Ada Sedikit Pemberitahuan......
Posted by DarkArtz at 3:41 PM 0 comments
Labels: Lain-lain
Ini Sandwich Kami......
Aku dah tutup laptop aku masa tu. Siap sedia nak tidur, walaupun masa tu baru pukul 11 malam. Tapi aku dah cukup mengantuk, tak tahulah kenapa. Mungkin penat kelas tutorial yang berterusan dan mesyuarat petang tadi.
Tengah-tengah nak terlelap tu, tiba-tiba aku dapat mesej dari Ijon. Dalam mesej, dia kata kami diajak juga untuk memasuki pertandingan sandwich. Nak memeriahkan lagi. Kalau tak, kami memang dah rancang nak tarik diri sebab tak beli barang lagi.
Aku pun fikirlah masa tu. Kalau nak masuk, mesti nak menang kan? Kalau tak menang pun tak mengapa sebenarnya tapi biarlah buat sehabis baik kan? Jadi, nak buat sehabis baik, kenalah aku fikir nak buat sandwich macam mana esok. Dan juga fikir bagaimana nak dapatkan bahan-bahannya.
Dah pukul sebelas malam ni, kedai mana yang buka lagi? Kalau buka pun mesti di pasaraya macam Bilal, tapi Bilal dah tutup. Kalau pagi esok, tak tentu buka lagi kedai. Aku pula tak tahu pasar di mana. Pertandingan pula bermula jam lapan. Penat aku berfikir dari mana nak dapatkan bahan.
Akhirnya aku terfikir jalan penyelesaian. Aku berjalan keluar dari bilik menuju Restoran Nurliani. Cadangan aku nak minta sedikit sayuran di restoran tu untuk dibeli. Tengah jalan, terjumpa Che Joe, dan dia pun menemani aku.
Kami tak pergi Restoran Nurliani sebaliknya pergi Restoran E. Di situlah kami membeli-belah barangan yang aku dan ijon perlukan esok. Salad, tomato, limau nipis, dan timun. Akak tu dah ketawa pada kami. Orang lain datang nak makan, kami pula datang nak beli sayuran. Tapi akak tu baik, dia beri diskaun, semuanya dengan harga RM 1 sahaja.
Balik, aku singgah Kwik beli bahan seterusnya, mayonis. Pergi bilik Che Joe, ambil tomato dia. Kebetulan dia ada epal, aku bedal juga.
Esoknya, aku pergi basuh tangan. Berjalan di hadapan water cooler, aku dapat satu idea. Pukul lapan aku dah menunggu di padang, tempat pertandingan. Rupa-rupanya pertandingan bermula lambat. Frust aku, jam sembilan juga baru start. Sejam aku tunggu. Aku terlalu bersemangat kot.
Bermula pertandingan, cuma dua kumpulan yang bertanding. Patutnya ada lima kumpulan tapi tiga lagi tarik diri. Aku dah congak, mesti menang sebab hadiah ada tiga. Mana tahu ada pula AJK yang tiba-tiba masuk selepas tu. Tapi Ijon tak kisah. Baru ada fight katanya.
Ijon ambil bahagian membuat sandwich, aku pula mengambil bahagian buat hiasan. Semua masa 30 minit tu kami gunakan. Habis masa, kami pun siap.
Aku tengok kumpulan lain, lagi kreatif. Ada yang potong segi empat kecil, ada yang potong segitiga kecil, dan ada juga yang susun cantik-cantik. Aii, kalah lah aku macam ni.
Juri yang tengah kelaparan pun merasai sandwich dari setiap kumpulan.
Sandwich aku dan Ijon ada keunikan sedikit berbanding kumpulan lain. Walaupun Ijon buat sandwich tiga segi, tapi dia buat 3 perisa. Yang pertama letak lada hitam, kedua letak mayonis dan akhir sekali gabungan lada hitam dan mayonis. (tengok gambar atas sekali yang ada 2 pinggan tu)
Tambah pula dengan aku, aku letak epal. Kumpulan lain tiada epal. Strategi aku, dengan bantuan Che Joe. Pencuci mulut. Lepas tu aku letak benda lain sekali. Ingat tak idea yang aku cakap depan water cooler tadi, aku nampak biskut Apollo perisa strawberi. Aku beli, aku potong tiga, letak dalam pinggan sandwich sebagai hiasan. Juri makan juga. Kumpulan lain takde Apollo dengan epal. Hehehe..... Kreativiti melampau.
Tapi bila aku rasa sandwich kumpulan lain, aku rasa, kami mungkin kalah. Tapi tak mengapalah kan, dah buat sehabis baik, kira puas hati jugalah.
Tengok pula pertandingan gubah tembikai, cantik betul diorang buat dan ukir. Tapi ada satu kumpulan lelaki tu aku kagum, cantik betul diorang ukir. Sebabnya seorang antara mereka memang dah pandai buat gubahan dan ukiran tembikai. Bentuk bunga dan daun diorang memang menjadi.
Keputusan akan diumumkan malam.
Malam tu, acara penutupan bulan Aurat, Ijon tak hadir. Aku pula memang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu. Aku suruh Saiful dengarkan kalau-kalau kami menang.
Memang kami menang. Sampai aku pun tak percaya. Mungkin hadiah kasihan pada kami kot. Sebab kami terlalu bersemangat pagi tadi. Tapi Saiful kata kami dapat no 1. Entahlah, tu lah siapa suruh tak datang. Apapun, Alhamdulillah.........
Tak sia-sia aku keluar pergi beli sayur dekat restoran tengah-tengah malam semalam. Datang awal sejam pula tu. Siap letak Apollo lagi. Huhuhu.
Bagus juga join aktiviti macam ni. Masa macam ni, kepala aku memang tengah berserabut. Lepas aktiviti ni, memang aku rasa kurang sikit tekanan.
Semoga diteruskan lagi aktiviti sebegini pada masa akan datang.
Friday, February 27, 2009
Posted by DarkArtz at 10:45 AM 5 comments
Labels: Diari Hidup
Diskusi Ilmu.........
Thursday, February 26, 2009
Posted by DarkArtz at 9:23 AM 0 comments
Labels: Kampusku
Apabila Situasi Begini Terjadi.......
Bismillah......
Korang tahu tak apa yang cukup aku tak suka???
Banyak sebenarnya perkara yang aku tak suka. Cuma kes kali ini, aku cukup tak suka nak buat pilihan.
Buat pilihan antara dua pilihan yang krisis betul-betul membuatkan aku terkesima setiap kali. Bukan apa, aku selalunya banyak berfikir risiko dan kebaikan dengan setiap satu jalan yang akan aku lalui bila memilihnya. Namun, setiap kali, aku akan termanggu. Termanggu selepas membuat pilihan. Dan segera aku akan rasa menyesal selepas itu kerana membuat pilihan tersebut.
Banyak kali dah benda ni terjadi. Contohnya, nak beli tak barang ni? Dan bila aku dah beli, aku rasa menyesal pula beli. Nak sertai tak program ni? Dan bila aku tak sertainya, aku rasa rugi pula. Nak tidur ke nak buat lab report sekarang? Dan bila aku buat lab report, banyak pula yang aku tak tahu buat, terbantut dan tidur juga akhirnya.
Dan cerita kali ini..........
Kali ini aku ditawarkan oleh seorang rakan baik, untuk menyertai suatu program besar semester depan. Dia tawarkan pada aku semasa aku sedang mesyuarat, jadi, aku pun setujulah. Aku gelarkan aktiviti ni aktiviti A. Lagipun tugas yang diberikan, pada pandangan aku masih mudah dilaksanakan. Terukkan aku? Gunung pun kalau diberi tanggungjawab, ditolaknya, manusia juga yang menerima.
Dan beberapa hari kemudian, sekali lagi aku ditawarkan jawatan untuk aktiviti lain namun berlangsung bersama dengan tarikh aktiviti pertama tadi. Kawan aku yang seorang sememangnya rapat dengan aku, maka aku tak fikir panjang untuk menerimanya, lagipun aku terlibat secara langsung tahun lepas dan ada pengalaman dalam bidang tersebut. Ini pula aku gelar aktiviti B.
Dan beberapa hari kemudian, aku dikejutkan dengan khabar, seorang cuma boleh pilih menyertai salah satu aktiviti sahaja. Alasananya, tak nak jadi sibuk dan mengganggu perjalanan aktiviti yan dipegang kerana bertindih. Namun, alasan ini memang kukuh dan logik.
Dari situlah dilema aku bermula. Nak pilih mana? A atau B?
Lama aku berfikir, baik dan buruk. Namun, aku lebih tertumpu pada kawan baik aku sendiri, aku tak nak kecilkan hati mereka berdua. A merupakan aktiviti yang cuku besar, walaupun tugas aku nampak mudah namun Riduan tetap cakap berat, selepas aku tanya pandangan dia. B pula akan membuatkan aku cukup sibuk pada seminggu tu, walaupun tak seberat A.
Arghhh........ cukup aku tak suka buat pilihan. Selalunya kalau jadi begini, aku akan ambil jalan terima kedua-duanya sekali, ataupun lebih drastik, menolak kedua-duanya sekali.
Namun Alhamdulillah, aku akhirnya diberi jalan keluar setelah dikatakan aku terpaksa menerima A dan tak boleh tolak dah. Maka aku terpaksa tolak aktiviti B. Maaf kawan...........
Dan selepas itu juga, aku dapat tahu sesuatu yang memeranjatkan aku dalam aktiviti B. Sesuatu yang dah lama aku kejar selama ni. Sesuatu yang akan buatkan aku menyesal selepas ini. Dan aku memang menyesal.
Arrghhhh........ aku mula menyesal tak dapat sertai aktiviti B.......
Termangu, terkedu dan terkesima.
Moga setiap keputusan tu ada hikmahnya.....
Aku teruskan juga dengan aktiviti A dengan hasrat aku beroleh sesuatu yang lebih baik.
Jadi, aku minta korang yang lebih matang dari aku ni supaya selalu berfikir, fikir pilihan mana yang lebih baik untuk korang. Kadang-kadang jalan tu nampak ada dua sahaja, namun sebenarnya ada banyak pilihan yang boleh dibuat. Semuanya perlukan pemikiran. "Kau buat apa yang kau rasa betul...." ayat seorang sahabat yang masih aku pegang sehingga ke hari ini. Kenapa??
Sebab bila apa yang kita buat betul, kita akan tahu kita betul dan kita akan buat yang lebih baik lagi. Dan apabila kita tahu apa yang kita buat tu salah, ia akan menjadi iktibar supaya kita membuat pilihan yang lebih betul di masa hadapan, di samping menjadi iktibar orang lain.
Semuanya akan bermula dari pilihan yang korang buat. Maka buatlah pilihan yang betul dan jangan jadi macam aku........
p/s: “Rashid pernah pesan pada aku, kalau ada orang tawarkan kau jawatan, tolak je semua.” Mungkin betul cakap Rashid.
Wednesday, February 25, 2009
Posted by DarkArtz at 12:23 PM 2 comments
Labels: Pemikiran Kolotku......
Kenangan Terindah.....



















Sunday, February 15, 2009
Posted by DarkArtz at 11:48 AM 10 comments
Labels: Hasil Tangan
Untuk HTM Lagi.....
Aku pada mulanya cukup malas nak pergi. Sebabnya kau ingatkan esoknya, hari Ahad ada CA Human Genetic. Rasa nak je ikut Riduan, balik awal naik kereta. Rupa-rupanya CA ditunda. Kerja siapa le ni.....
Okey, mari lihat beberapa hasil kerja aku untuk Hari Tautan Mesra ni. Mula-mula, mari kita lihat cenderahati. Cenderahati diberikan kepada mereka yang hadir pada hari ini. Selebihnya akan diberikan kepada yang tak hadir, tapi telah membayar.
Pada mulanya, aku buat tiga design untuk badge. Design pertama yang warna biru gelap, yang kedua, warna hijau terang dan yang ketiga warna kelabu ada rama-rama. Design pertama telah sepakat diambil oleh HICOM. Aku lebih prefer design ketiga sebenarnya. Huhuhu.

Harganya??? RM 1.50 jikalau tempah melebihi 100 unit. Kalau tak pada mulanya RM 2.50, mengikut kata Azmir. Namun setelah aku dan Thien bercakap dengan abang di kedai yang sama, dapatlah murah, masa adventure aku dengan Thien pergi buat banner print hari tu.
Inilah hasilnya.
Nametag adalah mesti untuk sesuatu aktiviti. Pada mulanya aku nak guna design yang dibuat oleh Ali, rakan sebilik Ijon. Tapi ada masalah pula sebab terlalu terang dan kalau print, akan guna banyak warna.
Atas sebab takut habis dakwat orang, aku pun terpaksa design nametag lain yang kurang guna dakwat. Inilah designnya. Nampak ringkas sahaja. Ada corak hijau di tepinya.

Hakikatnya, bila dah print baru aku perasan, nampak terlalu kurang pula warnanya. Aisehhh..... aku juga silap print sebenarnya sebab print atas kertas 70g. Rashid dah warning awal-awal, tapi aku degil. Akibatnya masa laminate, jadi berkedut. Nasib baik tiada orang mengadu. Aku punya gambar pun nampak pecah.
Tapi tak mengapalah kan, print free, tajaan Rashid. Hehehe, terima kasih Rashid. Ingat nak bayar pada dia upah tapi aku tahu, dia mesti tak mahu terima punya.
Saturday, February 14, 2009
Posted by DarkArtz at 9:03 PM 5 comments
Labels: Hasil Tangan
Sedikit Kerja Untuk HTM

Thursday, February 12, 2009
Posted by DarkArtz at 7:30 PM 6 comments
Labels: Hasil Tangan
Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam......
Bismillah.........
"Lat tali lat tali tam plom........."
Aku, Ikram, Zaeri, Che Joe, Izwan dan Ijon mengeluarkan tangan masing-masing. Ada yang buat tangan ke atas (putih) dan ada pula yang buat tangan kebawah (hitam). Akhirnya tinggal aku, Zaeri dan Ikram. Yang kalah keluar.
Haduiiii, macam budak kecil pun ada juga rasanya. Ini semua idea jurulatih tenis kami. Dan semuanya berpunca dari masalah kami sendiri.
Sejak minggu lepas lagi jurulatih dah tanya, siapa nak pergi ke USM Induk? Semua tunduk bisu seribu bahasa. Kalau ada pun malu nak mengaku. Dalam kepala kami yang tahun kedua ni memang nak menolak seratus-peratus. Bukan ada apa pun di Kampus Induk kan? Baik belajar di bilik sahaja.
Izwan sememangnya sibuk bulan Mac. Kebetulan tarikh tersebut adanya TOT dilangsungkan di sana, maka Ijon tak perlu menang pun akan pergi Kampus Induk. Tahun tiga tak usah ceritalah, laporan makmal menimbun. Che Joe pula nak belajar. Aku pula cepat bosan, lebih-lebih lagi di tempat orang.
Tiba-tiba dua orang secara sukarela kata nak pergi. Cina kedua-duanya. Dan tiada pula wakil ketiga yang hendak keluar menjadi sukarela seperti mereka. Nak tak nak, yang tinggal ni tak boleh nak buat undi, maka perlu diselesaikan dengan lat tali lat juga.
Ikram keluar, tinggal aku dengan Zaeri. Main O Jus. Kami berdua yang tak nak pergi ni punyalah buat muka serius. Dalam hati aku dah rancang, nak keluar air sahaja, sebab Zaeri asyik buat serangan burung. Mesti aku kalah kan?
Ooooo Jus!
Argghhhh, macam mana aku boleh menang dengan Zaeri ni??? Aduhhh........
Kena tunggu wakil perempuan pula. Dan wakil perempuan yang menang adalah seorang india. Tak tahu apa nama dia.
“Coach, yang menang pergi ke tak?” aku bertanya.
“Haiiii........ Yang menang mestilah pergi.” Dia menjawab. Haha, lepas ni mesti aku kalah kan?
“Eh, apa kata kita tukar. Yang kalah pergi, yang menang tak perlu pergi.” Ahhh, pulakkk.........
Aku pun terpaksa serius nak menang. Kami keluarkan tangan. Ahhh, dia menang satu. Aku kena kejar ni. Sekali lagi kami keluarkan tangan. Aku batu, dia burung. Yes!!! Satu sama.
Aku tengok muka dia. Dia dah serius dah. Mesti dia pun tak nak pergi ni. Ni tak boleh jadi ni, aku tak boleh kalah.
Oooo Jus! Seri. Sama-sama keluarkan batu.
Oooo Jus! Aaahhhh, dia mendahului aku. Aku diri tegak kejap. Tarik nafas. Bahaya dah situasi aku ni. Mata aku kecilkan macam nak terkam mangsa. Tak boleh kalah, tak boleh kalah.
Oooo Jus! Yess, aku menang, menyamai kedudukan, dua sama. Kami berdua tarik nafas bersama. Jurulatih yang tengok dari tadi dah tergelak dah.
“Sengit betul perlawanan awak berdua ni.”
Katalah apa pun, aku mesti menang mata yang ketiga. Aku tarik nafas, macam nak buat servis. Budak india ni pun dah tak bergerak dah. Serius le tu. Berdebar-bedar juga aku masa tu.
Tangan kebelakang, serentak, dan mulut melemparkan perkataan, juga serentak dengan tangan keluar kehadapan.
Oooo Jus!!!!
p/s: aku ni untung sabut ke untung batu? Timbul ke tenggelam aku ni???
Wednesday, February 11, 2009
Posted by DarkArtz at 12:16 AM 9 comments
Labels: Diari Hidup
Keroncong Seni yang Makin Hilang
Sunday, February 8, 2009
Posted by DarkArtz at 1:20 AM 2 comments
Labels: Artikel Aku
Akhirnyaaa, Siap Juga..........
Bismillah.....
Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Hari ini akhirnya berlangsunglah Mini TOT sesi 08/09. Sebenarnya program Mini TOT ni dah beberapa hari dah berjalan, bermula dengan Sukantara selama 3 hari, 3 hingga 5 Februari 2009 dan Larian Sebatu, 6 Februari 2009. Larian Sebatu kali ini memang Mawi puas hati sebab banyak orang datang. Kalau tahun lepas, orang yang datang cukup-cukup pingat sahaja.
Sepatutnya tugas aku ada 3 lagi yang perlu disiapkan untuk Mini Tot ni tetapi telah diringkaskan menjadi 2. Yang tugas buat poster dan wallpaper dan naikkannya sudah aku tulis dalam entry terdahulu. Terima kasih kepada Adam. Baik dia. Apa dia tugas aku yang baru sahaja aku habiskan?
Menyiapkan banner.
Haaa, sebenarnya banner ni dah lama dah siap, sejak dari sukad fasa 3 hari tu. Saja aku siapkan awal sebab aku tak nak buat lambat-lambat, nanti aku sibuk. Hakikatnya memang aku sibuk minggu ni. Memang gila.
Walaupun siap, tapi itu cumalah 95% bagi aku. Ada sedikit warna kuning yang sengaja aku tak catkan pada banner tu. Sebab waktu kami buat banner ni, logo masih lagi dalam keadaan basah.
Malam tadi juga aku siapkan mana kuning yang masih belum siap sebelum aku pergi Interfataith Dialogue.
Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada Quzie dan Fatin sebab diorang yang banyak mewarnakan banner ni. Aku cuma sketch pensil, warna outline Kejohanan Olahraga Tahunan dan kotak TOT, serta yang line kuning tu. Alvieno pula cuma buat perkataan Mini dan 08/09. Hahaha.........
Patutnya aku nak buat dengan Iman kerja ni. Tapi Adam kata biar diorang sahaja yang buat, sebab kitorang tak tahu lokasi penggantungan dan Adam pun tak tetapkan lagi. Jadi, satu lagi tugas dah habis.
Design nametag dah lama siap, design cam di bawah ni, cuma nak menunggu nama sahaja yang lewat.

Lama aku tunggu nama daripada Ajun, akhirnya jadi kelam-kabut aku dibuatnya, sebab minggu ni memang sibuk. Bila dah dapat, ada pula setengah exco yang tiada nama AJK, Adam suruh kosongkan nama. Semuanya siap pada malam hari Khamis, aku beri pada Adam untuk dia cetak.
Hari Jumaat, dia beri pada aku untuk laminate. Aku potong kertas bersama Iman, pergi cari kedai laminate, banyak yang tutup. Akhirnya terpaksa pergi SMO. Nasib baik Iman boleh pinjam motor Mail. Kalau tak, berjalanlah aku dari Medicare sampai SMO.
Berlaku pula masalah di SMO, laminate terakhir tu, dia terbuat cepat, habis berkedut jadinya. Ohhh, ujian betul. Tapi tak mengapalah kan, nak buat macam mana. Lagipun, aku rasa tak teruk mana pun.
Malam tu, aku potong dan siap. Bukan aku tak nak ajak Iman atau AJK lain potong sendiri, cuma aku nak cepat time tu agar aku dapat pergi tengok Interfaith Dialogue. Ingatnya dah habis Interfaith Dialogue, nak pergi bilik Adam hantar banner dengan nametag, tapi dia pun datang juga Interfaith Dialogue, aku beri terus kepada dia. Habis kerja aku.........
Huhuhu......
Jadi, di kesempatan ini, aku bersyukur kepada Allah sebab banyak tolong aku minggu ni, betul-betul bersyukur.
Juga aku nak ucapkan terima kasih kepada ketua aku, Adam dan semua exco lain sebab semuanya baik-baik belaka, dan open minded. Memang best bekerja dengan korang.
Akhir sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK aku, Iman, Alvieno, Fatin dan Quzie. Kalau korang tiada, seorang dirilah aku buat kerja.
Friday, February 6, 2009
Posted by DarkArtz at 7:59 PM 0 comments
Labels: Hasil Tangan