Bismillah.........
Pagi itu, aku tidur di bilikku, di atas katil Wei Gunung sebab dia balik ke rumah. Memang pagi itu agak sejuk dan di luar pula mendung, nampak seperti nak hujan. Angin dingin bertiup masuk ke bilik melalui tingkap yang dah sedia terbuka, ditambah lagi dengan kelajuan kipasku tahap 5, membuatkan suhu bilikku turun menjadi dingin. Sel-sel aku mula menjadi tidak aktif, maknanya aku nak tidur.
Tapi, aku tak tidur lama, sebab aku dah janji dengan Saiful untuk membuat satu aktiviti pada hari itu. Jadi aku gagahkan juga diri aku untuk bangun dari tidur yang hanya beberapa minit itu. Kebetulan, tak lama kemudian, Saiful datang ke bilikku untuk mengejutkan aku.
Aku bersiap sambil bersembang dengannya yang sudah sedia menanti aku, sambil dia melayan facebooknya di laptop aku. Melayan komen-komen foto Baksisnya lah tu. Namun, aral sekali lagi menimpa apabila perut aku sakit, dan kami terpaksa menangguhkan perjalanan kami selama 10 minit, lebih kurang begitu.
Tepat pukul 9.00 pagi, kami bertolak. Ke mana?
Yaaa, kami bergerak ke Masjid Pusat Islam untuk satu aktivit yang dah lama aku tunggu, mengacau bubur asyura.
Sudah dua tahun aku tidak berkesempatan menolong rakan-rakan yang lain untuk mengacau bubur asyura. Hanya bekas teman sebilik sahaja yang pergi mengacau. Jadi pada kali ini, selepas sahaja iklan bubur asyura dah dinaikkan dalam 2 minggu yag lepas, aku dengan Saiful dah merancang nak pergi mengacau bubur ini.
Sememangnya ada satu perkara yang menarik mengenai bubur asyura, lebih menarik dari rasanya, iaitu aktiviti membuatnya beramai-ramai. Dan inilah yang menarik minat aku untuk pergi ke sana. Selepas bahan-bahan seperti beras, kacang hijau, ubi, daging, santan dan lain-lain di masukkan, aktiviti mengacau dimulakan.
Memasukkan bahan.........
Mungkin kamu semua terfikir, bosannya aktiviti mengacau bubur, malah memerlukan tenaga. Yaa, memang mengacau bubur ni memerlukan tenaga terutamanya di fasa akhir, namun, ia tidak membosankan.
Dan sewaktu aktiviti inilah kami banyak berinteraksi. Banyak terjumpa kawan-kawan lain, berbual-bual kosong, berbual isu semasa dan melihat gelagat persekitaran sambil tangan masih mengacau bubur asyura.
Memang benda sebegini yang dilakukan beramai-ramai begini dapat merapatkan hubungan sesama kita. Muafakat begini yang selalu diamalkan di kampung-kampung terutamanya dalam masakan kenduri, tapi dah semakin pupus.
Tugas mereka, angkat kayu........
Tak usah ceritalah berapa banyak kami menangis kerana asap masuk ke mata. Balik bilik pun dengan keletihan serta badan dan baju berbau asap. Tapi memang gembira.
Walaupun aku tak berapa suka dengan bubur asyura kerana rasanya yang ‘kuat’, tapi hati memang puas hari tu.
Mungkin tahun depan boleh sertai lagi, dengan kamu semua sekali. Hahaha.........
Senior-seniorku........
Ni kawah aku, mula-mula kacau dengan Ikram, kemudian Ikram berehat Duwe ganti.....
Duwe dah keletihan dah....... Ni tengah ambil tenaga semula......
Siap!!!
p/s: bubur asyura di Kelantan agak unik, sebab di negeri aku, dia macam bubur lambok...... tak tahulah macam mana di negeri kamu.......
8 Comments:
Unik?? Haha! ye la tu..Black in color..ada daging ma cukup..!
Aku ada baca dlm mjlh bubur asyura ni dgalakkan wat manis2, sebab tu kt tpt aku punya manis2 n ada kacang2 apa sume. Mana ada daging..Har3.
eh ada gambar bubur tu tak?? post laa
eh..mula2 die masukkan apa ek..
nak taw resepi die..
heee
isk..ko ni lea..google je la... wey..chanz, kat tempat aku pon ada daging...siap ley pilih lagi nak wat yg daging k atau ayam..hehe
chanz: kau tak makan ke yang ari tu punya???
lukman tak bawa balik tuk kau ke???
memang ada letak daging dalam tu.........
lea: aku pun tak tau la........
tapi, yang aku tau, memula dalam kawah tu dah ada air dan ubi..........
aku lak bertugas masukkan kacang hijau dan beras........
pastu kitorang kacau.........
kendian letak santan dan jagung.........
pastu letak apa tah.........
kau paham tak ni?????
keroppi: eh, leh letak ayam ye???
aku lak terkedu.......
huhuu......
eh..bukan ayam..daging ayam..huhuXD makcik aku yg buat...aku mana reti..
owh faham2...means bubur tu dr ubi...kacang ijo...
roomate aku wat balik....
untuk aku...tapi....
hahahaha!!!! malu nak ckp.....
aku mmg jht!!!
Post a Comment