Beginilah Ceritanya........

Bismillah.......


PENGENALAN:

Aku sudah berfikir lama, sejak dari entri ke berapa, aku pun lupa. Yang pasti, aku memikirkan untuk menamatkan blog aku dalam semester lepas. Namun, aku menunggu dahulu hingga mencapai entri ke seratus, baru aku ingin menamatkan blog aku. Setelah berbincang dengan rakan-rakan, yang rata-ratanya menentang hasrat aku, aku fikir, jalan yang paling mudah adalah dengan tidak memadamkan blog aku sebaliknya menukar sahaja link blog aku supaya orang lain tak dapat membacanya. Dan itulah yang aku lakukan. Dalam hati aku, aku tak terasa ingin menulis blog lagi……..

ISI-ISI:

Sejak aku tak menulis blog, aku mula merasai satu kelainan. Bagaikan ada sesuatu yang tidak aku lakukan untuk melengkapkan hari ku. Aku mula merindui menulis blog. Makanku mula tak kenyang, tidurku terlebih lena. Aku terasa ingin menulis blog semula, tapi tanpa orang membacanya. Ibarat diari merah jambu kamu tu la. Tapi, idea pula tak datang…….. huhuhu………..

Beberapa hari aku menukar link blog aku, orang di persekitaran mula menyedarinya. Dari seorang, seorang yang lain pula bertanya aku. Jumpa aku saja pasti bertanya mengenai blog aku yang tak dapat dibuka. Dalam hati, aku berfikir, banyak juga orang yang membaca blog aku. Aku ibarat celebrity yang tidak menulis blog. Okey, sila abaikan kata-kata tersebut jika kamu berasa mual membacanya, terus sahaja pembacaan kamu kepada perenggan seterusnya.

Hari berganti hari, masa berlalu tidak menghiraukan aku dan manusia-manusia lain. Berita aku menutup blog aku mula diperkatakan oleh seluruh warga USMKK. Ketika hampir genap seminggu, aku mula rimas. Ratusan SMS mula membanjiri telefon bimbitku. Rata-ratanya bertanya mengapa aku berhenti menulis blog. Aku cuba membalas SMS mereka, namun, kalau dah lebih dari tiga ratus tujuh puluh dua (ringkasan: 372) SMS, aku mula malas membalasnya kerana tak mahu kehabisan kredit, walaupun aku menggunakan Celcom U Pack.

Masa terus berjalan lagi. Selepas SMS, aku mula menerima puluhan surat. Surat yang aku maksudkan adalah dari segi kertas dan juga emel. Oleh kerana aku malas membacanya, emel-emel tersebut mula tenggelam bersama emel Facebook yang menimbun, manakala surat-surat pula aku simpankan sahaja dalam laci, mana tau satu hari nanti boleh buat unggun api pengakap. Ini adalah salah satu surat yang dihantar kepadaku. Dari peminat blog aku barang kali. Aku mula rasa bersalah mengecewakan para peminat aku. Sila klik pada gambar untuk membacanya.

Akhirnya tiba awal minggu ini. Waktu itu, aku baru pulang dari kelas Crimino. Aku lihat di hadapan pintuku ada surat yang telah dikeronyokkan. Rupanya aku menerima surat seperti di bawah ini pula. Bunyinya agak menggerunkan aku kerana ada unsur ugutan. Rupanya ada juga pembaca blog aku yang bertahap extremist. Nak tahu apa yang ditulis?? Klik pada gambar di bawah untuk pembesaran.

KESIMPULAN:

Setelah berfikir pro dan kontra dari pelbagai segi, aku mula mengangkat tangan yang sememangnya malas ini untuk semula menaip entri blog sebagai kemunculan semula aku di alam maya blog ini. Semoga selepas ini masih dapat menulis blog, walaupun aku sememangnya tiada idea. Huhuhu……..

p/s: hahaha, jika anda terasa mual membaca entri ini, jangan muntah. Tekan sahaja tanda pangkah pada sebelah kanan atas window anda. Dan jangan kembali di blog ini. Hahaha……..

Friday, January 22, 2010

15 Comments:

Unknown said...

siyesly ko dpt sms byk cmtu?

siyesly ko dpt emel n surat2 cmtu?


gle arr ko.. hebat2. o.0

-me- said...

oyeah~~~~
akhirnya...
hohoho^^
pasneh kalau tukar lagik link memang tak lama la...
hoh!!!

Ms. Candy said...

owh...
patut la x dapat bukak...
tukar link rupanya...
ingatkan ada prob pe...
huhu...
laen kali klau nk tukar, pos entri pemberitahuan 2-3 hari sblom tukar...
huhu...~

DarkArtz said...

hanisah: seriusssssss...........
aku pun tak sangka sebenarnya........
hak3........

tukangmasak: tak tau le, kalau malas nak tulis lagi pasni, memang delete terus le kot........
hahaha.........

anne: saya tukar link sebab tak nak kasi orang baca lagi, tu sebab tak kasi tau orang lain........
huhuhu........

Ms. Candy said...

klau tak nak bagi orang baca, tulis diari la lagi senang...
kesian kat pembaca2 blog yang nak baca...
hehe...
btw, bufday sy tahun ni x de hadiah ke nak bagi??
hehe...~

DarkArtz said...

masalahnya saya bukan seorang yang rajin menulis diari............
huhuhu...........
eh, nak hadiah ke???

Din_diet said...

dasyat la ko ni.blog ko ada peminat fanatik! cemerlang molep.cool.haha

DarkArtz said...

tu la din........
bimbang gak aku kalau2 aku tak tulis blog, nanti dia bakar lak bilik aku........
hohoho........

Lea Isnawi said...

hurm
dr apa yg lihat n kaji...
surat pertama tu ade iras dgn tulisan che joe..
n surat gune pen merah tu
adalah tulisan sendiri yg telah dibesarkan saiznya



betul kan?

DarkArtz said...

lea: no komen.......
sekian, terima kasih.......
huhuhu........

p/s: ada kesilapan di situ.........

Lea Isnawi said...

silap..surat berpen merah adalah tulisan anda sendiri...betul kan?

i know ur handwriting....

Unknown said...

lea cakap aku tulis surat tu.....
haha....mana la aku nk surat menyurat lak...
tapi aku gi terus bilik ko n tanya ko sendiri kan...kan...kan...???
hahahaha!!!! sangat cemburu dengan ko...ramai peminat.....

DarkArtz said...

lea: no komen...... hohoho........

che jo: aku seorang celebrity....... huhuhu.......

Anonymous said...

Ya... dan aku juga seorang fanatik ko... huhuhu~

DarkArtz said...

arep: jangan kau bakar lak rumah aku kalau aku tak menulis entri baru.........
haahahaha........