Susah Juga Nak Beri Tajuk Entri....

Bismillah........


Aku ingatkan kerja grafik untuk USMKK PC & Books Fair 2011 adalah kerja grafik terakhir aku. Rupa-rupanya tidak.

Suatu hari yang tenang, Syawal berjumpa dengan aku. Dia minta tolong aku buatkan poster untuk pertandingan futsal. Terus tak tenang jadinya hari aku. Waktu tu aku masih di fasa awal sebelum sibuk, jadi aku pun tolonglah dia.

Dalam masa pembikinan poster tersebut, aku dah berfikir habis-habisan, nak mereka bagaimana pula kali ni. Segala bahan rujukan dah aku rujuk. Ada yang cantik, tapi aku masih belum mampu buat. Akhirnya aku ingat aku nak buat poster yang serupa dengan Pertandingan Futsal & Bola Jaring Piala Pengarah dulu. Tapi aku yang jenis tak berapa suka nak ulang hasil kerja yang sama, terutamanya yang telah digunakan.

Sedang aku berfikir, tiba-tiba seorang kawan baik telefon aku. Dia minta aku temankan dia di makmal. Aku pun pergilah ke makmal. Semasa aku berjalan ke makmal, terus aku dapat idea. Kenapa tak buat yang ringkas sahaja kan??? Ringkas pun cantik juga kan???

Jadi, aku terus buat seperti poster di bawah. Gambar nampak seperti dah okey. Jadi aku tambah tajuk poster juga. pun nampak okey. Pada mulanya, aku tak mahu tulis syarat dan terma dalam poster ni sebab takut nampak serabut. Jadi, aku tulis hadiah sahaja, seperti di bawah.
Ringkas kan??? Aku rasa macam tak berapa cantik pula sebab bawah tu macam ada ruang kekosongan. Jadi, aku cuba masukkan syarat dan terma pada malam yang lain. Kebetulan, Syawal datang bersama Syafiq membawa logo-logo yang berkenaan. Jadi, hasil akhir seperti di bawah.
Dah siap untuk poster, Syawal suruh aku buat banner, banting dan nametag. Menyusahkan betul!!!! Awal-awal tak mahu cakap. Hishhhhhh........

Nasib baik dia ada tawaran yang menarik. Ngahahahahahahahhahaha......... Terima kasih Syawal.

Aku semakin suka buat kerja grafik yang seragam, sebab ia mudah dan menjimatkan masa. Hehehehe...... Nampak identitinya kan??

Tapi sayangnya, poster dan banting tak akan dicetak atas sebab-sebab tertentu. Jadi kamu tak bolehlah nak tengok. Dan nasib baik aku buat seragam kan???

p/s: di Nurani dah ada satu kedai cetak. Boleh cetak poster dan fotostat di situ. Kemudian aku ternampak khidmat cetak banner, banting, baju, sijil, dan lain-lain. Maknanya lepas ni kalau nak cetak, tak payah lah pergi jauh-jauh keluar USM. Tentang harga aku tak tahu. Hehehe.......

Tuesday, March 1, 2011

13 Comments:

hanisah said...

pasni ko leh laaa wat poster utk thesis aku lak.. plisssss.. XD

cj'alhafiz said...

yeah!! lawa dowh...ak suka....
leh tak designkan satu penanda buku untuk ak..?? hahaha!!! tetiba lak..

DarkArtz said...

nisah: aku tak pernah lagi try buat poster tesis........
kena cari rujukan dulu......
huhuhu.......
tapi kalau nak cuba boleh je......

che jo: eh???
bukan kau tak guna penanda buku ke???

cj'alhafiz said...

ha'ah..
ak lipat2 ja...tapi tu sbb ak xda penanda buku...kalo ko buat nanti ada la. so ak guna r..haha!!!

hanisah said...

haha..siyesly leh?
tp xpe..aku main2 je..
aku nk try wat sendiri, even x reti... ><"
lgpun, symposium tu dh next week. xleh ssh kan org laen last2 minit cmni. haha.. thanks neway! :D

Din_diet said...

ko memang mantaapppppp azahiri! semua cantik!

AnNe said...

tahniah sbb hasilkan kerja yang cun...
=)

btw, mmg ssah nak bagi tajuk entri... dats y la sy juz tulis tarukh je utk tajuk stiap entri...
senang...
x payah pkir lama2...
hahaha~

lea said...

sapa kawan baik ko tu??? :P

cer citer? cer citer? haha

dan yang pasti bukan che joe kan cj kan?

chanz said...

senang je bg tajuk... "TAJUK"...

ko wat je grafik sume nampak kemas

FurBall said...

wah..patut lah tny mn dia nye name atag...aku dah agak..mesti ko yg buat design nih..ahahaha...terbaik lah aza..eyh..hiri..eyh..azahiri..ehehehe..tq beriberi much!!

Doctor on Duty- Siti Soleha said...

wah..lawa siot..siot pun lawa camni..

akhirnye ade masa nak follow blog-blog.dah follow blog ni dan masukkan dalam bloglist.thanx sbb follow blog ksol dan masukkan dalm bloglist..

ksol nak request header blog lawa leh??hehe

DarkArtz said...

che jo: kau nak penanda buku yang cemana???
aku perlukan maklumat butir2 dulu......

nisah: baru aku teringin nak try wat......
hehehe......
sebab sebelum ni x pernah wat, rasa cam nak try mende baru......
hehehe........

din: terima kasih din.......
kredit kepada tuan asal gambar tersebut.......
aku cuma manipulasikan sahaja.......

DarkArtz said...

cik anne: mekasih, hehehe......
tapi cam tak best je kalau letak tarikh.......
takpe, nanti saya try wat.......
hehehe......

lea: cemana kalau aku cakap beliau budak forensik???
mesti kau takleh teka siapa........

hakim: hahahha, itu memang idea yang bernas........
nanti aku cuba.......

mus: saja je aku gurau tu.......
lagipun nametag tu mesti lah untuk AJK yang terlibat.......
aku mana terlibat, hehehehe......

kak sol: WOWWWWW!!!!!!
celebrity USMKK (kak sol) follow blog saya!!!!
gile bangga, hehehehe......
kalau nak try, boleh je, cuma masa skang ni agak sibuk skit.....
lagipun susah nak wat header sebab sebelum ni tak pernah try lagi......
tapi leh je try mende baru......
hehehe........