Bolehlah Tahan......

Bismillah........

Sekarang baru pukul 8.48 pagi. Masih ada 10 jam 24 minit lagi nak tunggu berbuka puasa. Jadi, untuk kita mengisi masa lapang sebelum berbuka ni, bolehlah kamu semua baca entri ringkas aku.

Hari ni pun aku nak buat entri pasal makanan. Tapi tak adalah banyak gambar macam entri minggu lepas tu. Antara tujuan entri ni ditulis pun sebab nak beri entri yang lepas tu anjak ke bawah sedikit. Sebab setiap kali aku buka blog aku, aku pula jadi terliur tengok gambar-gambar makanan tu.

Kelmarin, budak ni mengaku boleh memasak nasi goreng, walaupun aku pada mulanya kurang percaya yang dia boleh memasak. Susah aku nak percaya. Saja aku pandang rendah pada dia. Kikikiki....... Jadi, dia pun tawarkan perkhidmatan memasak nasi goreng demi membuktikan yang dia mampu memasak. Kebetulan Zeila ada nasi putih yang tak habis dimakan. Nasi Zeila yang separuh periuk tak habis aku ambil, beri pada dia untuk dia masak nasi goreng tersebut, tambah pula dengan sedikit nasi Che Jo masak yang masih tak habis, dan beberapa bahan lain.

Okeh, aku dah malas nak tulis panjang-panjang. Inilah gambar nasi goreng tersebut. Saja aku tangkap sebab dah janji nak tulis entri puji nasi goreng dia menjadi. Nasib baik nasi goreng dia menjadi..... Huhuhu........

Tengok, dia siap hias lagi tu dengan timun.......


Komen Che Jo dan Ijon: SEDAP!!!

Komen aku: Bolehlah tahan....... <---- saja tak nak mengaku sedap. Hahahaha......

Maka, lepas ni, sesiapa yang ada nasi putih kosong, bolehlah beri pada dia, sebab dia masih buka perkhidmatan untuk memasak nasi goreng. Oh, sesiapa yang nak buka kedai makanan pun, bolehlah jemput budak ni jadi tukang masak.

Hahahaha, ampun ye Quzie, saja je tulis begini. Nasi goreng kau memang sedap pun. Huhuhu.......



p/s: apa barang buat entri pasal nasi goreng kan??? tapi aku dah janji........ lagipun aku tak ada idea nak tulis apa kan...... tangan gatal nak update....... huhuhu........

Wednesday, August 25, 2010

Kamu Semua Puasa Kan??? Bagus.........

Bismillah........

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Masuk hari ini, rupa-rupanya dah 5 Ramadhan dah, cepat betul masa berlalu, seolah-olah seperti baru semalam sahaja Ramadhan pertama di mana aku tertinggal sahur. Okey, abaikan bab tertinggal sahur.

Aku ingin bertanya kepada kamu semua di sini. Puasakah kamu semua pada hari ini???

Tak puasa???

Terkantoi puasa???

Tak apa, aku percaya kamu semua masih berpuasa lagi sehingga entri ini ditulis. Aku percayakan kamu semua.

Oleh kerana kamu semua berpuasa pada hari ini, aku nak ajak kamu semua cuci mata sikit sementara menunggu azan Maghrib berkumandang. Sila scroll ke bawah.
Ini namanya air suam. Bagus untuk kita amalkan meminum air suam atau air kosong di bulan puasa ini.

Ini namanya samosa. Mak aku suka buat samosa. Sedap wooo samosa yang mak aku buat.

Ini namanya kuih akok. Kuih akok pun sedap juga.

Ini namanya burger......


Ini aiskrim.......

Strawberi.......

Kek....

Gulp......

Urghhhh.....

.......
....
.







Urghhhh, sesungguhnya di bulan puasa ini, memang banyak dugaan. Aku setuju. Huhuhuhu......... Akhir kata dari aku kepada kamu semua.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
semoga kita beroleh kemenangan pada Ramadhan kali ini.......






AMARAN:
sesiapa yang baru belajar berpuasa separuh hari, atau dah jenis tak tahan tengok makanan, jangan baca entri aku kali ini. Mungkin aku terlupa nak letak amaran ini pada awal entri, tapi aku tak sengaja. Kikikiki.........

Sunday, August 15, 2010

Anjing Menyalak Menandakan???

Bismillah........

Banyak orang berkata entri aku yang lepas amat menarik hati, malah mempunyai makna tersirat, yang sukar diungkapkan. Tujuh kali baca, setiap kali tafsir, mempunyai makna berlainan. Ya, itu memang benar. Aku sebenarnya ambil masa 13 hari 9 malam untuk berfikir bagaimana membuat entri sebegitu. Itu baru tempoh fikir bagaimana nak buat, belum lagi tempoh nak membuatnya.

~Sebenarnya aku tak ada idea nak tulis apa dalam entri tu. Tapi banyak pihak suruh aku update, ditambah pula dengan kawan-kawan lain semuanya dah update, maka aku tekan butang ‘publish’ saja. Dah, abaikan bisik hati aku ni.~

Okeh, kali ni aku nak bercerita mengenai peristiwa minggu lepas. Ingin aku nyatakan dahulu, yang peristiwa ini adalah benar dan ia betul-betul terjadi. Maka, sesiapa yang lemah semangat seperti tukangmasak dan Syawal, silalah jangan baca entri kali ini.

********

Dah dua minggu aku berada di Maktab PDRM. Masih lagi belajar sambil membuat praktikal yang kini makin menimbun laporan yang masih tak dibuat. Setiap minggu paling kurang pasti ada tiga laporan yang perlu disiapkan.

Aku dan kawan-kawan seforensik tahun empat menetap di maktab ini. Dengarnya dahulu, kawasan ini agak ‘keras’ sedikit. Adalah berlaku benda-benda pelik sedikit. Alhamdulillah, ada seorang Ustaz yang bekerja di sini dah halau makhluk halus tersebut.

Minggu lepas, waktu tu baru lepas Maghrib, aku baru selesai solat Maghrib. Aku sebilik dengan Che Jo. Tapi Che Jo dah keluar pergi membeli makanan bersama Ijon. Maka tinggallah aku keseorang di dalam bilik.

Selesai solat Maghrib, aku baca Al-Quran, sementara menunggu masuknya waktu Isyak. Cuba menghabiskan beberapa mukasurat. Bacaan aku tidaklah sehebat dan sesedap teman sebilikku, malah merangkak-rangkak, tapi gigih juga aku menghabiskannya.

Tiba-tiba, semasa aku tengah mengaji, dari kejauhan, aku terdengar sayup-sayup bunyi anjing menyalak. Rasanya lebih dari seekor anjing yang menyalak. Dan salakan mereka berpanjangan.

Teringat aku pada kata-kata Ijon sebelum ni. “Anjing tu menyalak mesti sebab nampak ‘ehem-ehem’.” Apakah ‘ehem-ehem’ itu??? Fikirkan sendiri. Use your imagination, bak kata spongebob.

Dan salakan anjing-anjing tu berpanjangan. Memang panjang sebab tak sama dengan yang sebelum ni, yang salakan mereka hanya sebentar sahaja. Tapi waktu tu memang lama sedikit.

Aku terus mengaji dan meninggikan sedikit suara bacaan aku. Biasalah tu, tipikal budak penakut. Bunyi salakan masih lagi berbunyi. Tapi semakin kuat. Seolah-olah jaraknya semakin berkurang. Betul, ini tak tipu.

Dengan iman di dada yang sememangnya sedikit sangat ni, aku teruskan lagi bacaan aku. Suara aku kuatkan lagi. Bunyi salakan tetap terus berbunyi. Tapi tidak aku pedulikan. Perhatian aku tumpukan pada bacaan.

Tiba-tiba, dalam bilik tu aku rasa sejuk. Betul-betul sejuk. Sejuk hingga ke tulang. Bulu roma semua tegak berdiri. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Kenapa tiba-tiba sejuk semacam saja ni. Bunyi salakan anjing pun masih kedengaran lagi waktu tu.

Ingin aku ingatkan sekali lagi, ini kisah benar.

Bacaan aku tamat. Perlahan-lahan aku tutup Al-Quran. Aku pandang ke kiri, arah meja dan katil Che Jo. Perlahan-lahan.

Dan aku nampak………

Di atas tingkap…….

Astaghfirullah…….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

“Patutlah sejuk…… aku pasang air-cond rupanya.”

p.s : tujuan cerita ni saja aku nak beritahu kamu semua, yang bilik aku ada air-cond. Oh, aku tau aku memang jakun sebab bilik di rumah aku tak ada air-cond, dan juga bilik-bilik di USMKK mestilah tak ada air-cond kan??? Ngehehehhee…….

Sunday, July 25, 2010

Wednesday, July 21, 2010