Keroncong Seni yang Makin Hilang


Bismillah........

Perghhh, sejuk juga pagi ni. Ditambah pula dengan angin dingin yang bertiup perlahan ni. Aku berjalan pulang dari surau ke bilik. Walaupun jarum jam dah menunjukkan pukul 7 namun masih lagi tidak kelihatan matahari. Subuh pun dah lewat sedikit sekarang. Dulu 5.45 dah masuk Subuh. 

Sesampai di bilik, aku tak terus baring ke katil. Korang pun tahu kan apa jadi kalau sejuk-sejuk ni kita baring di atas katil yang empok dan diselimuti kain yang menyuamkan badan ni... Terus aku pasang laptop dan ohhh, dapat internet.......

Tak jadi aku nak baca nota Biostat, terus aku lunaskan hutang One Piece dan Bakuman yang tak sempat aku baca sejak malam hari Jumaat. Sambil baca tu, Naim cuba untuk tidur di katilnya. Sambil nak tidur tu, dia pasang radio telefon bimbitnya. Canggih tu telefon dia, mahallah katakan.... Heh......

Aku memang jarang dengar radio, sebab aku tak layan sangat radio. Jadi pagi tu aku dengarlah juga, tiada celoteh macam radio ERA tetapi ada banyak lagu diudarakan. Dan salah satu lagu telah menarik perhatian aku.

Lagu M. Nasir. Lagu berjudul Keroncong Untuk Ana. Huh, lama dah aku tak dengar lagu ni. menarik juga. Layan blues kejap aku, nostalgik........

Dan aku pun mula teringat lagu keroncong lain, contohnya Keroncong Kuala Lumpur(aku lupa nama judulnya), oleh P. Ramlee. Aku tak tahu lagu M. Nasir ni boleh dikategorikan dalam keroncong atau tidak.

Arwah atuk aku pernah cakap, orang dulu banyak yang minat keroncong. Korang tahu tak keroncong ni apa???

Untuk pengetahuan korang, keroncong ni salah satu seni muzik yang pada mulanya berasal dari Jawa. Ia mula dibawa dan diperkenalkan di Malaysia semasa abad ke 15. Aku tak pasti mengenai masa, sebab ada yang mengatakan abad ke 16 dan ada yang mengatakan abad ke 19. Dengar kata keroncong ni ada juga dipengaruhi oleh alatan muzik dari Portugis masa tu sebab pada masa itu, gamelan memang popular.

Ada juga pendapat yang mengatakan keroncong diperkenalkan di Malaysia setelah orang Jawa masuk ke Malaysia pada abad ke 20. Dikalangan kaum Baba dan Nyonya, lagu keroncong sangat digemari. Di Indonesia, ramai keturunan Cina yang meminati lagu keroncong dan ada antara mereka yang menjadi pencipta terkenal.

Keroncong masa dulu biasanya dimainkan semasa majlis, jamuan dan pesta. Tapi bila masa berubah, seni muzik ni turut berubah juga coraknya. Sekarang, kita dapat lihat ia dimainkan semasa pancaragam malah kugiran pun ada. Dikatakan Johor adalah salah satu negeri yang terkenal dengan keroncong satu masa dahulu sehingga banyak kumpulan keroncong tanah air dilahirkan di situ.
 
Corak muzik keroncong ni beubah mengikut masa. Keroncong dahulu dengan sekarang ni memang berlainan. Salah satu contoh keroncong yang terkenal masa dahulu, mengikut sumber aku adalah Langgam Jawa. Langgam Jawa ni adalah satu keroncong yang menggunakan banyak alatan muzik tradisional seperti gamelan, sitar, rehab, serunai, gendang, kenong, sarong, gong, dan lain-lain alatan yang aku tak tahu namanya.

Keroncong sekarang, pada zaman moden ni mana dah guna alatan muzik tradisional. Kalau ada pun sedikit je yang dikekalkan macam serunai. Antara alatan muzik yang digunakan sekarang adalah gitar, cello, biola, malah bass pun ada juga. Tapi ada juga pemain muzik yang masih cuba membawa alatan muzik tradisional pada masa kini. Baguslah, sekurang-kurangnya tak pupus ditelan zaman.

Sebenarnya ada lagi pembahagian keroncong pada zaman ni, terbahagi kepada 2 kalau tak silap aku, dan ia diklasifikasi berdasarkan gabungan alatan muzik yang digunakan. Antara yang dinyatakan dalam sumber adalah kategori melodi dan kategori Rima. 

Kategori melodi menggunakan biola, serunai, gitar, dan keyboard, namun bukan semua dimainkan dalam satu masa, bergantung kepada kumpulan keroncong. Kategori rima, kebiasaan ada 5 alat muzik iaitu cello, bass kembar, gitar, cak dan cuk. Menurut cerita, cuk adalah sejenis alat muzik bertali empat ini merupakan alat utama muzik keroncong atau nama lainnya ukulele. Cak ataupun Tenor Banjo adalah alat muzik bertali empat ini berpasangan dengan cuk (ukulele) dan digunakan dalam muzik keroncong untuk menigkah bunyi rentak. Aku pun tak tahu rupa cak dan cuk ni yang sebenarnya. Huhuhu....... 

Apa yang menariknya keroncong ni? Biasanya keroncong ni dimainkan secara perlahan dan mendayu. Sedap dengar seni warisan ni sebab dia ada alunan merdu. Kalau muzik gamelan dimainkan dengan cara yang teratur, tetapi muzik keroncong dapat ditokok tambah mengikut perasaan pemain-pemainnya. Alat melodi dan bentuk suara yang digunakan dalam persembahan keroncong juga lebih luas.

Namun, aku rasa, seni keroncong ni dah nak pupus ditelan zaman. Orang kita yang sekarang lebih suka melayan lagu rock, rap, punk dan lain-lain. Tak tahulah sampai bila seni keroncong ni boleh bertahan........

p/s: aku letakkan lagu Keroncong Untuk Ana di blog ini. Cubalah korang dengar. Tak tahulah korang suka atau tidak.....

Sunday, February 8, 2009

2 Comments:

lea said...

wah..
layan ek ko dgn keroncong2 ni
uhuhuhu

DarkArtz said...

layan jugak keroncong ni..........
tapi bukan semua keroncong gak aku layan..........
hahaha.......