Lose To China, Tak Apa, Boleh Cuba Lagi

Bismillah........

Aku tak sangka. Betul-betul tak sangka. Rupa-rupanya banyak orang yang tak puas hati dengan aku mengenai entri yang lepas. Aku tak buat salah apa pun, aku cuma ber’gurau’ saja dalam entri yang lepas. (sila baca semua ayat aku ni dengan nada tak bersalah)

Ngahahahaha……

Jadi, kali ni aku nak beritahu pula bila sebenarnya keputusan kita bakal keluar. Kamu klik SINI. Ohhhh, jangan bimbang, kali ni aku dah insaf dah, tak ada niat nak buat kerja tak elok tu dah. Betul, yang ini memang aku ambil dari laman web USM. Kalau kamu tak percaya tengok alamat link tu. Yang penting keputusan bukannya keluar minggu hadapan. Hahahaha……

Entah siapalah yang pengaruh aku suruh aku kemaskini blog aku yang tak best langsung ni masa cuti. Huhuhu……..

*****

Aku minat sebenarnya pada sukan badminton. Ya, aku minat. Kenapa kamu buat muka tak percaya?? Betullah, aku minat. Cuma aku malas nak main. Itu sebab aku suka menyokong dan melihat perlawanan badminton, tapi kalau tak ada assignment nak dibuatlah. Yang paling aku suka, sudah tentulah perlawanan nak akhir-akhir tu, lagi-lagi pula Piala Thomas. Bila Malaysia berjaya masuk separuh akhir, punyalah aku gembira sampai tak dapat nak tidur, bimbang juga sebab akan bertemu China. China ni ada Lin Dan.

Dulu, kecil-kecil dulu aku suka main badminton. Aku masih lagi ingat dengan jelas, raket aku warna ungu. Harga dia aku beli lima ringgit dapat dua batang raket. Bulu tangkis pula berharga seringgit sebiji. Waktu tu kami main dengan ganas, sampai ada yang pukul guna batang la, ada yang pukul walaupun bulu tangkis tu dah jatuh tanah sampai dia naik balik, dan ada juga pukul sampai leper bulu tangkis tu (mana taknya, bulu tangkis dah jatuh, dia pergi pukul sampai leper). Main pula tak tukar-tukar sebiji tu sampailah hilang bulu-bulu pada bulu tangkis tu dibuatnya, pun main juga lagi.

Aku ingat lagi aku selalu bawa raket ke sekolah dulu, waktu tu sekolah rendah. Masa tu aku pengawas. Jadi, waktu rehat selalunya kami akan lawan badminton. Oleh kerana aku darjah enam, aku kiranya yang dah senior dan otai ni cabut lari dari tempat jagaan aku dan terus main badminton dengan budak-budak lain.

Aku masih ingat lagi, kali terakhir aku main dahulu masa aku tingkatan 1. Waktu tu aku kalah main dengan kawan aku. Dia bangga sebab dapat kalahkan aku. Terus aku tak main sampai sekarang tanda mogok.

Waktu di matrikulasi, aku lihat kawan-kawan aku banyak yang main badminton. Aku tengok saja la. Aku cuba main seorang diri dengan pukul bulu tangkis di dinding (teknik latihan biasa lawan dinding). Aku dapati dah terlalu lama aku tak main, skil tangan emas aku nampaknya dah hilang. Kecewa aku. Itu sebab aku dah tak main sampai sekarang, walaupun Wali pernah ajak main.

Tadi, aku tengok perlawanan Piala Thomas, separuh akhir, Malaysia lawan China. Fuh, penuh patriotik aku sokong Malaysia. Bulu tangkis dipukul ke kiri, badan aku ke kiri, bulu tangkis dipukul ke kanan, aku bergerak ke kanan pula. Bagi aku, Chong Wei main dengan agak baik sekali aku rasa, cuma ada sedikit kesilapan yang dia buat. Mungkin dia letih, lagipun lawan dia lagi muda dari dia. Tapi dia memang pemain yang mantap.

Oh, aku tengok perlawanan yang tu saja. Hehehe……. Sebab perlawanan sebelum tu aku sibuk baca Quran lepas Maghrib.

Akhirnya, keseluruhan, Malaysia kalah di tangan China dengan mata 3-0.

Punyalah aku kecewa.

Macam hati lumat dihiris sembilu.

Jadi, bersempena kekecewaan aku dengan berita yang sedih ni, aku nak buat pengumuman sikit.

OLEH KERANA MALAYSIA KALAH PIALA THOMAS DENGAN CHINA, AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK MAHU MENG’UPDATE’ BLOG AKU SELAMA SEMINGGU, UNTUK MENENANGKAN KEKECEWAAN AKU.

Hehehe, boleh kan??

p/s: fuh, aku dah ada alasan untuk tidak kemaskinikan blog nampaknya……. Ngehehehe……. Boleh tidur........ huhuhu........ (bajet ada ramai peminat suruh aku update kononnya, padahal tak ada siapa pun minat baca blog ni)

Friday, May 14, 2010

4 Comments:

INFINITY said...

Kata tak nak update? Apa kesss!

DarkArtz said...

dah kau tak nak tolong wat pengumuman untuk aku.......
terpaksa aku buat pengumuman sendiri......
hahahaha.........

Ms. Candy said...

haha...
pape je azahiri ni...

DarkArtz said...

cik anne, biasa la.......
saya kan suka ngarut........
uhuhuhu........