Nak Beri Alasan Apa Lagi.....

Bismillah.........

Bagai kanak-kanak menonton cerita Power Rangers. Bila dah syok menonton, sampai tak terkata apa lagi dah. Betulkah perumpaan ini? Namun, itulah apa yang berlaku pada aku.

Selesai solat Maghrib berjemaah, Majlis Bersama VC di teruskan lagi dengan upacara khatam Quran. Aku duduk bersila di belakang sambil termangu di sebelah Iman. Memang dah tak terkata apa dah.

Terasa sedikit kesal dan sedikit kecewa dengan diri sendiri. Kalau tak ada ego dalam diri, nak saja aku menangis di situ.

Melihat mereka yang dah khatam Al-Quran ini membuatkan aku tertanya-tanya.

"Apa yang aku buat sepanjang Ramadhan ni?"

Astaghfirullah.........

Separuh jalan pun tak sampai.

Alasan? Banyak kerja? Banyak CA? Banyak assignment? Banyak laporan? Banyak aktiviti?

Semua alasan tu tak boleh diterima sebenarnya.........

Semuanya salah aku sendiri.........

p/s: Rindu pada arwah opah. Selalu kalau tak baca Al-Quran seorang diri, aku akan temankan dia bertadarus sepanjang Ramadhan.

Tuesday, September 15, 2009

3 Comments:

Unknown said...

kalau tak habis dalam bulan puasa ni.
boleh teruskan di bulan bulan lain..
satu lagi....baca quran bukan nak cepat habis.. lagi baik kalo baca n then ko cuba nak faham gak.. apapun teruskan membaca quran...hihi

Ms. Candy said...

a'ah...
stuju dgn che joe...
=)

DarkArtz said...

hmmmm......