Apabila Malam Tiba..........

Bismillah........

Malam tiba lagi. Ya. Setiap hari memang malam akan tiba. Semua orang tahu itu kan??

Dan aku….

Sering dikacau. Diganggu. Terganggu. Bercelaru. Pening kepala.

Oleh beliau.

Beliau yang hampir setiap hari aku layan. Rasanya bukan hampir, tapi memang setiap hari. Dulu tak ada serapat begini dengan beliau. Tapi sejak cuti ni makin rapat. Makin dekat. Makin erat. Dengan beliau.

Encik Insomnia.

Sejak bermulanya cuti semester, aku mula melunaskan atau mengqadha tidur aku. Tidur tak ingat dunia. Tapi bangun juga ingat nak makan, sembahyang dan sebagainya. Sejak dari cuti seminggu di kampus, menyelesaikan perkara yang patut dilunaskan, aku balik rumah. Dan di rumah, hampir setiap hari aku dikunjungi Encik Insomnia ni. Akibatnyaaaaaa…….

AKU TAK BOLEH TIDUR MALAM.

Setelah mencuba bermacam-macam cara, akhirnya aku dapat tidur tapi tidur lewat tengah malam. Lebih spesifik, nak masuk pagi baru boleh tidur. Lebih spesifik lagi, hampir pukul 2 atau 3 pagi baru aku boleh tidur. Ohhhh, sungguh menyeksakan. Adakah ini kesan peperiksaan yang aku selalu tidur lewat atau tak tidur dahulu sebab baca nota??

Pelik…….

Sebab aku memang seorang yang mudah tidur. Baring sahaja terus tidur. Masuk kereta, terus tidur. Lepas makan, terus tidur. Lepas sembahyang, pun tidur juga. Tapi bila aku nak tidur malam, baring macammana pun, duduk macammana pun, berjalan macammana pun, berlari macammana pun, tetap tak dapat tidur.

Aku bagi contoh.

Dua minggu lepas, mak aku suruh aku tidur awal. Sebab keesokan harinya ada kerja yeng perlu aku lakukan. Kerana aku anak yang baik, aku turuti arahannya. Huhuhu……. (tutup muka). Aku pun masuk tidur pukul 11 malam. Ya, awal kan?? Pukul 11 malam.

Aku tutup suis lampu. Aku baring atas katil. Bilik gelap. Kipas berpusing. Siling kelabu. Sunyi sepi. Satu keadaan yang sesuai untuk orang tidur. Tapi aku tak boleh nak tidur.

Aku pusing ke kanan. Tak mahu tidur. Aku pusing ke kiri. Tak mahu tidur juga. Aku cuba tidur mengiring. Pun tak boleh tidur. Aku cuba pula tidur meniarap. Tak tidur juga aku. Aku cuba pula tidur bawah katil, tidur atas rak, tidur dalam almari. Okey, itu aku tipu. Tak mungkinlah aku tidur begitu. Tapi aku tetap tak boleh tidur juga.

Akhirnya, aku tidur juga. Tapi dah masuk pukul 2 pagi. Iyeeee, pukul 2 pagi. Tiga jam aku bergelut untuk tidur.

Aku tanya dengan emak aku, kenapa aku tak boleh nak tidur malam dah sekarang. Mak cakap,

“Dah tu selalu sangat tidur siang, mana nak tidur malam.”

Hmmm, betul juga. Tapikan, sebab tak dapat tidur malamlah, aku tidur siang.

Huhuhu, makin pelik aku ni.

P/s: Sesiapa yang ada idea bagaimana nak rawat penyakit ni, bolehlah hubungi aku ya……. Hohoho………

p/s 2: kamu semua tahu tak apa maksud Insomnia???

Wednesday, June 2, 2010

12 Comments:

~tukangmasak~ said...

hai ncik insomnia~
bole bekenalan??



lenkali, kalo takleh tido..
hapdate la belog ni...
dijamin tak sempat tekan button publish post pon dah ngantuk...
hohohoho~

hydrogenbond said...

la...kesian nyer....

teddygirl49 said...

kesian3x...
ko ikut cara mr bean la...
amik 1 gmbar yg ada anak kmbing..pstu ko kira...
kalau ase susah..guna cara mr bean lg..
ko wt pendaraban guna kalkulator..
mcm nk cari isipadu or luas objek..
bila dpt jwpn..msti ko bley tdo....
hehehe...
mcm mana???

DarkArtz said...

nik adik: encik insomnia jawab:
"hai bulattt..... kan kita dah berkenalan dah....... hohoho......"
tu jawapan dia, bukan saya ek.......
hohoho........
kalau awak update, nanti saya update.......
itupun kalau ada topik, har3.......

azeeza: sian kan??
huhuhu........
belanja la KFC kalau kesian.......
huhuhu.......

fatin: kau ni pasti ke kau budak USM ni???
tak saintifik langsung.......
ngahahahahahhaa.........
okey, aku gurau je......
hehehehe.......

teddygirl49 said...

aza...kalau ikut realiti mr bean tu kn ke taraf profesor..jadi apa yg dia buat tu ikut tahap pemikiran dia yg saintifik la kot..ak cuma ikut otak saitifik dia je..hahaha

DarkArtz said...

haah kan.........
betul gak........
tapi kan, tapi kan, tapi kan......

teddygirl49 said...

tapi.........???

hydrogenbond said...

ner leh blanjer kfc nnti bkn takat encik insomnia dtg lawat, pak cik obesiti pun dtg lawat..hehehe...

aishah (◕‿◕✿) said...

iskk kesian2.. aku ni wlupun ptg2 da tdo bnyak, malam pn sure lena tdo.. hik3.. jeles x?? hahah

senang cter amek ubat tdo je la.. kui3

DarkArtz said...

fatin: tapi........
tapi.......
tapi.......
hohoho........
mesti kau rasa tertanya2 kan.......

azeeza: pak cik obesiti takkan melawat kot.......
dia selalunya melawat pakcik-pakcik yang ada di hospital........
hohoho........

aishah: jelesssssssssnnnnyyyyyyaaaaaaaa akuuuuuuuuuuuuuu........ (nada gedik)
wahahahahaha..........

shalmadrep said...

Ptg-ptg ko g bersukan... Pg-2 ko tlg mak kemas umah, cucuk tanam. Malam2 ko bacha novel yang sentiasa buatkan ko nantok.

Gua da 2 thn lebih dilanda insomia. Bla bgn kpala sentiasa penin pulak.

DarkArtz said...

kau memang keje malam kan rip???
maknanya takpe la kalau berjaga malam.......
hehehe.......
ye ke kau keje malam???