Untuk Permulaan Bagi Ekspo

Bismillah........

Kata Iman, “Kalau idea dah datang  mencurah-curah, tak kira masa. ”

Aku teringat lagi hari Sabtu tu.

Waktu tu aku agak kalut. CA toksikologi sudah hampir. Kalau aku tak silap, pada hari esoknya. Namun begitu, banyak lagi nota yang masih aku tak baca. Tambah pula permintaan daripada Exco Publisiti untuk banner dan banting mereka masih belum aku sempurnakan. Mereka mahukan segera agar dapat menempahnya di kedai sebelum raya untuk dicetak (waktu ni tengah puasa).

Aku dah mencuba mereka banner dan banting mereka sebelum ini. Namun tidak begitu cantik. Jadi, aku dengan sendirinya me’reject’ banner tersebut.

Sabtu pagi, selepas sahur, aku pergi bersolat jemaah Subuh di surau. Pulang dari surau, ingatnya nak membaca nota toksikologi yang masih berbaki. Tapi terasa malas pula. Maka aku pasang komputer dan saja-sajalah aku melayari internet, laman web Google Image.

Akhirnya, aku terjumpa satu kotak yang agak cantik. Mungkin rezeki aku pagi tu. Terus aku dapat idea untuk buat banner dan banting untuk Alvino. Kotak berwarna oren yang aku maksudkan adalah seperti di bawah, dan aku gabungkan dengan perkataan yang agak ‘grunge’. Terhasillah seperti apa yang korang nampak pada banner dan banting sekarang.

Kotak yang aku jumpa dan dah diubahsuai.....

Cerita tak habis lagi. Mulanya aku puas hati. Tapi selepas lebih tujuh kali pandang semula, aku mula rasa kekurangan gambar. Nak tak nak kena cari bahan lain. Nota tak baca lagi ni. Tapi bila mood dah datang, memang aku tak layan benda lain dah selain dari kerja ni. (tolong jangan contohi aku)

Untuk menepati tema, aku kena cari gambar yang lestari. Mulanya nak guna gambar tangan memegang bumi macam aktiviti mahasiswa lestari yang tak jadi dulu, yang pernah aku nukilkan dalam entri terdahulu. Tapi aku rasa terlalu ringkas. Jadi aku cari gambar bumi yang baru.

Dapat. 

Gambar bumi ni menarik sebab macam ilmu yang mengelilingi bumi.

Aku cari pula gambar tangan. Aku jumpa dua tangan yang menarik, tangan manusia dan tangan robot. Jadi, aku gabungkan semuanya. Jadilah seperti apa yang korang nampak sekarang.

Tangan robot memegang mentol.
Tangan memegang bumi.

Hasilnya.

Siap kerja aku, aku buat satu lagi design banner dan banting dalam warna biru. Akhirnya, pukul sepuluh pagi baru siap semuanya.

Tapi, ada masalah pula yang timbul.

AKU TAK BACA NOTA TOKSIKOLOGI LAGI........

Mungkin inilah salah satu dari lima kesukaran yang pernah aku nyatakan dalam pengucapan awam aku dalam kelas Komunikasi minggu lepas......

Bila tarikh dateline bertemu dengan tarikh kritikal (CA). Dan bila dah perit nak baca CA, barulah idea datang. Akhirnya, memang tak keruan.......

Minta korang semua jangan jadi macam aku. Dah nak tarikh dateline baru nak buat.

Padan muka aku....

Tuesday, October 6, 2009

0 Comments: