Malam itu, langit kelam dengan kegelapan, tanpa ada sinar cahaya daripada bintang dan bulan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, membuai helaian daunan pokok yang bergantungan manja. Melenggok ke kanan, ke kiri, ke kanan, ke kiri. Seketika kemudian, titisan air hujan mula perlahan-lahan turun membasahi bumi. Suhu kian turun mendadak……
Di kala itu, penghuni Desasiswa Nurani rata-ratanya telah pun tidur diulit mimpi. Kedinginan yang menyelubungi persekitaran menggoda mereka menarik selimut. Sedap…… Enak….. Kepada yang masih berjaga, mula terasa mengantuk. Katil memanggil sayu……. Bantal empok menunggu…… Mata kian kuyu……..
Aku gagahi diri. Terus menulis perkataan demi perkataan, sehinggalah membentuk ayat, yang kemudiannya membentuk perenggan. Seketika, aku melihat rujukan di skrin laptop, dan terus menulis. Terasa ingin menyelesaikan laporan makmal malam itu juga. Kopi putih Nescafe aku teguk sebagai bius menahan mengantuk.
Hingga pukul 3 pagi, siap juga laporanku. Aku tak membuaang masa. Terus sahaja aku menyahut seruan katil yang memanggil……..
Khamis, 8.30 pagi.
Laporan aku bawa sekali bersama buku Bahasa Inggerisku, yang diselit didalamnya. Sesungguhnya kelas Bahasa Inggeris pada pagi itu teramatlah bosan kerana hanya menunggu giliran untuk interview. Aku tertidur sekali-sekala. Namun, giliran aku tetap tidak sampai. Yalah, giliran aku nombor dua dari ‘belakang’.
Sempat juga Phang membelek-belek laporanku. Huh, nak tirulah tu. Tak apa, itu pun kalau dia boleh membaca tulisan aku yang ‘cantik’ tu.
Khamis, 2.00 petang.
Aku keletihan. Aktiviti makmal Pergigian Forensik amat memenatkan. Bila habis, pulang ke bilik bergegas sembahyang Zohor sebelum ke kelas Kimia Surih. Pun letih berjalan jauh melalui padang. Akhirnya kelas Kimia Surih tiada. Dan aku bercadang nak hantar laporan aku pada hari Ahad. Sempat juga Ijon berpesan pada aku yang dia hendak meminjam laporanku.
Ahad, 9.00 pagi.
Aku terkesima. Cari di sana, cari di sini, masih tak ketemu juga. Mana laporan makmalku?? Atas meja, tiada. Atas katil, pun tiada juga. Dalam buku Bahasa Inggeris, lagilah tiada. Ahhh, sudah……
Isnin, 4.30 petang.
Aku bertanya kepada Dayah sama ada aku dah hantar laporan aku atau belum. Mungkin aku terhantar di bawah minda separa sedar, siapa tahu kan??? Tapi beliau lagilah tak tahu.
Aku telefon Ijon, sama ada dia pinjam atau tidak, kan hari tu dia kata nak pinjam. Pun jawabnya, dia tak pinjam langsung.
Adakah Phang yang meminjamnya???
Aku semakin gelabah.
Selasa, 10.00 pagi.
Aku rasa, ada baik aku terus berjumpa dengan Mr. Paneer, untuk bertanya sama ada aku dah hantar laporanku atau belum kepada beliau. Mungkin ada orang lain yang hantarkan untuk aku, mungkin ada orang terjumpa laporanku tercicir di tengah jalan, lalu menghantarnya, atau mungkin aku dah hantar pada Dayah di bawah pengaruh minda separa sedar.
Tapi Mr. Paneer tiada petang itu.
Rabu, 11.00 pagi.
Habis sudah CA Kimia Surih pada pagi ini. Ingatnya hendak berjumpa dengan Mr. Paneer bertanya mengenai laporanku.
Sebelum bersurai, Che Jo sempat berkata,
“Hari tu aku amik sesuatu dari bilik kau, lupa nak kasi tau kau.”
“Amende???” halahai Che Jo, setakat kamus aku tu, pinjamlah. Aku sebulan pun belum tentu sentuh kamus tu.
“Aku amik lab report kau.” Jawab Che Jo.
CHE JO
PENCHHUUUURIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK (sila baca dengan nada comel)
Dush, dush, dush……. (okey, yang ni sila baca dengan nada brutal)
Setelah berhari-hari aku mencari......... Huhuhu.........
p/s: bila kamu semua nak update blog??? Makin senyap bunyinya……… Aku rasa aku nak buat award lah. Bagi setiap orang daripada kamu. Supaya kamu dapat ilham nak tulis entri baru. Nantikannya……… hohoho………







