Di Fasa Kedua Ekspo Kampus.....

Bismillah.......

Walaupun ada sedikit masalah dengan logo semalam, aku kira masalah tu dah selesai.

Jadi, mari kita lihat sedikit hasil kerja aku yang buruk sempena Ekspo Kampus 2009 ni. Kebanyakannya berwarna oren, kecuali baju sahaja. Baju berwarna biru torqoise. Walaupun pada mulanya aku cadangkan warna oren dengan kain microfiber. Tapi mahal pula.

Semua yang berikut adalah design. Nak tengok yang sebenar, tunggu aku naikkan entri tersebut kemudian.

Kredit aku berikan kepada tuan asal punya ilustrasi, termasuk tuan asal yang mendesign baju. Aku cuma mengolah sahaja.

Baju Ekspo Kampus. Mulanya ada dua design, tapi aku buat ringkas sahaja. Design pertama berwarna oren, hanya ada logo dan tulisan sahaja, kerana guna kain microfiber jadi tak perlu banyak design, nanti harga mahal. Yang biru ini design kedua, aku terjumpa di satu laman web. Aku tertarik dengan corak bunga tu. 

Akhirnya Design ni diterima. Apapun, aku cakap, design aku memang ketinggalan kalau dibandingkan dengan HTD dan Healthex. Design baju mereka lebih cantik.


Logo Ekspo Kampus. Logo ni bukan aku yang buat. Dah lama dah ada logo ni. Aku cuma bersihkan semula logo ni. Logo yang lama dah macam lain sahaja. Nampak pudar dan seperti logo yang di scan sahaja. Jadi, aku betulkan semula guna vector pen tool. Ini pun sebab Fatin suruh. Kalau tak, korang akan tengok logo pudar tahun lepas sahajalah.

Banting Ekspo Kampus. Banting ni aku buat mengikut ukuran yang diberikan oleh Alvieno. Akhirnya setelah direalisasikan, kelihatan banting ni kecil, termasuklah tulisannya. Rupa-rupanya Alvino beri ukuran banting kecil. Tapi tak apa, silap aku juga. Sebab ini kali pertama aku reka design banting. Jadi aku tak tahu saiz yang sesuai.

Banner Ekspo Kampus. Ini kali pertama aku buat banner 3 column. Sebelum ni, kebanyakan banner aku cuma gambar di tepi kanan atau kiri dan tulisan sahaja. Aku agak berpuas hati dengan design banner kali ni.


Poster Ekspo Kampus. Pun kali pertama aku buat poster berwarna satu muka surat. Sebelum ni hanya separuh muka sahaja yang berwarna, itu pun paling banyak warna. Sebab kebanyakan projek aku sebelum ni tak ada duit nak cetak warna satu muka. Pun juga berwarna oren. Huhuhu...

Wallpaper Ekspo Kampus. Wallpaper ni aku buat ringkas sahaja. Tak ada tulis banyak-banyak macam yang aku buat dalam poster dan banner. Bukan apa, wallpaper memang patut ada sedikit sahaja tulisan. Wali pun suruh buat macam ini juga.

Nametag Ekspo Kampus. Nametag yang aku dah malas nak design baru. Jadi aku samakan semuanya seperti poster. Ada dua design. Satu untuk krew, aku nak semua sama. Bukan apa, memang dalam membuat nametag, kami, para designer terutamanya Huda berpendapat tak payahlah masukkan gambar. Sebabnya leceh dan buang masa. Pakainya pun berapa hari sahaja. Itu pun entah pakai entah tidak. Jadi aku letak KREW sahaja untuk AJK Ekspo Kampus. Dan gambar serta nama untuk para HICOM dan ketua exco.

Aku suruh Mimie cetak di HEP. Katanya Kak Zie merungut. "Kamu ni asyik guna warna oren sahaja. Habislah dakwat kuning." Sebab banyak poster yang kami cetak di HEP. Tapi aku rasa tak mengapa sebab dakwat tu dakwat Ekspo Kampus. Mahal dakwat laserjet tu.

Okey ke semua design ni??

p/s: semoga semua benda ni boleh jadi rujukan kepada mereka yang akan menjadi exco grafik Ekspo Kampus atau sesiapa sahaja.

Thursday, October 8, 2009

4 Comments:

EASE In Grocer-e.com said...

Kabar gembira bagi anda kini Edward Forrer hadir dengan toko online. !!
Segera kunjungi toko online kami di www.grocer-e.com tempat menyimpan dan jual beli barang yang secondhand,handycraft,lukisan ,karya seni lainnya juga memudahkan anda untuk Menjual barang secara online dan memberikan kemudahan untuk mendisplay barang secara Off-line,hubungi costumer service kami, dan bawa langsung barang yang akan anda jual atau beli.

http://www.grocer-e.com atau grocer-e.blogspot.com
Jika ada pertanyaan lebih lanjut, silahkan hubungi customer service kami di:
csgrocer-e@yahoo.com

Terima kasih
Salam,

Grocer-e.com
--------------------------

Ms. Candy said...

owh...
patut la AJK2 biasa x de gambar...
tapi kan,
klau sy, sy ske simpan smua tag2 nama yg sy dapat...
suka smpan sebab dapat buat kenangan smpai bila2...
klau tak letak gambar pun, at least letak la nama...
=)
sy under evolusi sains, bagi komen utk ekspo kampus lak...
hehe... x pe, kan? XP

erm...
btw, baju biru tu lawa...=)

Anonymous said...

Yup, Baju itu sungguh lawa. Mungkin kerana bunganya.

Dan oren terlampau terang... haha, Gua sudah terlalu bosan dengan oren...

Neway, design kamu bagi gua ok la.. Tak ter'over', dan tiada yg kurang...

DarkArtz said...

ease grocer: huh???
apapun, karya aku bukan untuk dijual.......
buat masa ni la.......
mungkin hanya dalam situasi tertentu sahaja........

anne: yup, memang tak dinafikan kita akan simpan........
masalahnya, adakah diorang akan pakai masa event?
rasanya tengok masa ekspo hari tu pun, hanya berapa kerat je yang pakai.......
aku pun tak pakai, hahaha.......

arep: aku tau kau lebih terer dari aku.......
jangan lah 'kutuk' aku........
kikikiki.........