Entri Tahun Baru

Bismillah........

Di Facebook, di blog dan juga di mana-mana, aku lihat banyak orang yang gembira dengan kedatangan tahun 2011 yang bakal menjelma. Bermacam-macam status dan shoutout tahun baru aku jumpa, bermacam-macam gambar 2011 kawan-kawan aku di-tag, dan bermacam-macam entri tahun baru aku baca.

Aku pelik.

Selama aku hidup ni, bila nak masuk tahun baru, mesti disambut gilang-gemilang, setaraf ngan hari kemerdekaan, dan sudah pasti, lebih dari sambutan tahun hijrah.

Sebelum ni, aku ingat bila kita masuk tahun baru, tak ada apa-apa pun terjadi, cuma nombor tahun sahaja yang bertambah. Hari esok tetap sama, rasanya tak ada perubahan pun kecuali cuti. Jadi tahun ni, aku mula berfikir, mungkin ada sebab kenapa banyak orang sambut tahun baru 2011 ni.

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, internet USMKK akan jadi lebih laju…..

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, kerja FYP aku akan terus siap tanpa perlu aku menaipnya, walaupun aku tak mula lagi……

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, ada makanan yang sedap-sedap muncul atas meja aku……

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, ada awek tiba-tiba nak minta autograph aku…….

- Mungkin…….

- Mungkin…….

Wahhhhh, kalau betul, mestilah best!!!! Maka, aku pun jadi teruja. Ikut kawan-kawan aku yang dah lama teruja nak sambut 2011. Jadi, menjelang pukul 12.00 tengah malam tadi, aku berdebar-debar. Jarum jam perlahan-lahan nak mendekati nombor 12.

3 minit lagi…..

.

.

2minit lagi…..

.

.

1 minit lagi….

.

.

Bunyi bunga api!!!

Tapi, tetap tak ada apa-apa pun berlaku. Aku hampa. Tak ada pun internet USMKK jadi laju, FYP pun masih belum siap juga, tak ada pun awek minta autograph dan makanan aku tetap biskut Tiger dalam almari tu. Tak ada apa-apa perubahan.

Yang ada hanyalah Iman dan Syawal yang tiba-tiba datang bilik aku nak minta mee Mamee parasa kari aku. Cesssss………........



p/s: orang sambut tahun baru sebab mereka berharap agar tahun yang baru ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya kan?? Aku saja buat tak faham. Hahahaha…….

p/s 2: Apapun, SELAMAT TAHUN BARU!!! Hijrah dan juga Masihi… Semoga azam tahun baru kalian menjadi kenyataan........

Friday, December 31, 2010

Kelas Hari Ni Pukul 8.00 Pagi..... Awal Betul.....

Bismillah.........

Aku dah tahun keempat rupanya. Tahun terakhir. Semester terakhir. Bergelar ‘Senior’ pula tu. Tambahan ‘Hensem dan Caring’ di belakang ‘Senior’.

Berjalan ke kelas nanti haruslah penuh dengan wibawa, dan eksyen. Selipar dipakai tanda sempoi. Muka buat-buat macho nampak matang. Junior-junior yang nampak aku berjalan pun mesti kagum, lalu berbisik, “Psstttt, pelajar 4th year tu, kena hormat ni.”

Lalu diorang pun senyum sambil tunduk kepala sikit bila aku lalu di tepi.

Aku pun marah. “Apasal tak kasi salam hah??? Tak hormat senior ke???” Mesti diorang menangis teresak-esak kena marah dengan senior. Esoknya mesti dah takut nak pergi kelas, takut bertembung dengan aku lagi.

Jumpa pelajar lain, tengah cakap-cakap tak perasankan aku. Aku marah, sebab diorang tak hormatkan aku sebagai senior. Akhirnya aku kasi ceramah pada diorang selama 1 jam secara percuma. Insaf diorang, esok jumpa, terus belanja aku makan tengahari. Maksud aku, setiap hari.

Oooohhhhh, garangnya aku. Dah tahun keempat, bolehlah tunjuk garang. Baru junior rasa hormat, baru junior tak berani buat hal, baru aman PPSK, dan aman USMKK. Dan akhirnya, baru diorang menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Pendidikan tak langsung, kata orang. Perghhhh, betapa pentingnya aku untuk menjadi Senior Tahun Keempat.

………….

Hahahahahaha…….. Imaginasi yang sungguh bengong nampaknya pagi ini. Tak mungkinlah aku nak buat macam tu. Nama pun ‘caring’.

Lagipun, muka aku nampak muda macam budak SPM, mesti diorang tak sangka yang aku ni senior. Mesti diorang pun ingat aku ni pelajar tahun pertama.

Ngehehehehe………

p/s: dah lama tak buat entri baru. Banyak orang rindukan aku masa cuti dulu, setiap hari ada sahaja orang suruh aku kemaskinikan blog buat entri baru. Okey, aku tipu, aku tipu. Huhuhu......

Sunday, December 26, 2010