Mari Layan Blues.......


Bismillah........

Aku bukan jenis yang jiwang sangat. Tapi aku agak suka cerita di bawah.

*******

Berkata seorang teman.

“Semester dah nak habis.”

“Jadi??”

Diam menunggu jawapan yang ditaipnya. YM wadah perbualan kami. Sesekali menukar tetingkap membaca informasi lain di internet mengenai kerjaku.

Angin dingin mula memenuhi bilik. Cahaya bulan tidak kelihatan. Malam makin gelap. Hujan mula turun renyai-renyai.

Kan sedap kalau aku tidur sahaja waktu sebegini. Namun, kerja harus disiapkan terlebih dahulu. Aku dah malas nak bertangguh.

“Kau tak mahu beritahu dia?”

Jawapannya muncul. Aku masih berdiam diri.

“Menyesal kau nanti.” Tambahnya lagi.

Angin terus berhembus kuat masuk melalui tingkap. Makin dingin malam yang mula lebat dengan hujan. Malam kian kelam dengan kegelapan.

Ya, memang aku akui. Aku introvert. Banyak teori dari praktikal. Banyak berdiam dari menegur. Banyak melihat daripada berbicara.

“Sudahlah tu. Tak usah bercerita pasal aku.” Aku menjawab.

“Aku dah tahu keputusan akhirnya.” Menambah lagi, cuba berkias kata.

“Aku tak ada apa pun. Rupa, harta, kepandaian, gaya, semuanya kurang. Bukan macam yang lain, serba-serbi ada.” Pahit sedikit jawapanku.

Ya, aku sememangnya mengaku. Susah untuk pengemis jalanan melamar puteri rupawan. Lebih-lebih lagi jika pengemis tersebut sememangnya serba kekurangan.

“Semua orang ada kelebihan.” Dia menjawab.

“Belum cuba, belum tahu.” Eleh, gula-gula....... aku mana makan sangat gula-gula ni.

Suhu bilik semakin menurun. Kedengaran bunyi hujan kian kuat di luar tingkap. Sejuk malam ini betul-betul membuatkan aku ingin berhibernasi.

“Aku ibarat duit satu sen.” Aku mula bermain bahasa.

“Dan di sekeliling aku penuh dengan duit RM 50 serta RM 100.”

“Dan keberatan aku menyebabkan aku lebih tenggelam ke dasar kotak harta.”

“Dan kalau kau berdiri di depan kotak tersebut, adakah kau akan mengambil yang dasar?”

Aku terbersin. Masih lagi menahan dingin malam.

“Kau tak menyesal?” satu sahaja soalannya.

Sebenarnya aku menyembunyikan sebab lain. Namun, alasan awal yang aku nyatakan sememangnya benar.

Halilintar berdentum. Tanda makin maraknya hujan berdendang.

Seketika, aku teringat semasa melihatnya berbicara suatu masa dahulu. Paras rupawan sambil petah berkata-kata. Walaupun dalam masa yang singkat, tapi sukar dilupakan. Walaupun aku memerhati dari jauh, senyumannya memang tak dapat aku lupakan. Itu kali kedua. Angau aku seketika.....

Mungkin ini jawapan aku.

“Man......”

“Aku rasa, aku dah cukup puas......”

“Betul-betul puas hati.”

“Biar pun lihat dari jauh, tapi memang dah terlalu puas.”

Ya, memang aku cukup-cukup berpuas hati.

“Mungkin aku dah patut berhenti......”

Dan aku sememangnya tak menyesal walaupun perkara ini disembunyikan. Biarpun dia tak mengetahuinya.

Suhu dingin sudah sebati dalam ruang bilik. Hujan kian lebat.

Kian lebat......

*****

p/s: situasinya hampir sama dengan aku sendiri. Perasan tak aku tiru ayat-ayat dia dan letak di GT dan YM??? Kikikiki........

Thursday, October 29, 2009

10 Comments:

Unknown said...

xde gT ngan ym ko..

xleh tgk ko tulis pe...uhuk3..

Lea Isnawi said...

aku igt kan perbualan ko ngan kawan ko
rupanya hanya citer org len...
ish...
tp betul la azahiri...
dh nak abes sem ni
bile ko nak luahkan perasaan ko..ngeh3;pisce

Quzie Fathihah said...

a'a..ak stuju nga lea..ble nk luahkn perasaan ko kat dia??huhu..tp sape 'dia'???..hehe..nk kena korek cite ni

Anonymous said...

weh...
nampak sgt citer nie citer sebenar...
bile ko nak luahkan??

hahaha,

Ms. Candy said...

haha...
aritu baca kat blog lukman, dia tulis entri jiwang...
kali ni kat blog kamu lak...
hahaha...~
time exam ni macam2 la korang ni...
sapekah 'dia' tu...?
nak tau gak!~ nak tau gak!~
(^-^)v hehe...~

DarkArtz said...

nisah: nak ke???
hehehe.........

lea: budak kecil tak leh tau banyak2.......
gi study.......

quzie: rahsia negara mana leh dedahkan kat orang.......
gi study.......

arep: aku bukan macam kau........
hehehe........

haida: aku tak sangka kau datang ke sini.......
tapi bukan aku yang tulis mende tu........
aku cuma copy paste.........

anne: mana ada jiwang.........
jiwa rock ni.......
kikikiki.........

Ms. Candy said...

azahiri bjiwa rock???
hahahaha...~
**gelak smpai terguling2**
(^-^)v

DarkArtz said...

tak percaya???
percayalah.......
hahaha.........
luar je nampak baik, dalam ni rock........

Anonymous said...

Macam aku??
huh.~!

DarkArtz said...

yup, macam kau........