Bismillah.......
Wordless Wednesday (aku pun nak buat juga!!)
Posted by DarkArtz at 6:02 AM 2 comments
Labels: Promosi Kawan
Sekarang Musim Peperiksaan Rupanya....
Bismillah.......
Buka Facebook, tengok banyak orang tulis mengenai peperiksaan akhir. Ada yang cakap susah, ada yang cakap senang, ada yang beri semangat, ada macam-macam ragam la, senang cerita.
Teringat aku masa beberapa hari nak periksa dulu. Kumpul-kumpul nota yang tak cukup, belajar di merata-rata tempat konon nak cari mood sesuai, tidur lebih masa, sembang dengan senior konon nak soalan past year tapi sebenarnya menyembang je lebih dan bermacam-macam lagi.......
Sunday, June 10, 2012
Posted by DarkArtz at 7:42 AM 5 comments
Dapatkan Topup RM10 Di Sini!!!!
Masa berlalu, seorang demi seorang keluar. Hilai ketawa kian kurang. Masa main-main jadi kenangan manis. Semua akan bawa haluan sendiri.Dah rasa macam adik-beradik.
Of course lah aku adik yang paling bongsu, sebab muka aku nampak paling muda~
Tiga tahun sembilan bulan tak berentri blog ni. Patut aku genapkan empat tahun je........
Thursday, March 29, 2012
Posted by DarkArtz at 8:49 PM 1 comments
Labels: Diari Hidup
Buah Hatiku.......
Bismillah........ Biasanya dia tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam. Mak dia pun dah naik geram, bila mak dia nak tidur, mesti dia jaga. Macam tak mahu beri peluang mak dia tidur. Aku yang suka berjaga malam ni pun kiranya banyak kali juga lah bermain dengan dia. Akhir bulan Disember pula, aku balik ke Kelantan, untuk menuntut ilmu semester terakhir. Hinggalah sampai ke bulan Mei aku tak pulang-pulang ke rumah, sebab FYP yang memerlukan pemeriksaan sampel yang banyak. Dalam masa tu, tak dapatlah aku berjumpa dengan anak buah aku tu. Pertengahan bulan Mei, lepas segala urusan di USMKK tamat, aku pulang ke rumah. Jumpalah aku dengan anak buah aku yang seorang ni. Waktu mula-mula tu, dia tenung saja muka aku. Hensem sangat rasanya aku ni. Kemudian dia menangis. Menangis kuat-kuat pula tu. Meraunggggg….. Hahahaha, nampak sangat dia dah lupa pada aku. Yang tak boleh tahan tu, setiap kali budak ni datang rumah, tengok aku je, mesti menangis. Sampai keluar air mata!! Hahahahaha…… Aku pun hairan, hensem sangat ke aku ni? Tapi itu cerita lama. Sekarang, dia dah biasa dah dengan aku. Dah boleh main-main dah dengan aku. dah boleh senyum-senyum dah. Kalau mak dia ada kerja, aku lah yang kena dukung dia, bawa ke hulu ke hilir. Nama budak ni Azrin Azmairah. Gambar dia masa kecil-kecil dulu. Sebiji macam ayah dia.
Aku nak tangkap gambar, dia boleh posing pula. Perangai siapa la dia ikut ni.....
Sunday, October 2, 2011
Posted by DarkArtz at 7:54 AM 8 comments
Labels: Diari Hidup
