Bismillah.......
Keadaan pada masa itu amat gamat di Masjid Muhammadi. Seorang demi seorang makmun keluar dari masjid. Aku pun dah mula kurang selesa dengan keadaan itu. Selalunya pada pukul 1.47 petang, sembahyang Jumaat sudah pun dimulakan. Namun kini, khutbah pun belum bermula lagi. Apa sudah jadi?
Ada beberapa makmun sudah mula tidak berpuas hati, menjerit kecil. Ada juga makmun yang mula sembahyang Zohor sendiri. Mungkin takut terlambat untuk bekerja semula pada pukul 2. Ada makmun pula sudah bergerak keluar dari masjid. Rata-rata mula bersuara dengan teman di sebelah apabila keadaan sudah makin lewat untuk bersolat Jumaat.
Namun, punca sebenar masih belum diketahui. Adakah khatib sengaja datang lewat kerana membawa khutbah yang bersesuaian? Atau mungkin khatib jatuh sakit? Atau teks khutbahnya hilang?
Aku cuba berkomunikasi dengan seorang pak cik di sebelahku. Kemungkinan dia tahu mengapa solat Jumaat ini lambat dimulakan hinggakan khutbah pun belum bermula. Namun dia juga tidak tahu kerana dia bukanlah makmun tegar di masjid itu, hanya seorang musafir dari Pasir Puteh.
Aku dan Lukman bercadang untuk sembahyang sendiri sahaja, sembahyang Zohor, memandangkan keadaan semakin lewat dan jam pun menunjukkan pukul dua. Terkilan juga kerana tidak dapat bersembahyang Jumaat. Selesai solat, keadaan aku lihat makin kecoh. Hampir separuh makmun sudah hilang.
Terkilan juga kerana memikirkan AJK masjid yang tidak menjalankan tugas. Sekiranya tiada khatib, sepatutnya adalah khatib subsitute atau khatib pengganti. Itulah pemikiran aku ketika itu yang tidak tahu punca sebenar.
Keluar dari masjid, beberapa orang sedang berbual. Mungkin berbicara mengenai tumbangnya solat Jumaat pada hari itu. Aku juga cuba menangkap perbualan mereka ketika sedang menyarung selipar untuk mengetahui punca, namun tidak jelas.
Tiba di kereta, Che Joe sudah lama menanti kami. Di waktu itulah aku tiba-tiba mendengar bunyi siren polis. Kelihatan beberapa kereta polis berjalan masuk dari arah bertentangan dengan laluan jalan sehala. Rupanya Sultan Kelantan hendak berlalu di situ.
Pada masa itu, aku tidak berfikir apa-apa. Rasanya tiada sebab untuk memikirkan mengapa Sultan melalui jalan sehala dengan arah betentangan. Paling koman pun, mungkin baginda tergesa hendak ke mana-mana.
Yang nyata, sembahyang Jumaat aku pada hari itu dah pun tumbang.
Malam, selepas sembahyang Maghrib, aku sempat berbual kosong bersama Che Joe dan Lukman. Kemudian barulah aku tahu dari Che Joe, rupa-rupanya sembahyang lewat disebabkan menunggu Sultan Kelantan untuk datang sembahyang bersama-sama.
Astaghfirullah..........
Perkara yang sama berlaku di sini rupanya seperti di Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian.
Aku tak mahu membincangkan mengapa atau salah siapa. Kita biarkan persoalan ini terus berlalu dimakan masa.
Cuma apa yang boleh aku katakan, Rasulullah pun sibuk juga, namun apabila tiba waktu solat, atau hampir tiba waktu solat, baginda akan melupakan semua urusan dunia dan tidak sekali-kali membiarkan makmun menunggu kecuali keadaan tertentu.
Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi......
p/s: rasanya ini sembahyang Jumaat yang paling lewat aku pernah lihat.
7 Comments:
owh...
peliknye...
smayang lambat sbb tunggu sultan...
1st tyme dgr pasal ni...
huhu...~
x patut... x patut...
P/S: Sultan Klantan da sembuh ke?
anNe, bt0l2..
x penah dgr pn smayang lmbt sbb tggu sultan...
Kat KL x pernah pun Khutbah Tunggu pemimpin Negara.
Kat SP lagi la, x pernah pun tunggu aku....
hehe, kantoi
hehehe..klaka la shalmadrep ni..hehe..kamu,pelik la..pnh dgr gak b4 nih..bule plak cmtuh ek..
emmm, rasanya budak-budak perempuan masih tak tahu kot mengenai perkara ni.........
di masjid Kubang Kerian je dah berapa kali dah jadi perkara ni.........
sampai khatib pun kena tukar khutbah jadi pendek........
ish, kena tulah tak kalau tulis entri camni????
x patut sungguh la cmtu
sgt tak puas hati...
huhuhu
p/s: owh patut la korang solat zohor ari tue...
tak kena tulah la.jgn risau.
tu la slh satu mslh dgn al-sultan kelantan ni.lambat.sbg org kelantan, ak agak malu ade sultan yg x menepati masa.(sbb baginda ialah sultan x bermakna bleh wat benda sesuka hati kn)
adakah sultan kelantan sudah pulih?
Post a Comment