Nak Jelaskan Hutang Tag

Bismillah.........


Wajah aku yang kelihatan nak tidur malam ni masih lagi aku tahan. Bila singgah sejenak di blog aku, memang aku dah terperasan berapa lama dah aku tidak kemaskinikan blog aku. Bukanlah aku malas hendak kemaskini, bukan juga kerana tiada idea dan peristiwa tapi cuma aku malas nak menaip.

Sebelum aku menaip mengenai beberapa peristiwa yang berlaku, aku nak jawab dulu beberapa hutang tag dan award. Sekadar membuang masa sebelum tidur.

**********

Tag ini daripada Huda. Seorang kakak yang aku hormati. Tapi aku tak panggil dia kakak, takut dia marah. Hehehe......

Sebenarnya tag ni dah lama dah, aku pun dah taip lama dah nak jawab, sejak habis peperiksaan akhir hari tu, cuma aku simpan dalam draft atas sebab-sebab tertentu. Maaf Huda.

1. Arahan tag:

Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jgn tukar tau.


Ini muka desktop bagi laptop aku. Yang masih tak berubah sejak dahulu hingga kini, disebabkan aku tak boleh nak buka laptop. Bateri dah habis kuasa, charger pula Che Jo simpan.

2. Bagi tau kenapa anda suka wallpaper ini.

Suka???

Aku pun tak tahu. Mungkin kerana ini adalah salah satu hasil kerja aku sebelum peperiksaan bermula. Waktu tu tersangatlah bosan untuk membaca nota. Aku mendapat idea. Aku tutup lampu bilik, biarkan lampu meja terbuka, dan aku tangkap gambar. Menjadi.

Kalaulah ada teman sebilik aku, mungkin korang akan nampak aku sedang belajar di meja tu. Hahaha.......

Apapun, aku naikkan wallpaper ini adalah sebagai pendorong kepada aku untuk berjaya dalam peperiksaan. Lampu meja menunjukkan, aku cuba berusaha, namun aku masih tak tahu aku akan berjaya atau tidak. Maka aku tulis "Semoga Berjaya". Amin....

Tambahan: kalau korang lihat, memang serabut ikon desktop aku. Aku tak sempat nak kemaskan, sebab terlalu sibuk. Aku cuma sempat salin fail orang (kebanyakannya cerita filem) di desktop tapi tak sempat nak simpan semuanya dalam satu fail master. Aku pun naik serabut dah tengok.

3. Sila tag 10 org

Banyaknya. Aku tag orang yang biasa aku tag sajalah. Anne, Hakim, Keropi, dan Hanisah.

**********

Tag kedua datangnya dari Hakim. Tag ini pun dah lama dia suruh aku jawab, tapi masih lagi tak terjawab. Siap dia suruh aku seorang saja jawab pula tu. Hahaha.......

Tagnye berbunyi begini:

Sila ceritakan 3 benda kesayangan anda..

Aiseh, 3 benda sahaja? Aku ada sebilik benda kesayangan, termasuklah bilik aku sendiri.

Lama juga sebenarnya aku memikirkan apa barang kesayangan aku. Jujur kata, aku ni seorang yang tak reti nak menjaga barang. Barang-barang selalu juga aku sepahkan, dan bila nak guna, dah tak jumpa.

Jadi, aku kira barang kesayangan ni adalah barang yang aku jaga dengan sepenuh jiwa raga akulah ya, walaupun barang itu sememangnya murah!!!

1. Al-Quran

Kitab yang baru aku beli dari SMO sebelum balik cuti sem yang lepas. Sebelum ni memang aku dah idam-idamkan nak beli Al-Quran ni dah, sebab ianya cantik, coraknya penuh berseni dan yang penting jelas untuk dibaca.

Saiznya kecil, setiap 20 muka surat akan ditukar corak bingkai. Helaian muka suratnya menggunakan kertas licin seperti plastik, kalis air kiranya. Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dengar kata Quran terbitan ni sebenarnya ditulis tangan. Betul atau tidak aku tak tahu. Tapi mungkin betul.........

Oh ya, benda kesayangan aku ini murah sahaja harganya. Semurah novel-novel cinta yang sering korang beli dan baca.

2. Gadget-gadget aku.

Gadget-gadget aku yang telah banyak berjasa kepada aku. Daripada sudut pembelajaran, hinggalah kepada sudut sosial. Semua alat elektronik ni banyak membantu aku membuat kerja terutamanya kerja grafik aku.

Ini senarai gadget-gadget aku setakat ini:
1. Laptop Compact Presario V3000
2. Kamera Digital BenQ DC C740i
3. Telefon Bimbit Sony Ericsson W200i
4. External Hard Disk
5. Pendrive Kingston 1G

Kebanyakan alatan ni aku beli sendiri, namun yang mahal tu macam laptop dan external hard disk, ayah aku beri pinjam, tak beri terus. Dia cakap macam tu supaya aku tak lupa diri, rasanya.........

3. Lukisan picisan aku.

Picisan tu maknanya sampah kan??? Hahahaha, tu maknanya lukisan aku takde harga le, bukan tak ternilai, tapi tak bernilai.

Kebanyakan lukisan aku, aku beri pada orang. Yang tinggal hanyalah beberapa sahaja. Yang menjadi koleksi pun jarang aku tunjuk pada orang. Takut kena kutuk. Hehehe........

Monday, June 15, 2009

7 Comments:

Lea Isnawi said...

seleraknya ko nyer desktop
hehehe

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

pandai lukis upnyeee..lukis kan pic sy ley?pic mne2 laaa..bule laaaa..nak2..nak2..nak2...

Anonymous said...

Kuang-kuang.
Hahahahha.
Wah, ko hormat aku seyh! Tak yah hormatlah. Tak de benda nak dihormati. Umar pun lama dah tak bersambung lagi. Hehehhee.

Aku tak kisah pun orang panggil aku kak, in fact gila ramai kot panggil aku kak.

Muahahhaha.
Cuma jarang bebenor aku membahasakan diri aku 'kak' sebab aku rasa aku tak mulia mana nak jadi kak except for certain caseslah. Hehehhe.

Ko belum pernah dengan aku bahasa diri dengan penggilan 'huda' lagi.

Hiks. Gila gedik.

DarkArtz said...

lea: biasa le........
orang sibuk le katakan.........
har3.......
kau tak tengok meja aku lagi tu, lagi bersemak........

reen: ishh, mana la pandai sangat melukis........
tu huda tu, lagi pandai melukis........
huhuhu........
nak lukisan apa???

huda: hormati yang tua seh.......
kau kan lagi tua dari aku, har3........
yang muda ni (AKU) perlulah hormati yang tua (KAU).........
hahaha, rilek, banyak aspek sebenarnya yang aku rasa patut aku hormati kau........
bukan dari segi usia je.......
tapi dah terbiasa ngan 'kau aku' kan???

Anonymous said...

Wah..

Rasa besarlah dihormati bukan dari segi usia je. heheheheh

DarkArtz said...

cemana kalau aku panggil kau mak cik???
huhuhu.........

Anonymous said...

Boleh je.
Hahhahaha