Ada Sedikit Pemberitahuan......


Bismillah.......

Seperti yang korang semua lihat dalam iklan wallpaper di atas, Rakan Masjid USMKK dah ada blog dah. Jadi korang semua dijemput untuk melawat blog ini serta menjemput rakan-rakan yang lain melawat blog ini.

Blog ini akan diupdate dari semasa ke semasa dengan perkembangannya dan juga pengisian-pengisian yang lain. Malah jika ada beberapa berita baru mengenai suatu aktiviti juga akan dan boleh dipromosikan di sini. Beberapa orang penulis juga telah diberi kepercayaan untuk mengupdate blog ini dengan penulisan mereka.

Walaupun blog ini masih baru lagi dibuat, masih muda lagi berbanding dengan blog korang, tapi tak salahkan kalau korang menyokongnya? Dan juga melawatnya.

Oh ya, korang tahu tak Rakan Masjid ni apa? Rakan Masjid ni mula ditubuhkan dan diumumkan semasa Majlis Penutupan MPI yang lepas.

Satu benda yang diberitahu kepada aku, Rakan Masjid ni bukannya untuk mereka yang kaki masjid sahaja, tetapi ia adalah platform kepada semua pelajar Islam malah bukan Islam pun boleh terlibat sama untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Jadi, jangan kita sempitkan pemikiran dengan kata Rakan Masjid hanya untuk mereka yang selalu ke masjid sahaja (yang telah banyak kali aku dengar).

Akan datang juga akan diadakan banyak aktiviti di bawah Rakan Masjid. Mungkin antaranya nanti menarik minat korang. Ingat tak dalam borang hari tu dia beri tahu aktiviti yang nak dijalankan mengikut minat pelajar? 

Heh, post kali ini sekadar promosi kepada korang mengenai Rakan Masjid USMKK. Tak mengapalah kalau korang tak berminat tapi jenguk-jenguklah blognya.

Lupa aku nak beritahu alamatnya.

http://rakanmasjidusmkk.blogspot.com

Saturday, February 28, 2009

Ini Sandwich Kami......

Sandwich kami, 3 perisa.... (gambar selepas Juri dah merasainya)

Bismillah........

Memang mengantuk........

Aku dah tutup laptop aku masa tu. Siap sedia nak tidur, walaupun masa tu baru pukul 11 malam. Tapi aku dah cukup mengantuk, tak tahulah kenapa. Mungkin penat kelas tutorial yang berterusan dan mesyuarat petang tadi.

Tengah-tengah nak terlelap tu, tiba-tiba aku dapat mesej dari Ijon. Dalam mesej, dia kata kami diajak juga untuk memasuki pertandingan sandwich. Nak memeriahkan lagi. Kalau tak, kami memang dah rancang nak tarik diri sebab tak beli barang lagi.

Aku pun fikirlah masa tu. Kalau nak masuk, mesti nak menang kan? Kalau tak menang pun tak mengapa sebenarnya tapi biarlah buat sehabis baik kan? Jadi, nak buat sehabis baik, kenalah aku fikir nak buat sandwich macam mana esok. Dan juga fikir bagaimana nak dapatkan bahan-bahannya.

Dah pukul sebelas malam ni, kedai mana yang buka lagi? Kalau buka pun mesti di pasaraya macam Bilal, tapi Bilal dah tutup. Kalau pagi esok, tak tentu buka lagi kedai. Aku pula tak tahu pasar di mana. Pertandingan pula bermula jam lapan. Penat aku berfikir dari mana nak dapatkan bahan.

Akhirnya aku terfikir jalan penyelesaian. Aku berjalan keluar dari bilik menuju Restoran Nurliani. Cadangan aku nak minta sedikit sayuran di restoran tu untuk dibeli. Tengah jalan, terjumpa Che Joe, dan dia pun menemani aku.

Kami tak pergi Restoran Nurliani sebaliknya pergi Restoran E. Di situlah kami membeli-belah barangan yang aku dan ijon perlukan esok. Salad, tomato, limau nipis, dan timun. Akak tu dah ketawa pada kami. Orang lain datang nak makan, kami pula datang nak beli sayuran. Tapi akak tu baik, dia beri diskaun, semuanya dengan harga RM 1 sahaja.

Balik, aku singgah Kwik beli bahan seterusnya, mayonis. Pergi bilik Che Joe, ambil tomato dia. Kebetulan dia ada epal, aku bedal juga.

Esoknya, aku pergi basuh tangan. Berjalan di hadapan water cooler, aku dapat satu idea. Pukul lapan aku dah menunggu di padang, tempat pertandingan. Rupa-rupanya pertandingan bermula lambat. Frust aku, jam sembilan juga baru start. Sejam aku tunggu. Aku terlalu bersemangat kot.

Bermula pertandingan, cuma dua kumpulan yang bertanding. Patutnya ada lima kumpulan tapi tiga lagi tarik diri. Aku dah congak, mesti menang sebab hadiah ada tiga. Mana tahu ada pula AJK yang tiba-tiba masuk selepas tu. Tapi Ijon tak kisah. Baru ada fight katanya.

Ijon ambil bahagian membuat sandwich, aku pula mengambil bahagian buat hiasan. Semua masa 30 minit tu kami gunakan. Habis masa, kami pun siap.

Aku tengok kumpulan lain, lagi kreatif. Ada yang potong segi empat kecil, ada yang potong segitiga kecil, dan ada juga yang susun cantik-cantik. Aii, kalah lah aku macam ni.

Juri yang tengah kelaparan pun merasai sandwich dari setiap kumpulan. 

Uniknya sandwich kami, aku letak epal dan biskut Apollo.......
(gambar selepas Juri dah merasainya)

Sandwich aku dan Ijon ada keunikan sedikit berbanding kumpulan lain. Walaupun Ijon buat sandwich tiga segi, tapi dia buat 3 perisa. Yang pertama letak lada hitam, kedua letak mayonis dan akhir sekali gabungan lada hitam dan mayonis. (tengok gambar atas sekali yang ada 2 pinggan tu)

Tambah pula dengan aku, aku letak epal. Kumpulan lain tiada epal. Strategi aku, dengan bantuan Che Joe. Pencuci mulut. Lepas tu aku letak benda lain sekali. Ingat tak idea yang aku cakap depan water cooler tadi, aku nampak biskut Apollo perisa strawberi. Aku beli, aku potong tiga, letak dalam pinggan sandwich sebagai hiasan. Juri makan juga. Kumpulan lain takde Apollo dengan epal. Hehehe..... Kreativiti melampau.

Tapi bila aku rasa sandwich kumpulan lain, aku rasa, kami mungkin kalah. Tapi tak mengapalah kan, dah buat sehabis baik, kira puas hati jugalah.

Tengok pula pertandingan gubah tembikai, cantik betul diorang buat dan ukir. Tapi ada satu kumpulan lelaki tu aku kagum, cantik betul diorang ukir. Sebabnya seorang antara mereka memang dah pandai buat gubahan dan ukiran tembikai. Bentuk bunga dan daun diorang memang menjadi.

Keputusan akan diumumkan malam.

Malam tu, acara penutupan bulan Aurat, Ijon tak hadir. Aku pula memang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu. Aku suruh Saiful dengarkan kalau-kalau kami menang.

Hadiah kami.......

Memang kami menang. Sampai aku pun tak percaya. Mungkin hadiah kasihan pada kami kot. Sebab kami terlalu bersemangat pagi tadi. Tapi Saiful kata kami dapat no 1. Entahlah, tu lah siapa suruh tak datang. Apapun, Alhamdulillah.........

Tak sia-sia aku keluar pergi beli sayur dekat restoran tengah-tengah malam semalam. Datang awal sejam pula tu. Siap letak Apollo lagi. Huhuhu.

Bagus juga join aktiviti macam ni. Masa macam ni, kepala aku memang tengah berserabut. Lepas aktiviti ni, memang aku rasa kurang sikit tekanan. 

Semoga diteruskan lagi aktiviti sebegini pada masa akan datang.

Friday, February 27, 2009

Diskusi Ilmu.........


Bismillah........

Baiklah, kali ini aku bawa satu buah tanga sebagai pemberitahuan kepada mereka yang datang membaca di blog aku ini. 

Esok, Jumaat, 27 Februari 2009 akan diadakan beberapa aktiviti iaitu Majlis Penutupan Bulan Aurat dan juga Diskusi Ilmu. Ada dua diskusi ilmu iaitu yang pertama, khas untuk muslimat, bermula pukul 8.30 hinggalah 11 pagi. Kemudian dari pukul 11 pagi akan diadakan diskusi dari buku Apa Erti Saya Memeluk Islam dengan tajuk kedua.

Diskusi buku ni diadakan setiap minggu pada pagi hari Jumaat. Ia terbuka kepada semua, daripada muslimin dan juga muslimat.

Kebetulan pagi esok, pukul 8 juga akan diadakan pertandingan gubahan tembikai dan buat sandwich sempena Bulan Aurat. Malam esok pula akan diadakan Majlis Penutupan Bulan Aurat. 

Kepada mereka yang mempunyai kelapangan masa pada waktu yang telah aku nyatakan, bolehlah menyertai aktiviti-aktiviti ini. Kepada yang tidak berkelapangan, tak mengapa, lain kali InsyaAllah ada lagi.

Apapun, aku hanya menyampaikan.........

Thursday, February 26, 2009

Apabila Situasi Begini Terjadi.......

Bismillah......

Korang tahu tak apa yang cukup aku tak suka???

Banyak sebenarnya perkara yang aku tak suka. Cuma kes kali ini, aku cukup tak suka nak buat pilihan.

Buat pilihan antara dua pilihan yang krisis betul-betul membuatkan aku terkesima setiap kali. Bukan apa, aku selalunya banyak berfikir risiko dan kebaikan dengan setiap satu jalan yang akan aku lalui bila memilihnya. Namun, setiap kali, aku akan termanggu. Termanggu selepas membuat pilihan. Dan segera aku akan rasa menyesal selepas itu kerana membuat pilihan tersebut.

Banyak kali dah benda ni terjadi. Contohnya, nak beli tak barang ni? Dan bila aku dah beli, aku rasa menyesal pula beli. Nak sertai tak program ni? Dan bila aku tak sertainya, aku rasa rugi pula. Nak tidur ke nak buat lab report sekarang? Dan bila aku buat lab report, banyak pula yang aku tak tahu buat, terbantut dan tidur juga akhirnya.

Dan cerita kali ini..........

Kali ini aku ditawarkan oleh seorang rakan baik, untuk menyertai suatu program besar semester depan. Dia tawarkan pada aku semasa aku sedang mesyuarat, jadi, aku pun setujulah. Aku gelarkan aktiviti ni aktiviti A. Lagipun tugas yang diberikan, pada pandangan aku masih mudah dilaksanakan. Terukkan aku? Gunung pun kalau diberi tanggungjawab, ditolaknya, manusia juga yang menerima.

Dan beberapa hari kemudian, sekali lagi aku ditawarkan jawatan untuk aktiviti lain namun berlangsung bersama dengan tarikh aktiviti pertama tadi. Kawan aku yang seorang sememangnya rapat dengan aku, maka aku tak fikir panjang untuk menerimanya, lagipun aku terlibat secara langsung tahun lepas dan ada pengalaman dalam bidang tersebut. Ini pula aku gelar aktiviti B.

Dan beberapa hari kemudian, aku dikejutkan dengan khabar, seorang cuma boleh pilih menyertai salah satu aktiviti sahaja. Alasananya, tak nak jadi sibuk dan mengganggu perjalanan aktiviti yan dipegang kerana bertindih. Namun, alasan ini memang kukuh dan logik.

Dari situlah dilema aku bermula. Nak pilih mana? A atau B?

Lama aku berfikir, baik dan buruk. Namun, aku lebih tertumpu pada kawan baik aku sendiri, aku tak nak kecilkan hati mereka berdua. A merupakan aktiviti yang cuku besar, walaupun tugas aku nampak mudah namun Riduan tetap cakap berat, selepas aku tanya pandangan dia. B pula akan membuatkan aku cukup sibuk pada seminggu tu, walaupun tak seberat A.

Arghhh........ cukup aku tak suka buat pilihan. Selalunya kalau jadi begini, aku akan ambil jalan terima kedua-duanya sekali, ataupun lebih drastik, menolak kedua-duanya sekali.

Namun Alhamdulillah, aku akhirnya diberi jalan keluar setelah dikatakan aku terpaksa menerima A dan tak boleh tolak dah. Maka aku terpaksa tolak aktiviti B. Maaf kawan...........

Dan selepas itu juga, aku dapat tahu sesuatu yang memeranjatkan aku dalam aktiviti B. Sesuatu yang dah lama aku kejar selama ni. Sesuatu yang akan buatkan aku menyesal selepas ini. Dan aku memang menyesal.

Arrghhhh........ aku mula menyesal tak dapat sertai aktiviti B.......

Termangu, terkedu dan terkesima.

Moga setiap keputusan tu ada hikmahnya.....

Aku teruskan juga dengan aktiviti A dengan hasrat aku beroleh sesuatu yang lebih baik.

Jadi, aku minta korang yang lebih matang dari aku ni supaya selalu berfikir, fikir pilihan mana yang lebih baik untuk korang. Kadang-kadang jalan tu nampak ada dua sahaja, namun sebenarnya ada banyak pilihan yang boleh dibuat. Semuanya perlukan pemikiran. "Kau buat apa yang kau rasa betul...." ayat seorang sahabat yang masih aku pegang sehingga ke hari ini. Kenapa??

Sebab bila apa yang kita buat betul, kita akan tahu kita betul dan kita akan buat yang lebih baik lagi. Dan apabila kita tahu apa yang kita buat tu salah, ia akan menjadi iktibar supaya kita membuat pilihan yang lebih betul di masa hadapan, di samping menjadi iktibar orang lain.

Semuanya akan bermula dari pilihan yang korang buat. Maka buatlah pilihan yang betul dan jangan jadi macam aku........

p/s: “Rashid pernah pesan pada aku, kalau ada orang tawarkan kau jawatan, tolak je semua.” Mungkin betul cakap Rashid.

Wednesday, February 25, 2009

Kenangan Terindah.....

Bismillah.........

Lagi satu entri untuk hari ini........

Sekadar perkongsian gambar untuk menunjukkan ringkasan perjalanan Hari Tautan Mesra yang berlangsung pada 14 Februari 2009. 

Aku minta maaf sebab aku bukan jurufoto professional, malahan kamera aku pun bukan jenama Canon atau Olimpus atau Nikon. Huhuhu...........

Barisan mereka yang berpoco-poco....

Che Joe semangat gila, hahaha.....

Semua peserta turut buat poco-poco.....

Romeo?? Kikikiki......

Team ni dah bersemangat dah, last-last kena buat team baru......

Gambar ni ditangkap oleh Fatin, aku respek sebab nampak buah kelapa melambung tu.....

Semangat melastik, juga ditangkap oleh Fatin guna kamera aku......

Budak-budak ni layan bola tampar lak......

Wali yang bersemangat buat bara. Lepas 15 minit baru menyala kuat......

Ni AJK aku yang datang lewat....... budak ini........

Oraitt, kami dan nametag serta badge kami........

Dr Maliki menilai hasil karya kumpulan sebelah kami.......

Hasil kerja barisan exco HTM, aku terasa macam penyu tu tersenyum lak........

Lukman layan blues, hak hak hak........

Bebudak ni pula mengajuk Lukman, hahaha........

Budak-budak Dietetik.......

Aku pun layan blues gak.......

Ohhh, melihat perjalanan di hadapan......

Pemenang pertama, Tut.......

Paya yang sesaja aku tangkap.....

Cuba korang teka, buah apa ni??? Lukman cakap buah nenas, muahahaha........

Huh, dengan berakhirnya Hari Tautan Mesra ni, tamatlah kerja aku sebagai Exco Grafik. Di sini aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah, sebab memudahkan kerja aku, dan sentiasa menolong aku.

Terima kasih aku ucapkan kepada Wali sebab memberi kepercayaan kepada aku untuk jadi Exco Grafik, juga kepada AJK aku, sebab banyak menolong aku, Farizon, Alvieno dan Faizal, barisan exco-exco yang lain, dan juga semua pihak yang terlibat dan tak terlibat (Rashid....)

Terima kasih semua..........

Sunday, February 15, 2009

Untuk HTM Lagi.....

Bismillah.........

Alhamdulillah, habis lagi satu kerja aku dalam bulan ni, iaitu Hari Tautan Mesra, yang diadakan semalam, 14 Februari 2009. 

Hari Tautan Mesra ni dijalankan untuk kami, seluruh warga PSK tak kira pengajian dan juga tahun berkumpul bersama untuk mengenali antara satu sama lain dan menambahkan kenalan. Selain itu, ia juga dapat merapatkan silaturahim.

Aku pada mulanya cukup malas nak pergi. Sebabnya kau ingatkan esoknya, hari Ahad ada CA Human Genetic. Rasa nak je ikut Riduan, balik awal naik kereta. Rupa-rupanya CA ditunda. Kerja siapa le ni.....

Okey, mari lihat beberapa hasil kerja aku untuk Hari Tautan Mesra ni. Mula-mula, mari kita lihat cenderahati. Cenderahati diberikan kepada mereka yang hadir pada hari ini. Selebihnya akan diberikan kepada yang tak hadir, tapi telah membayar.

Pada mulanya, aku buat tiga design untuk badge. Design pertama yang warna biru gelap, yang kedua, warna hijau terang dan yang ketiga warna kelabu ada rama-rama. Design pertama telah sepakat diambil oleh HICOM. Aku lebih prefer design ketiga sebenarnya. Huhuhu.


Design pertama......
Design kedua......

Design ketiga.......

Harganya??? RM 1.50 jikalau tempah melebihi 100 unit. Kalau tak pada mulanya RM 2.50, mengikut kata Azmir. Namun setelah aku dan Thien bercakap dengan abang di kedai yang sama, dapatlah murah, masa adventure aku dengan Thien pergi buat banner print hari tu.

Inilah hasilnya.

Nametag adalah mesti untuk sesuatu aktiviti. Pada mulanya aku nak guna design yang dibuat oleh Ali, rakan sebilik Ijon. Tapi ada masalah pula sebab terlalu terang dan kalau print, akan guna banyak warna.

Atas sebab takut habis dakwat orang, aku pun terpaksa design nametag lain yang kurang guna dakwat. Inilah designnya. Nampak ringkas sahaja. Ada corak hijau di tepinya.



Design aku dengan gambar Wali...

Hakikatnya, bila dah print baru aku perasan, nampak terlalu kurang pula warnanya. Aisehhh..... aku juga silap print sebenarnya sebab print atas kertas 70g. Rashid dah warning awal-awal, tapi aku degil. Akibatnya masa laminate, jadi berkedut. Nasib baik tiada orang mengadu. Aku punya gambar pun nampak pecah.

Tapi tak mengapalah kan, print free, tajaan Rashid. Hehehe, terima kasih Rashid. Ingat nak bayar pada dia upah tapi aku tahu, dia mesti tak mahu terima punya.

Nametag aku yang kontroversi........


Banner print aku turut dinaikkan di sini......

Sebenarnya aku nak letakkan sekali beberapa snapshot yang aku ambil dari kamera aku di sini, tapi tak boleh upload lak. Aku pun bukannya pandai sangat blog-blog ni. Mungkin dah lebih limit kot. Nanti aku try upload di entri baru.

Saturday, February 14, 2009

Sedikit Kerja Untuk HTM

Bismillah........

Untuk Hari Tautan Mesra, aku telah ditawarkan jawatan Exco Grafik oleh Pengarahnya sendiri iaitu Wali. Adalah beberapa kerja grafik yang aku buat, antaranya macam biasalah kan, nametag, banner dan perkara-perkara lain seperti design badge.

Skop untuk buat poster kali ini diserahkan kepada publisiti. Cantik juga poster yang publisiti buat, ringkas sahaja. Kalau akulah, mesti setengah jam atau lebih nak fikir buat macam mana.

Salah satu kerja yang telah aku lunaskan dan telah pun terpampang di umum adalah banner print untuk HTM ni. Lama dah aku siapkan, sejak bulan Januari, lebih spesifik, awal bulan Januari. Banner kali ini aku rasa lebih dinamik sebab aku guna gambar yang jarang orang jumpa.

Awalnya aku nak letak gambar pelajar senior yang pernah pergi HTM tapi tidak ada pula gambar tersebut. Jadi aku letaklah gambar ni.


Dua minggu lepas, barulah banner ni siap dicetak. Adventure aku dengan Thien. Sebab Thien tak tahu Khyrar di mana. Aku jugalah penunjuk jalan. Patutnya ini tugas publisiti, tapi publisiti sibuk hari tu, diorang ada kelas, aku dengan Thien la yang pergi.

Pergi Khyrar, kena bayar mahal, dalam RM90-100. Pergghhh.......... Muka Thien dah berubah. Nasib baik masa tu aku sempat buat ayat menarik dengan pengurus Khyrar. Dapatlah murah, RM 70. Sebabnya dapat murah adalah aku cakap kitorang dapat recomend daripada unit grafik PPSK. Memang pun. Unit grafik PPSK atau Encik Saiful sendiri adalah pelanggan tetap Khyrar.
Dapatlah murah. 


Banner ni digantung di luar Bilik Seminar A supaya dapat dilihat kepada pelajar yang hendak ke Dewan Kuliah A dan B. Strategik betul tempatnya. Tak tahulah siapa yang beri idea naikkan di situ, tapi memang pandailah. 

Aku terasa banner kali ni ada kelemahan sedikit. Mungkin sebab banyak perkataan. Sebab masa buat banner ni pun aku tak tahu nak tulis apa. Aku dah lah jenis yang spesifik bila memberi gambaran. Semua aku bantai letak. Nasib baik pengarah kata OK.

InsyaAllah, masa depan aku kalau diberi peluang lagi untuk buat banner print, aku nak buat yang lebih baik. Lebih baik daripada ni rasanya........

Thursday, February 12, 2009

Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam......


Bismillah.........

"Lat tali lat tali tam plom........."

Aku, Ikram, Zaeri, Che Joe, Izwan dan Ijon mengeluarkan tangan masing-masing. Ada yang buat tangan ke atas (putih) dan ada pula yang buat tangan kebawah (hitam). Akhirnya tinggal aku, Zaeri dan Ikram. Yang kalah keluar.

Haduiiii, macam budak kecil pun ada juga rasanya. Ini semua idea jurulatih tenis kami. Dan semuanya berpunca dari masalah kami sendiri.

Sejak minggu lepas lagi jurulatih dah tanya, siapa nak pergi ke USM Induk? Semua tunduk bisu seribu bahasa. Kalau ada pun malu nak mengaku. Dalam kepala kami yang tahun kedua ni memang nak menolak seratus-peratus. Bukan ada apa pun di Kampus Induk kan? Baik belajar di bilik sahaja.

Izwan sememangnya sibuk bulan Mac. Kebetulan tarikh tersebut adanya TOT dilangsungkan di sana, maka Ijon tak perlu menang pun akan pergi Kampus Induk. Tahun tiga tak usah ceritalah, laporan makmal menimbun. Che Joe pula nak belajar. Aku pula cepat bosan, lebih-lebih lagi di tempat orang.

Tiba-tiba dua orang secara sukarela kata nak pergi. Cina kedua-duanya. Dan tiada pula wakil ketiga yang hendak keluar menjadi sukarela seperti mereka. Nak tak nak, yang tinggal ni tak boleh nak buat undi, maka perlu diselesaikan dengan lat tali lat juga.

Ikram keluar, tinggal aku dengan Zaeri. Main O Jus. Kami berdua yang tak nak pergi ni punyalah buat muka serius. Dalam hati aku dah rancang, nak keluar air sahaja, sebab Zaeri asyik buat serangan burung. Mesti aku kalah kan?

Ooooo Jus!

Argghhhh, macam mana aku boleh menang dengan Zaeri ni??? Aduhhh........

Kena tunggu wakil perempuan pula. Dan wakil perempuan yang menang adalah seorang india. Tak tahu apa nama dia.

“Coach, yang menang pergi ke tak?” aku bertanya.

“Haiiii........ Yang menang mestilah pergi.” Dia menjawab. Haha, lepas ni mesti aku kalah kan?

“Eh, apa kata kita tukar. Yang kalah pergi, yang menang tak perlu pergi.” Ahhh, pulakkk.........

Aku pun terpaksa serius nak menang. Kami keluarkan tangan. Ahhh, dia menang satu. Aku kena kejar ni. Sekali lagi kami keluarkan tangan. Aku batu, dia burung. Yes!!! Satu sama.

Aku tengok muka dia. Dia dah serius dah. Mesti dia pun tak nak pergi ni. Ni tak boleh jadi ni, aku tak boleh kalah.

Oooo Jus! Seri. Sama-sama keluarkan batu.

Oooo Jus! Aaahhhh, dia mendahului aku. Aku diri tegak kejap. Tarik nafas. Bahaya dah situasi aku ni. Mata aku kecilkan macam nak terkam mangsa. Tak boleh kalah, tak boleh kalah.

Oooo Jus! Yess, aku menang, menyamai kedudukan, dua sama. Kami berdua tarik nafas bersama. Jurulatih yang tengok dari tadi dah tergelak dah.

“Sengit betul perlawanan awak berdua ni.”

Katalah apa pun, aku mesti menang mata yang ketiga. Aku tarik nafas, macam nak buat servis. Budak india ni pun dah tak bergerak dah. Serius le tu. Berdebar-bedar juga aku masa tu.

Tangan kebelakang, serentak, dan mulut melemparkan perkataan, juga serentak dengan tangan keluar kehadapan.

Oooo Jus!!!!


p/s: aku ni untung sabut ke untung batu? Timbul ke tenggelam aku ni???

Wednesday, February 11, 2009

Keroncong Seni yang Makin Hilang


Bismillah........

Perghhh, sejuk juga pagi ni. Ditambah pula dengan angin dingin yang bertiup perlahan ni. Aku berjalan pulang dari surau ke bilik. Walaupun jarum jam dah menunjukkan pukul 7 namun masih lagi tidak kelihatan matahari. Subuh pun dah lewat sedikit sekarang. Dulu 5.45 dah masuk Subuh. 

Sesampai di bilik, aku tak terus baring ke katil. Korang pun tahu kan apa jadi kalau sejuk-sejuk ni kita baring di atas katil yang empok dan diselimuti kain yang menyuamkan badan ni... Terus aku pasang laptop dan ohhh, dapat internet.......

Tak jadi aku nak baca nota Biostat, terus aku lunaskan hutang One Piece dan Bakuman yang tak sempat aku baca sejak malam hari Jumaat. Sambil baca tu, Naim cuba untuk tidur di katilnya. Sambil nak tidur tu, dia pasang radio telefon bimbitnya. Canggih tu telefon dia, mahallah katakan.... Heh......

Aku memang jarang dengar radio, sebab aku tak layan sangat radio. Jadi pagi tu aku dengarlah juga, tiada celoteh macam radio ERA tetapi ada banyak lagu diudarakan. Dan salah satu lagu telah menarik perhatian aku.

Lagu M. Nasir. Lagu berjudul Keroncong Untuk Ana. Huh, lama dah aku tak dengar lagu ni. menarik juga. Layan blues kejap aku, nostalgik........

Dan aku pun mula teringat lagu keroncong lain, contohnya Keroncong Kuala Lumpur(aku lupa nama judulnya), oleh P. Ramlee. Aku tak tahu lagu M. Nasir ni boleh dikategorikan dalam keroncong atau tidak.

Arwah atuk aku pernah cakap, orang dulu banyak yang minat keroncong. Korang tahu tak keroncong ni apa???

Untuk pengetahuan korang, keroncong ni salah satu seni muzik yang pada mulanya berasal dari Jawa. Ia mula dibawa dan diperkenalkan di Malaysia semasa abad ke 15. Aku tak pasti mengenai masa, sebab ada yang mengatakan abad ke 16 dan ada yang mengatakan abad ke 19. Dengar kata keroncong ni ada juga dipengaruhi oleh alatan muzik dari Portugis masa tu sebab pada masa itu, gamelan memang popular.

Ada juga pendapat yang mengatakan keroncong diperkenalkan di Malaysia setelah orang Jawa masuk ke Malaysia pada abad ke 20. Dikalangan kaum Baba dan Nyonya, lagu keroncong sangat digemari. Di Indonesia, ramai keturunan Cina yang meminati lagu keroncong dan ada antara mereka yang menjadi pencipta terkenal.

Keroncong masa dulu biasanya dimainkan semasa majlis, jamuan dan pesta. Tapi bila masa berubah, seni muzik ni turut berubah juga coraknya. Sekarang, kita dapat lihat ia dimainkan semasa pancaragam malah kugiran pun ada. Dikatakan Johor adalah salah satu negeri yang terkenal dengan keroncong satu masa dahulu sehingga banyak kumpulan keroncong tanah air dilahirkan di situ.
 
Corak muzik keroncong ni beubah mengikut masa. Keroncong dahulu dengan sekarang ni memang berlainan. Salah satu contoh keroncong yang terkenal masa dahulu, mengikut sumber aku adalah Langgam Jawa. Langgam Jawa ni adalah satu keroncong yang menggunakan banyak alatan muzik tradisional seperti gamelan, sitar, rehab, serunai, gendang, kenong, sarong, gong, dan lain-lain alatan yang aku tak tahu namanya.

Keroncong sekarang, pada zaman moden ni mana dah guna alatan muzik tradisional. Kalau ada pun sedikit je yang dikekalkan macam serunai. Antara alatan muzik yang digunakan sekarang adalah gitar, cello, biola, malah bass pun ada juga. Tapi ada juga pemain muzik yang masih cuba membawa alatan muzik tradisional pada masa kini. Baguslah, sekurang-kurangnya tak pupus ditelan zaman.

Sebenarnya ada lagi pembahagian keroncong pada zaman ni, terbahagi kepada 2 kalau tak silap aku, dan ia diklasifikasi berdasarkan gabungan alatan muzik yang digunakan. Antara yang dinyatakan dalam sumber adalah kategori melodi dan kategori Rima. 

Kategori melodi menggunakan biola, serunai, gitar, dan keyboard, namun bukan semua dimainkan dalam satu masa, bergantung kepada kumpulan keroncong. Kategori rima, kebiasaan ada 5 alat muzik iaitu cello, bass kembar, gitar, cak dan cuk. Menurut cerita, cuk adalah sejenis alat muzik bertali empat ini merupakan alat utama muzik keroncong atau nama lainnya ukulele. Cak ataupun Tenor Banjo adalah alat muzik bertali empat ini berpasangan dengan cuk (ukulele) dan digunakan dalam muzik keroncong untuk menigkah bunyi rentak. Aku pun tak tahu rupa cak dan cuk ni yang sebenarnya. Huhuhu....... 

Apa yang menariknya keroncong ni? Biasanya keroncong ni dimainkan secara perlahan dan mendayu. Sedap dengar seni warisan ni sebab dia ada alunan merdu. Kalau muzik gamelan dimainkan dengan cara yang teratur, tetapi muzik keroncong dapat ditokok tambah mengikut perasaan pemain-pemainnya. Alat melodi dan bentuk suara yang digunakan dalam persembahan keroncong juga lebih luas.

Namun, aku rasa, seni keroncong ni dah nak pupus ditelan zaman. Orang kita yang sekarang lebih suka melayan lagu rock, rap, punk dan lain-lain. Tak tahulah sampai bila seni keroncong ni boleh bertahan........

p/s: aku letakkan lagu Keroncong Untuk Ana di blog ini. Cubalah korang dengar. Tak tahulah korang suka atau tidak.....

Sunday, February 8, 2009

Akhirnyaaa, Siap Juga..........

Bismillah.....

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Hari ini akhirnya berlangsunglah Mini TOT sesi 08/09. Sebenarnya program Mini TOT ni dah beberapa hari dah berjalan, bermula dengan Sukantara selama 3 hari, 3 hingga 5 Februari 2009 dan Larian Sebatu, 6 Februari 2009. Larian Sebatu kali ini memang Mawi puas hati sebab banyak orang datang. Kalau tahun lepas, orang yang datang cukup-cukup pingat sahaja.

Sepatutnya tugas aku ada 3 lagi yang perlu disiapkan untuk Mini Tot ni tetapi telah diringkaskan menjadi 2. Yang tugas buat poster dan wallpaper dan naikkannya sudah aku tulis dalam entry terdahulu. Terima kasih kepada Adam. Baik dia. Apa dia tugas aku yang baru sahaja aku habiskan?

Menyiapkan banner.

Haaa, sebenarnya banner ni dah lama dah siap, sejak dari sukad fasa 3 hari tu. Saja aku siapkan awal sebab aku tak nak buat lambat-lambat, nanti aku sibuk. Hakikatnya memang aku sibuk minggu ni. Memang gila.

Walaupun siap, tapi itu cumalah 95% bagi aku. Ada sedikit warna kuning yang sengaja aku tak catkan pada banner tu. Sebab waktu kami buat banner ni, logo masih lagi dalam keadaan basah.

Malam tadi juga aku siapkan mana kuning yang masih belum siap sebelum aku pergi Interfataith Dialogue.

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada Quzie dan Fatin sebab diorang yang banyak mewarnakan banner ni. Aku cuma sketch pensil, warna outline Kejohanan Olahraga Tahunan dan kotak TOT, serta yang line kuning tu. Alvieno pula cuma buat perkataan Mini dan 08/09. Hahaha.........


Menaikkan banner.

Patutnya aku nak buat dengan Iman kerja ni. Tapi Adam kata biar diorang sahaja yang buat, sebab kitorang tak tahu lokasi penggantungan dan Adam pun tak tetapkan lagi. Jadi, satu lagi tugas dah habis.


Buat nametag.

Design nametag dah lama siap, design cam di bawah ni, cuma nak menunggu nama sahaja yang lewat. 

Lama aku tunggu nama daripada Ajun, akhirnya jadi kelam-kabut aku dibuatnya, sebab minggu ni memang sibuk. Bila dah dapat, ada pula setengah exco yang tiada nama AJK, Adam suruh kosongkan nama. Semuanya siap pada malam hari Khamis, aku beri pada Adam untuk dia cetak.

Hari Jumaat, dia beri pada aku untuk laminate. Aku potong kertas bersama Iman, pergi cari kedai laminate, banyak yang tutup. Akhirnya terpaksa pergi SMO. Nasib baik Iman boleh pinjam motor Mail. Kalau tak, berjalanlah aku dari Medicare sampai SMO.

Berlaku pula masalah di SMO, laminate terakhir tu, dia terbuat cepat, habis berkedut jadinya. Ohhh, ujian betul. Tapi tak mengapalah kan, nak buat macam mana. Lagipun, aku rasa tak teruk mana pun.

Malam tu, aku potong dan siap. Bukan aku tak nak ajak Iman atau AJK lain potong sendiri, cuma aku nak cepat time tu agar aku dapat pergi tengok Interfaith Dialogue. Ingatnya dah habis Interfaith Dialogue, nak pergi bilik Adam hantar banner dengan nametag, tapi dia pun datang juga Interfaith Dialogue, aku beri terus kepada dia. Habis kerja aku.........

Huhuhu......

Jadi, di kesempatan ini, aku bersyukur kepada Allah sebab banyak tolong aku minggu ni, betul-betul bersyukur.

 Juga aku nak ucapkan terima kasih kepada ketua aku, Adam dan semua exco lain sebab semuanya baik-baik belaka, dan open minded. Memang best bekerja dengan korang.

Akhir sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK aku, Iman, Alvieno, Fatin dan Quzie. Kalau korang tiada, seorang dirilah aku buat kerja.


Alhamdulillah, siap juga kerja publisiti Mini Tot walaupun sibuk sangat minggu ni.

Friday, February 6, 2009