Bismillah.......
Terasa nak demam pagi semalam, tetapi tidaklah seteruk malam semalamnya. Namun, aku pergi juga aktiviti yang dianjurkan oleh kawan baik aku sendiri, Saiful Adli, iaitu Program Interaksi Forensik 09/10. Bukan apa, cuma aku tak naklah kekurangan tahun tiga yang pergi ke sana.
Aku, Ijon dan Che Joe pada mulanya sudah merancang untuk menyewa kereta dan pergi ke tempat yang dikatakan bersama-sama. Kemudian, masuk pula Wali dan Phang.
Namun pada pagi semalam, Che Joe tak jadi pergi sebab kelemahan. Ijon pula tak jadi nak pergi kerana mempunyai simptom H1N1. Phang pula demam teruk dan takut makin teruk jika pergi. Akhirnya tinggal aku dan Wali. Jadi, aku pun pergi memandangkan demam aku dah sedikit kebah.
Pada mulanya, aku ingat aku akan kebosanan di sana. Selalunya pelajar tahun satu akan kurang bercakap, seperti semasa dianjurkan kami tahun lepas. Namun, pelajar forensik tahun satu pada tahun ini aku lihat agak menarik.
Mereka tidak banyak berdiam, sebaliknya aktif. Atau terlalu aktif. Mungkin mereka terlebih mitokondria. Apapun, aku rasa agak seronok semalam. Keaktifan mereka agak menyenangkan kami. Mereka cukup murah dengan gurauan.
Aku berkenalan dengan ahli kumpulan aku bersama Fatin. Nama panggilan mereka, Eng, Chi, Fadh dan Za(aku lupa nama seorang ni). Mereka berempat agak aktif dan sporting terutamanya Fadh dan Za.
Duduk sebentar dalam kumpulan mereka beramai-ramai, Wali asyik dibuli, walaupun mereka tak tahu Wali itu dah imun dengan semua bulian junior. Aku pun ada sedikit bercakap tapi memang ketawa besar bila dengar mereka buat loyar buruk.
Agak seronok juga aktiviti yang diadakan semalam. Begitu juga dengan makanan-makanan yang dihidangkan. Nasi goreng, ayam BBQ, sosej panjang. Lepas tu, sempat juga aku lepaskan gian mandi laut, setelah lebih setahun tak mandi laut.
Kami terpaksa pulang awal, disebabkan budak-budak perempuan nak pulang awal. Sebelum pulang, aku beritahu Fadh,
“Fadh, nanti kumpulkan team kita. Nak ambil gambar sikit.” Kata aku.
“Haa, okey.” Jawabnya.
“Tim, dia panggil kau Tim, nak tangkap gambar.” Katanya kepada kawannya yang selalu digelar Tim. Bunyinya sama dengan ‘team’. Cheesecake betul budak ni. Hahaha........
Sebelum tangkap gambar pula, aku datang kepada mereka.
“Abang duduklah, tinggi sangat.”
Aku yang keletihan pun duduklah, sambil membunyikan “aahhhhhh”. Yalah kan, rasa lega bila dah duduk.
“Memang macam orang tua betul.” Kalau aku tak silap Za yang cakap macam tu. Pokemon betul. Hahaha, pertama kali pelajar tahun pertama berani cakap macam tu pada aku. Sebelum ni kalau dah lama berkawan baru berani cakap macam tu. Itu pun seorang je, Acap.
Balik tu, aku rasa letih-letih sedikit. Rasa nak demam pun ada. Batuk dah mula naik. Selsema pun dah mula giat. Kerongkong pun dah sakit akibat menjerit masa tarik tali. Minta-minta bukan H1N1.
Di bawah ni ada aku sertakan beberapa gambar yang sempat aku tangkap dan orang lain tangkap guna kamera aku. Walaupun kamera aku bukan SLR, namun aku rasa kualiti gambar BenQ aku tetap bagus seperti SLR.
Kepada tahun pertama, korang memang cukup-cukup sporting. Rasanya satu hari semalam aku asyik ketawa je tengok telatah korang. Rasanya berbaloi juga demam aku lepas bersama korang. Apapun, aku masih tak demam. Hahaha.........
20 Comments:
cis ko...
saja nak kenakan aku kan
saja je letak gambar yg comot..
tgk la nanti..
aku pun akan masukkan gambar ko yg bakal akan menimbulkan kontroversi...
hahahahahahah;p
*tapi aku sokong bdk tu kata..ko memang cm org tua pun..;p*
kata nak bace note fire..
tp sempat je ko meng'update' blog yer...
orang tua..?!
hahaha...~
*gelak teguling2*
hehe..~
sowie...=P
fuyoo.....azahiri mesra ngan pompuan... slalu kalo gi interaksi duk jauh ja layan blues sorang2... haha!!
azahiri dh berubah la che joe..
die siap men sukaneka lagi
dulu selalu nak jd penjaga masa jerk..
ni seronok plak die men..hehe
anne dan lia: luar je nampak tua........
klu tengok dalam, haaa, nampak 7 tahun muda tau.........
kikikiki..........
che joe: masa tu aku nak bergembira puas-puas..........
sebab kau xde.........
kalau kau ada, limited sikit pergerakan aku.........
hahaha..........
lia: aiseh, masa tu kan 2nd yer........
kita mana leh main.........
lagipun kalau aku tak silap, kau juga yang suruh aku jadi penjaga masa.........
tah apa2lah kau ni.......
huhuhu........
azahiri sangat popular....dikalangan dak forensic 1st year pompuan...piwitttt!!!!
lea:
ya...ya...aku nampak perubahannya.
sekarang ni dia dah suka cakap pasal hati dan perasaan...hahaha!!
sory ar...
t'pggil owg tua..haha
pape pown 3rd year mang bez!!
ag2 dpt buli wali..hihi
ceceh azahiri..mesra nmpk ngn pmpn..eleh,klo lalu sebelah kte,wat2 x nmpk je diye taw..hehe..ke kamu x kenal sy?weeeeee
name pnh za tue yelah zahida....
n psnan za korunk group 5 bkn group 4...group 4 tue group wali....
reen, dia memang tak kenal awak. sabo je dgn mamat ni.
mkn je keje ko lea
Anda bermasalah dengan cinta??
kini.. telah hadir dikota anda "BENGKEL CINTA".
Kami menerima servis cinta yang macet, las hati yang patah, ganti oli khayal hidup,isi ulang air mata cinta, pengecekan asmara yang pudar, kami juga menyediakansuku cadang selingkuh & accesoris2 rayuan. maaf kami tidak menerima tukar tambah cinta yang second.. trimz...!!
che joe: cis che joe.......
mana ada popular........
tapi aku tak tahulah kalau-kalau diorang minat aku.......
hehehe..........
za: hahaha, xpe, maaf diterima........
wali memang sporting kan???
reen: bukan tak mau tegur, tapi malu nak bertegur........
kalau tak melibatkan direct face, semua boleh, huhuhu..........
tikah: ni sapa pula ye???
eh, group 5 ye???
aku rasa aku dah makin tua le.........
chanz: apakah maksud mu???
Hehehe,
Dah tua...
Sronok betul ko kat sane ek..
walau pun H1N1...
Weh, bile la kite leh lepak same nie...
wali mang sporting..
tp tkot ar plak jmpe dye kt dlm kmpus..hehe
epy olidAy pk cik... =)
arep: seronok wooo.......
junior comel-comel belaka........
raya nanti aku balik kita lepak le.......
za: nak takut apa lak ngan wali???
holiday dah abis dah, nek.......
dak2 nie tkot kne buli blek...haha
erm,,,,nk wish slamat bpuase ar plak..! :)
fuhhh...zul msra ngan pompuan,x sngka mmbr ak semakin berubah susah la ak nk bersaing...
xpe lh, cri area lein...
...Gud Luck...
Assalamualaikum,saya berminat nak thu more pasal forensik..dah cari semua blog pasal forensik...tapi x jumper..Saya mintak tolong sangt..Boleh e mail kan detail x pasal forensik Arisa_smart@yahoo.com.my
Norsakinah Ideris (Fb)
Post a Comment