Hasil Tangan Masa Tingkatan 5 Dulu.......

Bismillah.......

Suatu ketika dahulu, aku pernah bersekolah menengah, ya, sama seperti kamu semua yang pernah bersekolah menengah. Cuma terdapat perbezaan antara sekolah menengah aku dan kamu semua. Sekolah menengah aku dahulu cumalah sebuah sekolah biasa. Bukanlah bertaraf bestari, mahupun Multimedia Super Corridor ataupun bukan sekolah berasrama penuh dan juga bukan MRSM mahupun sekolah elit apatah lagi sekolah menengah jenis Cina atau Tamil. Sekolah pondok atau Maahad pun bukan juga. Sekolah aku hanyalah sekolah menengah kebangsaan yang biasa sahaja.

Pernah sekali ketika selepas darjah enam, aku bersama seorang kawan pergi memohon sebuah sekolah agama berasrama yang kiranya terkenal di Kuala Lumpur, SMAKL, bekas sekolah menengah kakak aku satu ketika dahulu. Namun, tidak berjaya. Mungkin kerana gred Bahasa Arabku ketika UPSA dahulu ditulis dengan pen merah oleh puan Ustazah. Itu sebab kalau ada adik kamu nak masuk sekolah agama ataupun Maahad memang aku galakkan. Supaya satu hari nanti adik kamu terus berjaya dan tak jadi macam aku.

Kemudian, dari sekolah biasa, aku beralih ke Matrikulasi Perak, hinggalah sekarang di bumi USMKK. Rata-rata kawan aku di matrikulasi dan universiti semuanya berasal dari sekolah yang bukan sekolah biasa seperti aku, datang dari sekolah luar biasa. Semuanya lebih cemerlang dari aku. Mungkin disebabkan itulah aku menjadi seorang yang pemalu di kalangan kawan-kawan. Ya, pemalu dan pendiam.

Siapalah aku kan???

********

Okey, cukup pendahuluan di situ. Panjang pula pendahuluan kali ni. Aku membaca entri Huda yang ini beberapa hari yang lalu. Secara tak sengaja, aku teringat akan kisah silam aku ketika di sekolah menengah dahulu ketika berada di tingkatan 5.

Semasa aku berada di tingkatan 5, emak aku menyuruh aku mengambil subjek tambahan yang senang, a.k.a subjek elektif. Biasanya jarang pelajar sekolah aku ambil elektif ni. Kebanyakannya ambil yang teras dan mengikut aliran masing-masing sahaja. Emak aku cakap, kalau subjek yang elektif tu senang, senanglah dapat A1, dan bila senang dapat A1, cantiklah keputusan sebab bilangan A tu jadi banyak. Ya, aku setuju. Selalu pun orang akan tanya, “Budak ni dapat berapa A dalam SPM??” tapi orang takkan tanya “Subjek apa yang budak ni dapat A?” Pandai betul mak aku main psikologi.

Jadi, aku ambillah 2 subjek tambahan iaitu Pendidikan Seni Visual dan Tasawwur Islam. Kedua-dua subjek tambahan ni sebenarnya ada kisah dia. Tapi fokus aku hari ni lebih pada Pendidikan Seni Visual. Yang Tasawwur Islam tu lain kalilah aku cerita. Itupun kalau aku nak ceritakan.

Aku dahulu pelajar aliran sains. Tapi aku berminat dalam seni dan sastera. Pelajar sains, tak ada yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual, maka kalau nak ambil, kenalah ambil secara elektif. Aku, dan beberapa kawan lain yang beraliran sains ni pun bercadang sama-sama nak ambil subjek seni ni, itupun sebab cikgu cakap senang dapat A. Tergoda betul kami masa tu.

Jadi, waktu tingkatan 5 tu, sibuklah kami dengan kerja-kerja seni kami. Budak-budak lain relaks saja. Kami pula kena buat portfolio jangkapanjang, sama ada nak buat arca atau nak buat bas. Aku pilih buat arca. Arca keris. Huhuhu, agak mencabar juga buat port folio ni, sebab nak buatnya lebih daripada 20 muka surat. Huda cakap dia buat bas, kamu tanya lah dia kalau nak tahu macam mana buat bas.

Mula-mula kena lukis gambar realistik senjara tradisional. Pastu kena lukis bahan-bahan. Tak dilupakan, kena lukis cara nak buat arca tu, tu tak termasuk olahan motif 3 muka surat dan hasil dan apa-apa lagilah. Juga kena lukis bingkai di setiap muka surat kalau nak markah bonus. Itu baru portfolio, belum arca lagi. Huhuhu……

Port folio aku tu cantik woooo...... Rasa nak balik saja portfolio aku tu, tapi sekali hantar tak akan dipulangkan. Waktu tu pun aku tak ada kamera dan scanner, takleh nak tangkap buat kenangan. Yang ada pun hanyalah ini, yang ditangkap awal-awal guna kamera kawan aku, itu pun tahap permulaan, hanya ada gambar, tak ada bingkai lengkap dengan penerangan senjata.

Walaupun susah, tapi agak menarik. Arca aku, aku buat guna span, span bunga yang keras tu. Kemudian aku ukir guna pisau dan catkan span yang dah diukir tu. Ada aku tanya kawan aku yang sekolah lain, kata mereka, mereka buat guna kayu, siap ukir-ukir, bapak susah. Tegas betul cikgu diorang. Berikut adalah arca aku. Dan arca aku pun diorang tak pulangkan. Sayang betul.

Mula-mula, bila dah siap ukir atas span, kita kena cat beberapa lapis dengan cat putih atau cat kapur untuk tutup liang-liang span.

Kemudian, baru aku catkan dengan warna hitam agar nampak klasik. Aku ingat nak letak warna coklat atau biru tapi tak jadi.

Kemudian aku tambahkan warna emas, coklat, perak dan putih, untuk naikkan efek supaya nampak macam gangsa.

Peperiksaan akhir untuk Pendidikan Seni, bermula awal. Awal lagi dari subjek SPM yang lain. Soalan lukisan SPM memang keluar awal. Ia dikeluarkan awal supaya pelajar boleh praktis di rumah agar dapat buat yang terbaik dalam SPM. Aku ingat lagi aku buat soalan bertajuk tersesat dalam hutan dan akhirnya jumpa hutan cendawan gergasi dan sungai biru keunguan. Lebih kurang begitulah soalannya. Lukisan tu takkan dipulangkan lagi. Huhuhuhu……. Tak boleh aku nak tunjukkan di sini. Yang ada di sini cuma lukisan praktis yang tak berapa cantik.

Hahahaha, ini lukisan aku yang masa praktis dulu, nampak kebudak-budakan pula.

Dalam membuat suatu lukisan, aku cukup menyerah kalah kalau disuruh membuat dengan menggunakan warna air atau warna poster. Sebab tu aku tak suka catan atau melukis poster. Jeles dengan Huda sebab dia pandai catan. Hahaha……. Tapi kalau lukisan guna pensel atau pen, memang aku terer. Tapi dululah, sekarang dah berkarat.

Seperti kata atuk aku dahulu,

“Kalau minat melukis, kena terus melukis. Kalau berhenti melukis, nanti kemudian jadi susah dah nak melukis.”

Ya, apa yang dikatakannya betul. Ibarat kata ilmuwan, “Ada ilmu kena beramal dengan ilmu tu. Kalau tak beramal, karatlah jadinya ilmu tu.” Sekarang pun, tangan aku dah berkarat dah, dah tak terer melukis macam dulu…… akibat lama sangat tak melukis…….

Thursday, May 27, 2010

Anda Minat Pac-Man??

Bismillah........

Cuba kamu buka laman web Google. Hari ni (21 Mei 2010) Google Doodle menyambut ulangtahun Pac-Man yang ke 30. Kamu akan lihat seperti di bawah ni. Alahai, takkan kamu tak ingat Pac-Man yang selalu main masa kecil dulu tu...... Yang kena makan point sambil tak kena tangkap oleh 'si jahat' tu.

Oh ye, kamu boleh main permainan Pac-Man Google Doodle ni. Klik kan pada bahagian 'Insert Coin' untuk bermain permainan Pac-Man percuma ni.

Apabila kamu dah mati atau kalah, Google akan terus membawa kamu ke halaman carian mengenai Ulangtahun Pac-man ke 30.

Menarik betul Google Doodle kali ni. Ni kali pertama aku main sesuatu dekat laman web Google. Huhuhu.......

Cubalah….

p/s: aku pun tak sengaja tahu perkara ni. Tiba-tiba saja tak tersengaja buka Google. Baik cepat cuba, nanti dah pukul 12 tengah malam, dah jadi 22 Mei 2010, tak tau ada lagi ke tak. Lama dah tak main Pa-cMan. Nostalgik betul.

Friday, May 21, 2010

Lose To China, Tak Apa, Boleh Cuba Lagi

Bismillah........

Aku tak sangka. Betul-betul tak sangka. Rupa-rupanya banyak orang yang tak puas hati dengan aku mengenai entri yang lepas. Aku tak buat salah apa pun, aku cuma ber’gurau’ saja dalam entri yang lepas. (sila baca semua ayat aku ni dengan nada tak bersalah)

Ngahahahaha……

Jadi, kali ni aku nak beritahu pula bila sebenarnya keputusan kita bakal keluar. Kamu klik SINI. Ohhhh, jangan bimbang, kali ni aku dah insaf dah, tak ada niat nak buat kerja tak elok tu dah. Betul, yang ini memang aku ambil dari laman web USM. Kalau kamu tak percaya tengok alamat link tu. Yang penting keputusan bukannya keluar minggu hadapan. Hahahaha……

Entah siapalah yang pengaruh aku suruh aku kemaskini blog aku yang tak best langsung ni masa cuti. Huhuhu……..

*****

Aku minat sebenarnya pada sukan badminton. Ya, aku minat. Kenapa kamu buat muka tak percaya?? Betullah, aku minat. Cuma aku malas nak main. Itu sebab aku suka menyokong dan melihat perlawanan badminton, tapi kalau tak ada assignment nak dibuatlah. Yang paling aku suka, sudah tentulah perlawanan nak akhir-akhir tu, lagi-lagi pula Piala Thomas. Bila Malaysia berjaya masuk separuh akhir, punyalah aku gembira sampai tak dapat nak tidur, bimbang juga sebab akan bertemu China. China ni ada Lin Dan.

Dulu, kecil-kecil dulu aku suka main badminton. Aku masih lagi ingat dengan jelas, raket aku warna ungu. Harga dia aku beli lima ringgit dapat dua batang raket. Bulu tangkis pula berharga seringgit sebiji. Waktu tu kami main dengan ganas, sampai ada yang pukul guna batang la, ada yang pukul walaupun bulu tangkis tu dah jatuh tanah sampai dia naik balik, dan ada juga pukul sampai leper bulu tangkis tu (mana taknya, bulu tangkis dah jatuh, dia pergi pukul sampai leper). Main pula tak tukar-tukar sebiji tu sampailah hilang bulu-bulu pada bulu tangkis tu dibuatnya, pun main juga lagi.

Aku ingat lagi aku selalu bawa raket ke sekolah dulu, waktu tu sekolah rendah. Masa tu aku pengawas. Jadi, waktu rehat selalunya kami akan lawan badminton. Oleh kerana aku darjah enam, aku kiranya yang dah senior dan otai ni cabut lari dari tempat jagaan aku dan terus main badminton dengan budak-budak lain.

Aku masih ingat lagi, kali terakhir aku main dahulu masa aku tingkatan 1. Waktu tu aku kalah main dengan kawan aku. Dia bangga sebab dapat kalahkan aku. Terus aku tak main sampai sekarang tanda mogok.

Waktu di matrikulasi, aku lihat kawan-kawan aku banyak yang main badminton. Aku tengok saja la. Aku cuba main seorang diri dengan pukul bulu tangkis di dinding (teknik latihan biasa lawan dinding). Aku dapati dah terlalu lama aku tak main, skil tangan emas aku nampaknya dah hilang. Kecewa aku. Itu sebab aku dah tak main sampai sekarang, walaupun Wali pernah ajak main.

Tadi, aku tengok perlawanan Piala Thomas, separuh akhir, Malaysia lawan China. Fuh, penuh patriotik aku sokong Malaysia. Bulu tangkis dipukul ke kiri, badan aku ke kiri, bulu tangkis dipukul ke kanan, aku bergerak ke kanan pula. Bagi aku, Chong Wei main dengan agak baik sekali aku rasa, cuma ada sedikit kesilapan yang dia buat. Mungkin dia letih, lagipun lawan dia lagi muda dari dia. Tapi dia memang pemain yang mantap.

Oh, aku tengok perlawanan yang tu saja. Hehehe……. Sebab perlawanan sebelum tu aku sibuk baca Quran lepas Maghrib.

Akhirnya, keseluruhan, Malaysia kalah di tangan China dengan mata 3-0.

Punyalah aku kecewa.

Macam hati lumat dihiris sembilu.

Jadi, bersempena kekecewaan aku dengan berita yang sedih ni, aku nak buat pengumuman sikit.

OLEH KERANA MALAYSIA KALAH PIALA THOMAS DENGAN CHINA, AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK MAHU MENG’UPDATE’ BLOG AKU SELAMA SEMINGGU, UNTUK MENENANGKAN KEKECEWAAN AKU.

Hehehe, boleh kan??

p/s: fuh, aku dah ada alasan untuk tidak kemaskinikan blog nampaknya……. Ngehehehe……. Boleh tidur........ huhuhu........ (bajet ada ramai peminat suruh aku update kononnya, padahal tak ada siapa pun minat baca blog ni)

Friday, May 14, 2010

Untuk Pengetahuan Kamu Semua

Bismillah........

Ada orang suruh aku buat entri baru. Katanya aku berhutang padanya. Tapi aku jahat dan kejam, maka aku malas nak buat entri baru. Namun, oleh kerana aku seorang yang mudah simpati dan caring, aku buat juga entri baru pada pagi ini. Mungkin ringkas sahaja.

Dah tiga minggu rasanya sejak dari habisnya peperiksaan akhir semester. Sekejap saja masa berlalu. Rupa-rupanya dah nak sebulan dah bercuti. Forensik la, yang lain mungkin baru 2 minggu. Kenapa?? Sebab forensik habis peperiksaan awal. Okey, saja aku nyatakan di situ supaya kamu jeles, walaupun dah lama berlalu. Jahat dan kejam kan aku??

Tahu-tahu, minggu depan dah nak keluar keputusan peperiksaan. Iye, minggu depan.

Hah??

Aku tipu???

Takkkk, mana ada aku tipu.

Aku pun terkejut juga waktu mula-mula tahu hari tu. Kalau kamu tak percaya, klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut.

p/s: terima kasih pada seorang blogger tu kerana berkongsi informasi ini. Huhuhu…….

Wednesday, May 12, 2010

Haaaa, Kamu Selalu Guna Google Kan???

Bismillah.......

Aku percaya, kamu semua selalu menggunakan satu laman web ini. Laman web enjin carian Google. Ya, aku tahu, sebab aku pun selalu guna. Huhuhu….

Cari jurnal guna Google. (Budak tahun pertama USMKK)

Cari gossip terbaru guna Google. (Cik Aisyah dan Cik Nisah)

Cari buku dan lagu guna Google. (Che Jo)

Cari gambar dan jawapan soalan guna Google. (Aku)

Malah, ada juga yang cari resipi memasak guna Google. (Beliau)

Dan segala jenis maklumat lagi. Kan??? Mungkin juga ada di antara kamu yang lebih suka menggunakan enjin carian yang lain seperti Yahoo. Tapi fokus aku dalam entri pada hari ini adalah enjin carian Google. Ada satu benda menarik mengenai Google berbanding Yahoo dan lain-lain enjin carian. Mungkin kamu dah perasan mengenai perkara ini.

Semalam, selepas aku baru pulang dari Lata Tembakah, aku buka laptop dan masuk laman web Google. Tiba-tiba aku tengok logo Google dah diubahsuai seperti di bawah. Sebelum ini juga logo Google pernah berubah beberapa kali kepada bentuk yang lain tetapi identiti perkataan ‘Google’nya masih ada. Perasan tak??

Google pun sambut Hari Buruh (1 Mei).

Pengubahsuaian logo Google kepada beberapa bentuk yang lain ni dinamakan Google Doodle. Selalunya Google Doodle ni adalah pemberitahuan kepada umum mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku (cth: Hari Kemerdekaan), atau sebarang ulangtahun (cth: Ulangtahun sambutan)mahupun sambutan kelahiran tokoh (cth: kelahiran Albert Einstein).

Hari Kemerdekaan Malaysia tahun lepas.

Sambut puasa. Nampak anak bulan

Penyampaian pemberitahuan ini agak ringkas kerana ia cumalah hiasan kepada logo Google. Corak hiasannya yang ringkas membuatkan mesej dapat difahami dan disampaikan dengan baik. Malah, disesuaikan pula dengan background laman Google yang seringkali putih, membuatkan orang perasan akan pengubahsuaian logo tersebut pada suatu masa.

Ceritanya bermula apabila dua orang mamat yang mencipta Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin pergi melawat satu peristiwa yang dipanggil Burning Man Festival pada tahun 1998. Jadi, mereka ni pun letaklah satu tanda pada logo Google tu untuk memberitahu mereka pergi ke peristiwa tersebut. Sejak dari tu, banyaklah peristiwa-peristiwa lain yang sempat dirakamkan dalam logo Google Doodle ni.

Kebanyakan logo Google Doodle ni sebenarnya direka oleh satu kumpulan di bawah Google yang diketuai oleh Dennis Hwang. Kumpulan inilah bertanggungjawab menghias logo Google ni nampak lebih menarik dan kreatif. Perubahan logo Google yang dibuat mungkin hanya pada sesuatu Negara sahaja (macam hari kemerdekaan sesebuah negara), malah ada yang global, bergantung kepada sesuatu peristiwa tersebut.

Bagi aku, bagus juga sebenarnya Google Doodle ni. Kebanyakan kita selalunya sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi, dalam kita menggunakan perkhidmatan Google dalam kerja harian kita, kita dapat tahu mengenai peristiwa yang berlaku melalui logo Google Doodle ni. Malah, cara penyampaiannya yang menarik dan kreatif lebih menarik hati kita untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku. Aku juga suka kekreativiti yang disampaikan dalam Google Doodle ni.

Di bawah ni ada beberapa cerita menarik mengenai Google Dodle ni. Rasanya kamu tak tahu mengenai cerita ni.

Yang ini adalah bersempena Hari Pi Sedunia. Alaaa, yang Pi (π) yang kita belajar matematik tajuk bulatan tu, yang π=22/7 atau π=3.14. Haaa, tak sangka kan, Pi ni pun ada hari juga??

Yang ini adalah sempena Sukan Olipik 2008 di Beijing dahulu. Logo olimpik di bendera tu dijadikan huruf 'o' untuk Google.
Yang diatas ini pula adalah bersempena Sukan Olimpik 2010 di Vancouver. Yang di atas adalah sempena acara pembukaan dan yang di bawah tu adalah antara satu acara Sukan Olimpik. Ada beberapa design lagi sebenarnya untuk Sukan Olimpik ni.
Yang ini adalah bersempena pendaratan di planet Marikh.
Haaaa, yang ni semasa April Fool yang baru ni. Oh, kita tak sambut, tapi depa sambut. Yang menariknya, Google tukar nama jadi Topeka, manakala mayor kawasan Topeka mengumumkan yang nama Topeka diubah menjadi Google untuk satu hari tu. Huhuhu........

Haaaa, yang ni adalah sempena peristiwa sambutan Earth Hour. Kamu jangan ingat setakat Murni dengan Nurani sahaja yang tutup lampu, Google pun sama 'tutup lampu', bergelap macam kita juga.
Jangan ingat ini cuma kod bar biasa. Ini adalah sempena ulangtahun sambutan kod bar dicipta. Untuk pengetahuan semua, kod bar ni mengkodkan perkataan Google.

Haaaa, ada banyak lagi sebenarnya Google Doodle yang menarik, cuma kita sahaja yang tak perasan. Kalau korang berminat nak tengok semua Google Doodle boleh masuk sini.

Sunday, May 2, 2010