Cuci....


Bismillah........

Huh, semalam aku buka balik laptop aku. Untuk melayan rasa boring, aku buka cerita Melayu kita yang dah lama aku nak tengok tapi tak kesempatan sebelum ni.

Cerita yang aku maksudkan adalah cerita Cuci, arahan Hans Isaac kalau aku tak silap. Apapun, cerita ni memang menarik minat aku kerana gabungan pelakon Afdlin dengan Awie yang memang sinonim dengan cerita lawak bersama-sama Hans dan AC. Tapi, aku paling suka Afdlin, dari dulu lagi aku minat lawak selamba dia.

Apa pun, selepas tonton cerita ni, aku teringat aku pernah membuat karikatur Afdlin berdasarkan cerita Cuci ni berdasarkan iklan di suratkhabar sewaktu cerita ni tengah hangat di pawagam dahulu. Masa cuti semester kalau aku tak silap.

Aku guna pensel mekanikal untuk wat karikatur ni, dan aku tak puas hati bahagian tangan kiri dia yang memegang wiper. Kelihatan aku tersilap lukis ibu jarinya. Tapi, macam biasa, aku malas nak betulkan sebab time tu nak balik USMKK dah. Jadi aku buatlah seringkas yang boleh.....

p/s: terima kasih kat Hakim kerana memberi cerita ni pada aku, kalau tak, tak tahulah mana aku nak cari cerita ni.........

Wednesday, November 26, 2008

5 Comments:

lea said...

xnak komen ko nyer entry ni..
but nak bgtaw..
ko telah di'TAG'..
sila tgk kat blog aku...
nanti ko jwb soklan2 yg mcm aku jwb 2 k..
jwb taw..

chanz said...

pe r lea nih.. komen ar entri nih

ha..bangga jadi rakyat Malaysia. sanggup kita biarkan orang asing cuci bangunan kebanggaan kita, KL Tower, Petronas Twin Tower (ye ke)
kita, sendiri yg patut cuci!!

kata2 falsafah afdlin shauki

DarkArtz said...

boring le main tag ni.......
kalau tak bosan, nanti aku taip........

chanz, hahaha, lagi satu ayat dia........
"aku ada impian"........
pastu dia mula ceramah impianku.........

lea said...

ala hakim...biarlah aku xnak komen
coz sebenarnya aku xtengok pun lagi citer...huhu

btw zul, lukisan ko cantik..
best ker citer??

DarkArtz said...

nak tau best ke tak, tengok le dulu.......
kikikiki......