepada http://mirhalim.tripod.com/ujang.htm#44
*****
Asal Usul MANILA
Pada zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia dalam tahun-tahun 1500an, pedagang-pedagang asing ramai yang datang berniaga disana sehingga peniaga-peniaga tempatan tension kerana tidak mendapat keuntungan seratus percent. Ini menyebabkan peniaga-peniaga tempatan bercita-cita untuk menjual hasil dalam negeri ke luar negeri. Salah seorang peniaga tersebut ialah Hang Lastari, cucu Hang Kasturi.
Hang Lastari popular sebagai peniaga batu kerikir, tetapi setelah adanya pedagang Arab yang berniaga batu akek di Melaka, maka tiadalah laku lagi batu kerikir Hang Lastari yang akhirnya membawa diri seperti kebanyakan orang Melayu yang suka merajuk. Pergilah Hang Lastari ke Filipina untuk mencuba nasib berniaga di sana.
Kebetulan tahap ekonomi di Filipina baru nak stabil dan ramai pula peniaga yang berniaga di situ, maka menjadikan negeri yang tiada lagi bernama itu membesar dan ramai pula penduduknya. Ini menyedarkan pembesar tempatan untuk memberi namasesuai untuk kawasan yang bakal menjadi ibu negara Filipina.
Maka dalam pencariannya, Raja Filipina memerintahkan khadamnya untuk mendengar pendapat orang ramai tentang nama sesuai. Pergilah khadam ke pasar besar sambil memasang telinga mendengar perkataan yang sesuai. Tibalah khadam ke gerai Hang Lastari. Terpikatlah khadam melihat batu kerikir yang pertama kali dia jumpa. Hendak membeli tiada berduit. Maka digenggamlah oleh khadam akan batu tersebut untuk memuaskan hatinya.
"Duitnya, bang?" Hang Lastari meminta.
"Hah?" Khadam tidak faham dan terus berlalu dari situ. Dia menyangka benda itu free.
"Duit... money... money la..." Hang Lastari berbahasa Inggeris. "Hah? Khadam masih tak faham dan mula berlari balik ke istana kerana dikejar oleh Hang Lastari.
Hang Lastari terus mengejar sambil menjerit,"Hei... duit... duit tu money la... money la!" Hinggalah ke dalam istana khadam dikejar Hang Lastari.
Khadam bersembunyi di belakang Raja. Raja Filipina terpinga-pinga melihat peristiwa itu. Hang Lastari pula terkejut kerana dia berada di dalam istana. Sambil berdiri tegak tanda hormat, Hang Lastari bercerita,"Dia ambik batu kerikir saya, tapi tak nak bagi duit."
Raja Filipina menggeleng tak faham. Hang Lastari pun menyambung,"Duit tu dalam bahasa Inggeris... money... duit tu money la... duit... money la!"
Raja Filipina tersenyum dan menepuk tangan gembira kerana menyangka Hang Lastari memberi nama bandar tersebut. Akhirnya Raja Filipina berkenan dengan perkataan itu dan menamakannya 'Manila'. Hang Lastari dihadiahkan sebidang tanah di Sabah tinggal bersama-sama khadam yang akhirnya membuka business apam balik di sana.
*****
Asal Usul CALIFORNIA
Hang Tuah diberi tiket percutian oleh Sultan Melaka ke sebuah tempat yang masih belum bernama sebagai hadiah kerana berjaya membunuh Hang Jebat. Maka belayarlah Hang Tuah dan tiga sahabatnya iaitu Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Sesampainya di tempat itu utusan Hang Tuah disambut dengan penuh gilang gemilang oleh pemerintah tempat tersebut. Kebetulan pula hari itu satu pertandingan menamanakan tempat tersebut sedang diadakan.
Pemerintah membawa Hang Tuah dan rombongan melawat temasya di mana pertandingan akan dijalankan. Sesampainya di situ Hang Tuah terpegun melihat penduduk yang memakai baju beraneka warna, lampu-lampu berkerlipan dan berbagai perhiasan di tapak pesta. Kerana terlalu seronok Hang Tuah terjerit "Wow... colourfulnya!"
Pemerintah yang terdengar perkataan itu terus membatalkan pertandingan kerana dia berpendapat nama yang diberikan oleh Hang Tuah cukup menarik. Sehingga kini tempat itu dikenali dengan nama 'CALIFORNIA'.
*****
BAHASA LAMA
Malam Jumaat yang lalu Pak Cik buka peti lama kepunyaan pak cik yang dalam setor tu sebab nak cari geran tanah... untuk dijual. Entah macamana pak cik terjumpa 'pulak' sepucuk surat lama kiriman kawan lama pak cik. Waktu baca semula surat ini, termenung pakcik dibuatnya. Rupa-rupanya bahasa kita ni berubah-ubah ikut peredaran zaman 'yek'. Cuba le kau orang tengok perbezaan gaya bahasa dan ejaan dulu dan sekarang dan cuba bandingkan dengan geran tanah milik ketua kampung kau orang
Ku Hamid,
Malacca.
8.8.1948
Kembali kepangkuan sahabat ku Din...
Aku berharap semoga diri kao sehat sejahtera dan semoga kao gumbira selalu. Bagaimana chuacha ditempatmu? Tentunya panas. Adapun diwaktu ini aku juga sehat. Din... apa pekerjaan mu sekarang? Masehkah kao menulis untuk majalah 'International Encyclopedia'? Aku ada mendengar khabar yang kao akan menulis untok majallah Ujang pada tahun 1994 nanti. Benarkah begitu? Jika benar aku ingin menguchapkan tahniah. Aku sunggoh suka hati.
Din
Adapun tujuan aku mengirimkan surat ini kepada mu kerna ia ada membawa maksud. Aku ingin meminta pertulongan dari mu, kalau bolih aku mau meminjam uang sebanyak lapan puloh ringgit untok aku membeli gitar karan, kerna aku ada di-tawarkan untok bermain gitar dalam sabuah kumpulan pancharagam iaitu kumpulan 'Metallica'. Aku harap kao sedia memberikan pertulongan dan aku akan membayar balik hutangku itu siap dengan bunganya sekali.
Din...
Selain daripada meminjam uang aku juga ingin mempelajari chara-chara bermain gitar dari mu kerna aku ada mendengar kao hebat bermain gitar. Oh ye Din... hampir aku terlupa, kalau bolih celana Bell-bottom dan kasut Hail Amir mu itu berikanlah kepada aku untok aku pakai semasa bermain pancharagam.
Din...
Aku harap kao tidak akan menghampakan aku kerna aku memang berchita-chita untok bermain pancharagam dan doakanlah semuga aku mendapat chahaya kejayaan. Oh ya... sebelom aku mengundurkan diri sampaikan salam pada ayah dan bondamu. Akhir kata semoga kao gumbira selalu. Salam hormat dariku. Aku akan menalipun mu. Sekian.
Wassalam,
Sohabatmu yang jauh.
Ku Hamid.
NOTA: Untuk pengetahuan korang semua selepas sahaja pak cik pinjamkan duit lapan puluh ringgit dan mengajar Ku Hamid bermain gitar, dia terus saja berangkat ke USA dan bermain gitar untuk kumpulan Metallica. Pak cik dengar dia telah menukar namanya kepada Kirk Hammett. Dan duit lapan puluh ringgit yang dia pinjam itu sampai sekarang dia belum bayar... Chiss..!
*****
Komen aku:
Dahulu, aku cukup suka membaca majalah Ujang. Setiap kali ke kedai, kalau aku tak membeli komik Dragon Ball (cukup fenomena masa kecil dahulu) aku akan membeli majalah Ujang. Ada beberapa sebab aku minat dengannya. Namun begitu, jika dibandingkan dengan majalah Ujang yang sekarang, aku agak kecewa sedikit kerana bagi aku, sudah tak berapa menarik lagi. Maafkan aku jika memberikan perbandingan dan komen. Cuma sekadar pendapat aku.
1. Majalah Ujang yang dahulu, cukup-cukup penuh dengan lawak. Daripada kartunnya sehingga kepada cerita pendeknya. Malah ada pengajaran tatabahasa yang mengarut, pun lawak juga. Lawak-lawak tu cukup unik dan dah tak jumpa dah dalam majalah Ujang yang sekarang. Aku bagi contoh, Penaakulan Mantik Dalam Bahasa (?), Edisi 1hb Mac 1996 (kredit kepada www.sipurisipuru.com):
Premis: Jika Amid menghayun tangan, mangkuk itu akan pecah.
Premis: Amid Menghayun tangan.
Kesimpulan: Amid mangkuk ayun.
Aku rasa sekarang dah tak jumpa dah lawak macam ni.
2. Lukisan dalam majalah Ujang dahulu 100 kali lebih baik daripada sekarang. Minta maaf kepada kartunis- kartunis sekarang. Kalau dahulu, aku lihat, kebanyakan lukisan diwarnakan menggunakan warna air, cukup-cukup nampak asli. Sekarang ni, kebanyakannya dah guna warna komputer. Tambahan pula, kartun sekarang lebih nampak tak asli, dengan mata bercahaya, dengan background yang di copy paste(guna komputer) dan lukisan cuba tunjuk comel. Kalau dahulu, Ujang ni kira unik sebab bila kita lihat lukisan karekter je, kita dah tau, oh, ini mesti dari majalah Ujang ni. Nampak tak keaslian dia? Selain tu, setiap kotak panel mesti penuh dengan lukisan termasuklah background!! Lukisan pun nampak emosi dan takde mata bercahaya macam mata mat saleh.
Ada lagi aku nak komen sebenarnya, tapi cukuplah dua pendapat ini sahaja. Aku pun sebenarnya tak layak nak berkata lebih-lebih.
Minta maaf ye........
Sekadar pendapat sebagai pembaca.
p/s: aku rindu nak baca majalah Ujang yang dahulu. Cerita-cerita terkenal macam Aku Hidup Dalam Blues, Selangkah ke Alam Misteri, Murahguru Tandori Payat, Mat Despatch (versi lama yang kelakar), Workshop, Bersama Selamanya dan lain-lain lagi. Sesiapa yang ada majalah Ujang versi lama, beritahulah aku. Aku nak pinjam. Hehehe........
8 Comments:
ingat..ingat...
hahahaa
baca title terus komen..
jap eh nak smbung baca
setuju....
aku pun suke komik ujang yg dulu
skrg dh x kelakar sgt dh....
zaman dah berubah.. orang pun berubah.. sekarang semua guna komputer.. semua benda di dunia ni boleh diubah dengan komputer, gambar, video malahan metaliti pun boleh diubah dengan komputer.. hoho (@_,@)
bapak ahh!! mendalam gila ayat abang luqman kita....tabik spring ahhh!!!
tukangmasak: sabar kak, sabar........
baca dulu, bukan best pun entri ni.........
hehehe.........
che jo: yes, kita sependapat........
lea: kita pun sependapat.........
lukman: aku tak paham sampai bab mentaliti boleh diubah dengan komputer..........
apapun, bagi aku, seterer mana pun komputer, kalau diwarnakan guna komputer, masih tak leh tanding dengan kaler warna air guna tangan...........
nampak lebih asli........
tu la kelebihan Illahi.........
huhuhu........
Weh, kat fesbuk ada kartunis ujang, kartunis aie dan seangkatan dengan mereka...
Weh, dorang pun ade lukis-lukis lagi...
Weh, aku pelik ngan rakyat malaysia nie, kalau minat kartun mereka, kenapa kartunis itu diabaikan? Kesian mereka. Orang yang otak bisnes selalu mendominasi mereka. Kesian, Hinggakan kekreatifan tidak kemana.
Weh, Conan tak best... sampai sekarang aku rasa cara penyiasatan dia kelas ketiga.
Weh, weh, weh...
ni yang sedeh ni.........
aku takde facebook.......
Post a Comment