Yang Aku Nampak.....

Bismillah........

Sedang aku melayari laman blog forensik, yang baru sahaja di buat dan diketuai oleh Lea, aku terperasan sesuatu. Sesuatu di bahagian bawah ruangan ‘chat box’. Ada lima hyperlink di situ.

Ohhh..... Rupa-rupanya rakan aku dah ada blog. Kebanyakannya baru di buat minggu lepas. Aku lihat di blog Lea pun ada juga blog baru iaitu blog Lukman. Malah, Rakan Masjid juga telah melancarkan blog pada minggu lepas. Tak cukup lagi, aku lihat Che Joe pun ada blog baru juga. Heh, aku terasa minggu lepas mungkin minggu membuat blog.

Sekarang, masing-masing dah ada blog. Baguslah begitu, sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan yang lain, mungkin cerita, pengalaman, atau pemikiran. Malah, aku juga tak sangkal yang blog boleh menjadi suatu medium kita mengurangkan stress, sama ada kepada penulis ataupun pembaca. Blog juga dapat menjadi medium perkongsian ilmu dan juga publisiti suatu peristiwa. Semuanya bergantung kepada penulis.

Entri kali ini sebenarnya sudah lama hendak aku coretkan. Mungkin entri ini berunsur sedikit nasihat kepada semua penulis blog, termasuklah diri aku sendiri.

Aku teringat satu artikel yang ditulis oleh Saiful Islam mengenai penggunaan Bahasa Melayu di blog-blog. Memang aku juga perasan perkara tersbut berlaku dikalangan kawan-kawan aku, malah juga berlaku kepada aku.

Kebanyakan penulis blog semakin hilang tatabahasa atau pudar penggunaan Bahasa Melayu. Kenapa aku cakap begitu? Penulis-penulis blog kini semakin banyak menggunakan bahasa pasar. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak penggunaan bahasa rojak dan juga perkataan ringkas.

Mungkin kita tak berapa perasan sebab kita dah terbiasa dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam penggunaan pesanan ringkas, SMS. Oleh kerana kita terlalu hendak berjimat dengan duit mesej yang hanya beberapa sen, kita cenderung untuk menulis perkataan secara ringkas, terlalu ringkas. Kadang-kala mesej yang diberi kepada aku pun begitu, sehinggakan aku keliru. Contohnya, ‘lma’, lima atau lama?

Kini di universiti, kita lebih cenderung menggunakan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sekadar perbualan sahaja, dan perbualan kita lebih cenderung kepada penggunaan bahasa pasar dan rojak. Tak hairanlah penulisan bahasa kita semakin terhakis.

Mungkin korang pandang remeh mengenai perkara sebegini. Ada juga yang mengatakan bahasa baku terlalu skema, stereotaip dan kedengaran bendul. Namun, bagi aku, perkara ini bukan remeh malah ia sendiri penting. Kita lihat kaum asing lebih mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu, tak kira penulisan atau percakapan. Bila tengok diri kita yang mewarisi bangsa Melayu dan Bahasa Melayu, hancurr.....

Sebenarnya mungkin kita dah terlalu biasa dengan penggunaan bahasa pasar, rojak dan singkatan. Susah pula secara mendadak hendak menggunakan bahasa baku. Tak mengapa. Aku juga begitu, juga seperti korang. Contohnya aku terlalu suka penggunaan ‘korang’ lebih daripada kamu, betullah kot, nampak terlalu skema. Malah aku juga selalu guna perkataan 'kot'.

Sedar tak penggunaan bahasa yang tidak betul membuatkan orang menyampah atau malas nak baca sesuatu penulisan? Kalau dibuat novel atau buku pun, pihak penerbitan mesti dah tolak.

Tapi, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Banyak sebenarnya namun, aku tak terasa hendak mencoret panjang lebar. Sekurang-kurangnya, cubalah kita meminimumkan penggunaan perkataan yang singkat atau bahasa pasar dalam penulisan, dan memaksimumkan penggunaan yang betul dan baku.

Jikalau seharian diri kita sering berbual bahasa pasar, nota bahasa rojak dan mesej perkataan ringkas, apa salahnya kita cuba membetulkan semula semasa kita menulis blog. Mungkin ini berguna pada masa hadapan.

Sebenarnya aku tak layak hendak menasihati korang, sebab aku juga teruk dalam penggunaan Bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam penulisan. Penanda wacana pun aku dah lupa. Jadi aku ingin meminta maaf jika ada yang terasa dengan entri pada kali ini. Minta maaf. Sebenarnya aku nak tujukan entri ni pada para penulis blog yang baru, tapi tak salah menjadi peringatan buat kita semua.

Tak mengapa kalau korang anggap aku tak betul pun. Mungkin aku ni berfikiran kolot kot.

Cuma aku berharap, ambillah sedikit pengajaran. Jangan merendahkan Bahasa Melayu kita yang cukup mahal ni. Kita kaya dengan bahasa, tapi jika kita terus-menerus salah menggunakannya, kita miskin dengan bahasa, hakikatnya.

p/s : Aku juga bimbang jikalau perkara ini berterusan, kita akan semakin terbiasa, dan tidak boleh berubah. Dan suatu hari apabila anak kita tanya “Mak, ayat mana yang betul?” dapat tak kita jawab masa tu? Heh.......

Sunday, March 8, 2009

8 Comments:

lea said...

huhu..
terasa seyh...
ala..aku malas nak gune ayat panjang2..
gpun ayat sempoi lagi best...
tp xpe..
nanti aku akan cube baiki bahasa aku...
=)

CJ-alhafiz said...

Oit, blog aku bukan wat minggu lepas.. tapi january.

hehe... betul..betul...
mmg xleh nak nafikan dah hal ni..
pejuang bahasa pun duk pening kepala dah..

tapi, satu saja aku nak tanya kat sini. ea?? Penulisan yang sempoi dan mudah difahami dengan penulisan yang mengikut tatabahas yg betul dan kompleks n susah difahami, mana satu pilihan ko?? kalo aku pilih yang sempoi dan mudah difahami. sebab tu ada satu teknik belajar, iaitu membuat nota ringkas. Kalo ko tulis nota ringkas guna ayat n perkataan yang full.. dah tak nama ringkas lagi dah.. dah jadi buku...

ni tak bermakna kita nak lupakan terus bahasa kita. Org yang dah lupa bahasa melayu yang betul tu.. sebab kesedaran mereka takda. Hahaha!!! ni pandangan aku ja... the rest is up to individual. To choose wat's the best. Tapi jagn pulak meludah kelangit, nanti jatuh kemuka sendiri pulak. But, good entry..

DarkArtz said...

lea, rilek la.........
aku pun bukan baku sangat.........

che joe, aku dah lama kena ludahan sendiri dah........

apapun, leh tak aku pilih bahasa sempoi tapi ikut tatabahasa yang betul?
kompleks atau mudah difahami tu bergantung pada penulis sebenarnya.......
objektif aku: sekurang-kurangnya blog dapat ditulis dengan dengan bahasa baku, sebagai medium pemulihan bahasa, bukan rosakkan bahasa.........
tapi bergantung pada penulis juga, kalau tak boleh semua baku, biarlah diminimakan bahasa pasar, rojak atau singkatan........
aku pun tak boleh buat semua betul, karangan dulu pun kantoi........

kalau nota tu, terpulanglah, lagi baik kalau dapat........

minta maaf ek, kalau aku silap tulis...........

CJ-alhafiz said...

haha...masing2 ada opinion sendiri. bagus lah tu...
Tapi jangan pulak jadi orang menyeru orang laen berperang, tapi kat medan perang duk line belakang...

tapi baguslah tu. hehe...

chanz said...

penulisan bahasa baku lagi sedap hendak dibaca.. nampak kemas sket. hak2. usahalah guna bahasa yg betol. boleh malaysia boleh..

walopun aku sendiri dah mula terpengaruh dgn bhs bobrok rojak kt blog ni. lol.

quzie fathihah said...

terasa seyh..huhu
aku memang banyak guna bahasa pasar n ringkas wei..
nak taip panjang2 malas la..
nanti aku cuba kurangkan..
tp xleh jamin r..huhu
tp bahasa ibunda ttp dhati aku..

CJ-alhafiz said...

hohoho..... azahiri, aku sudah tulis blog aku mengikut saranan kau, tapi kan awal-awal tu aku baca macam pelik sahaja. Tapi bila aku baca dua tiga kali lagi, Boleh lah.. Not bad.

aku dah kurangkan guna kata sinkof dan rojak. Tapi...memang penat seyh..jari jemari aku ni. Haha....

p/s: pernah tengok bual bicara Elly, bincang isu bahasa. Kerajaan sendiri menggunakan bahasa dengan salah dalam parlimen. Belanjawan dah ditukar kepada bajet.. Orang-orang yang macam ini merupakan " kapten barisan belakang" yang meludah kelangit lepas tu terkena muka sendiri.. Ahaha!!! Ehh...Ahahaha boleh guna ke?

DarkArtz said...

chanz : kalau tulis baku memang sedap dibaca tapi bukan senang nak buat, lebih-lebih lagi pula kita yang dah terbiasa dengan kesilapan bahasa ni..........
tapi memang betul cakap kau, aku pun dah terpengarh juga sebenarnya, hahaha.........

quzie : bleh, kau bleh buat punyalah..........
bukan susah pun nak minimakan singkatan...........
macam kita belajar buat karangan dulu..........

che joe : mula-mula memang penat, lama-lama nanti biasalah tu........
yang 'bajet' tu, kau dah pernah cerita dah, memang betul pun cakap kau, banyak dah perkataan baru yang dicipta tapi tiada dalam kamus bahasa.........
tentang tu, aku pun tak tahu nak buat macam mana.......