Aktiviti Muat Turun Cerita

Bismillah........


Perasaan bengang memenuhi mindaku. Muat turun menggunakan perisian Bittorrent memang menguji kesabaran aku. Bayangkan aku muat turun satu cerita, ianya 100% siap selepas seminggu menunggu.
Proses muat turun........

Kebiasaan aku semasa cuti, selain membuat kerja yang perlu dibuat, aku sering memuat turun beberapa cerita yang hati aku rasa berkenan. Sejak mendapati beberapa laman web yang mengandungi banyak sambungan muat turun, memang kebanyakan hari cuti di kala aku tiada kerja, aku habiskan masa dengan memuat turun cerita tersebut.

Sebelum balik bercuti, aku mendapati satu tajuk cerita yang aku rasa aku betul-betul nak iaitu cerita mengenai penyiasatan. Cerita Galileo menyiasat kes polis yang melibatkan fenomena pelik dengan menggunakan teori fizik. Tertarik dengan cerita ini, aku pun mencari cerita ini di tempat biasa aku memuat turun cerita. Malah semasa cuti ini, aku juga tertarik dengan beberapa cerita penyisatan dari negara matahari terbit.

Cerita Galileo

Sebelum cuti, aku sempat menimba ilmu muat turun dengan menggunakan perisian Bittorent daripada Hakim. Dalam hati, memang aku ingin mencuba muat turun menggunakan perisian ini sebab sebelum ini, aku sering terjumpa cerita yang hanya boleh dimuat turun menggunakan perisian ini.

Ohh, sebelum itu, mari aku terangkan dahulu beberapa cara muat turun bagi kamu yang masih kurang memahami.

Pertama, muat turun terus (direct download), proses muat turun terus dari satu alamat (link) yang disediakan. Kebanyakan kita sering menggunakan cara ini.


Kedua, menggunakan Torrent, muat turun yang bergantung kepada beberapa faktor seperti peer, host dan lain-lain. Aku masih baru belajar dalam torrent. Namun aku dapati, kebanyakan cerita sering menggunakan torrent.


Ketiga, muat turun secara IRC. Ini memang aku tidak tahu menggunakannya.

Kebiasaan aku menggunakan direct download. Namun cuti ini aku ingin cuba menggunakan torrent.

Namun, kata orang, malang tak berbau. Charger laptopku tertinggal di kampus. Maka aku terpaksa menggunakan komputer desktop yang perlahan sedikit dari laptopku. Alhamdulillah, cerita yang melibatkan direct download menggunakan link Rapidshare dan Megaupload berjaya aku perolehi, walaupun Megaupload sedikit lambat.

Namun, cabaran bermula apabila sesetengah cerita hanya boleh di muat turun menggunakan torrent. Pertama aku muat turun secara torrent menggunakan Limewire. Kemudian aku muat turun beberapa cerita lain menggunakan Bittorent.

Ahhh, terlalu lambat kalau dibandingkan dengan direct download. Malah ada satu masa, terasa nak hentak sahaja komputer ini dibuatnya, namun, aku masih mampu bersabar. Alhamdulillah, Galileo The Movie adalah kejayaan pertama aku menggunakan torrent.

Setelah cerita Galileo tamat, aku meneruskan pula memuat turun satu cerita yang bertajuk Gonzo. Aku bernasib baik kerana terjumpa link secara direct download, bagi episod 1 hingga 4. Sangkaan aku ceritanya tamat apabila episod 4, namun masih ada 6 episod lagi rupanya. Sudahlah episod kelima merupakan episod pembongkaran misteri bagi empat episod pertama.

Cerita Gonzo

Namun bagitu, keenam-enam baki episod ini hanya boleh dimuat turun menggunakan torrent. Aku tak tahu nak kata apa dah. Mahu tidak mahu, terpaksa juga menggunakan torrent yang lambat ini.

Sudah 4 hari, namun masih lagi tidak habis memuat turun satu episod. Nilainya 50% siap. Jadi, pagi tadi, aku mencuba nasib mencari juga link untuk direct download supaya aku tidak mensia-siakan masa aku.

Nasib aku agak baik. Aku terjumpa!!! Alangkah gembiranya aku. Aku batalkan semua muat turun secara torrent, kerana bimbang melambatkan perjalanan komputerku. Ingatan sekali lagi kepada pembaca, komputer desktopku ini memang lambat sedikit.

Aku tidak membuang masa lagi, terus aku muat turunnya. Sehinggalah dapat satu cerita dalam masa dua jam setengah sahaja berbanding torrent, separuh jalan baru empat hari.

Terlupa aku katakan di sini, dalam memuat turun cerita, fail yang dimuat turun adalah dalam format RAR dan ia perlu dicantumkan untuk membentuk cerita.

Jadi, aku gunakan perisian 7Zip untuk mengekstrak atau mencantumkan cerita tersebut. Dalam permulaan nak mencantumkan cerita, tiba-tiba keluar satu arahan seperti dalam gambar di bawah.


Aaaahhhhh, apa kata laluannya???

Aku terasa nak hentak kepala ke dinding sahaja masa tu........

p/s: maafkan aku kerana aku terpaksa menggunakan perkataan bahasa Melayu bercampur dengan beberapa istilah bahasa Inggeris dalam entri kali ini. Sukar untuk menggunakan istilah dalam bahasa Melayu......

Saturday, May 16, 2009

7 Comments:

lea said...

huh..sabar2..jangan hentak kepala tu dulu..hihi

eh..nanti aku nak citer galileo tue ek
cam best jerk

shalmadrep said...

Kalau dulu aku muat turun memang cepat gila.

5 Jam muat turun untuk 2jam setengah Movie. Sekarang mungkin lambat jugalah. Mungkin juga ada betulnya member-member aku cerita yang 'Tak Mahal' Potong 'rate' muat turun dia. Mungkin juga.

Sekarang aku sudah malas untuk muat-muat turun lagi. Aku lagi gemar tengok cerita di wayang atau pun pinjam VCD Member,

Erk, aku pinjam tgk cerita nie leh? Ko transfer kat HDD aku :)

chanz said...

donlod2...eh jgn kasi lea..haha

Miss Q said...

eh..
ko ada lukis ek gmbr ultraman tue??
huhu..
aku igtkn ko xlukis..
xpe la
nnt buke sem baru aku minta nga ko..thanx yer

DarkArtz said...

lea: asik minta daripada aku je dak nih......
hahaha......

arep: kau doload guna bittorent ke direct???
kau tengok ke cite jepun???

hakim: ye la......

quzie: eh, kau berada di entri yang salah ni.......
huhuhu.......
aku mana ingkar janji aku.......

shalmadrep said...

Torrent, dulu slalu aku godam God-Demn beliau, skang aku dah semakin menjauhi PC, semakin lama PC semakin benci aku... uhuhuhu

░♥si lampu neon♥░ said...

;)