Lagi Empat Lagi......

Bismillah.......

Kadang-kala, jika saya tidur, saya akan bermimpi. Tak kiralah waktu apa pun, malam atau siang, asalkan tidur, kadang kala akan masuk kepada alam mimpi juga. Rasanya kamu semua pun begitu juga kan??

Cumanya, saya ni jenis yang kurang gemar bermimpi semasa tidur ni. Mimpi saya bukan seperti mimpi kamu-kamu semua. Mimpi saya macam pelik sikit. Jarang dapat mimpi yang indah-indah, banyak yang mimpi aneh-aneh, yang sedih-sedih.

Okeh, lupakan mengenai mimpi. Itu cuma satu pemanjangan entri sahaja. Sebab banyak orang tak puas hati entri saya yang lepas tu pendek sangat. Tajuk sahaja yang panjang. Sekarang, saya nak bercerita mengenai projek tahun terakhir saya (FYP).

Saya dikehendaki memeriksa kesan-kesan kelongsong peluru yang ditembak oleh beberapa pistol. Ada lima pistol dan saya kena padankan untuk kesemua kesan pada kelongsong dengan kelongsong yang lain dari pistol yang sama. Makanya, dalam pemeriksaan ni, paling kurang, saya kena padankan satu kesan pada kelongsong-kelongsong.

Alkisah, nak dijadikan cerita, saya dapat padankan untuk beberapa pistol sahaja. Ada yang tak dapat saya padankan. Terlampau susah nak dipadankan. Kesannya dah ada. Cuma tak terlalu unik untuk dijadikan sebagai padanan. Macam mana saya nak gambarkan ya. Hmmm....... Haaa, macam Chicken Chop A dan Chicken Chop B. Dua-duanya Chicken Chop tapi macam mana saya nak tahu orang yang sama masak. Faham kan??

Sambung semula. Banyak masa saya luangkan bersama kelongsong peluru tu. Sampai orang lain melancong, saya duduk dalam makmal buang perbandingan. Huhuhu…. Akhirnya saya putus asa.

Satu hari, selepas saya taip beberapa muka surat untuk tesis, saya mengantuk. Saya pun apa lagi, masuklah tidur. Dan tiba-tiba saya termimpi sesuatu.

Mimpi tu agak pelik. Tiada artis korea, tiada makanan yang sedap-sedap, tiada kereta mewah, tiada angan-angan, tiada apa-apa. Yang ada cumalah kesan extractor pada kelongsong peluru. Saya jadi pelik. Mimpi ni memang pelik. Sepanjang saya hidup, dan sepanjang saya belajar subjek forensik, tak pernah saya mimpi kesan extractor. Yang paling pelik, dalam sepanjang saya mimpi tu, hanya ada kesan extractor sahaja (saya mimpi dalam beberapa jam rasanya).

Rajah 1: Kesan extractor. (sumber: sini)

Saya bangun dengan kepelikan di benak minda yang teramat mendalam (perghhhh……. Ayat……). Tapi saya lupakan mimpi tersebut, sebab perut saya lapar. Makanan perlu dicari.

Beberapa hari kemudian, saya memeriksa kelongsong peluru yang sama. Tapi masih juga tidak ketemu dengan apa-apa kesan yang boleh dijadikan padanan.

Nak dijadikan cerita lagi, tiba-tiba saya teringat mimpi saya. Saya pun rasa macam, baik saya cuba lihat boleh dipadankan atau tak kesan extractor pada kelongsong tu. Belek-belek, tengok-tengok, tak lama kemudian, saya berjaya padankan. Betul….. saya berjaya padankan dengan menggunakan kesan extractor.

Mak aiiiiii, hairan bin ajaib rasanya. Serius saya pelik.

Saya mula terfikir, adakah saya ni seorang psikik? Adakah itu kebetulan? Adakah itu suatu yang dikatakan anomali atau rahsia alam? Yang paling jauh saya fikir, saya mungkin alien yang ada kuasa minda.

Saya tak tahu.

Cerita ini mungkin biasa bagi kamu semua. Tak scientifically method atau scientifically discussion, kata para-para saintis.

Tapi, bagi saya, apa pun mimpi tu, saya percaya, itu satu pertolongan atau ilham daripada Allah untuk mempermudahkan kerja saya.

Dan saya amat-amat bersyukur.

Serius saya bersyukur.

Alhamdulillah........



p/s: hehehehe…….. comel kan aku bila guna kata ganti nama ‘saya’??

p/s 2: hah, Che Jo, Hakim, Cik Anne. Aku dah buat entri panjang. Puas hati?? Puas hati??? Puas hatiiiiiii??? Hahahahha……..

p/s 3: Saiful ada blog baruuuuuuu..........

Monday, April 18, 2011

7 Comments:

lea said...

haha...sampai mimpi tuh...

hanisah said...

aah. comel. :P
smangat sgt wat fyp smpai termimpi2. haha.. tp btol kot yg ko ckp tu..kuasa Allah.

Quzie Fathihah said...
This comment has been removed by the author.
Quzie Fathihah said...

apa yg lagi empat??

cj'alhafiz said...

"Saya mula terfikir, adakah saya ni seorang psikik? Adakah itu kebetulan? Adakah itu suatu yang dikatakan anomali atau rahsia alam? Yang paling jauh saya fikir, saya mungkin alien yang ada kuasa minda"

yang tak statement takleh diterima akal...

"pa pun mimpi tu, saya percaya, itu satu pertolongan atau ilham daripada Allah untuk mempermudahkan kerja saya"

ini baru betul....

saya tak puas hati!! saya tak puas hati!! nak lagi...nak lagi....haha!! ko mmg guna "saya" ka slalunya???

forensik ke? said...

wau..tokwan ku ada magis~

chanz said...

ko ada ESP.....hahaa...komen seorang kaki anime okeh! what to expect!


aku sokong cj.....tak puas hati tak puas hati