Entri Tahun Baru

Bismillah........

Di Facebook, di blog dan juga di mana-mana, aku lihat banyak orang yang gembira dengan kedatangan tahun 2011 yang bakal menjelma. Bermacam-macam status dan shoutout tahun baru aku jumpa, bermacam-macam gambar 2011 kawan-kawan aku di-tag, dan bermacam-macam entri tahun baru aku baca.

Aku pelik.

Selama aku hidup ni, bila nak masuk tahun baru, mesti disambut gilang-gemilang, setaraf ngan hari kemerdekaan, dan sudah pasti, lebih dari sambutan tahun hijrah.

Sebelum ni, aku ingat bila kita masuk tahun baru, tak ada apa-apa pun terjadi, cuma nombor tahun sahaja yang bertambah. Hari esok tetap sama, rasanya tak ada perubahan pun kecuali cuti. Jadi tahun ni, aku mula berfikir, mungkin ada sebab kenapa banyak orang sambut tahun baru 2011 ni.

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, internet USMKK akan jadi lebih laju…..

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, kerja FYP aku akan terus siap tanpa perlu aku menaipnya, walaupun aku tak mula lagi……

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, ada makanan yang sedap-sedap muncul atas meja aku……

- Mungkin bila tiba masuk tahun 2011, ada awek tiba-tiba nak minta autograph aku…….

- Mungkin…….

- Mungkin…….

Wahhhhh, kalau betul, mestilah best!!!! Maka, aku pun jadi teruja. Ikut kawan-kawan aku yang dah lama teruja nak sambut 2011. Jadi, menjelang pukul 12.00 tengah malam tadi, aku berdebar-debar. Jarum jam perlahan-lahan nak mendekati nombor 12.

3 minit lagi…..

.

.

2minit lagi…..

.

.

1 minit lagi….

.

.

Bunyi bunga api!!!

Tapi, tetap tak ada apa-apa pun berlaku. Aku hampa. Tak ada pun internet USMKK jadi laju, FYP pun masih belum siap juga, tak ada pun awek minta autograph dan makanan aku tetap biskut Tiger dalam almari tu. Tak ada apa-apa perubahan.

Yang ada hanyalah Iman dan Syawal yang tiba-tiba datang bilik aku nak minta mee Mamee parasa kari aku. Cesssss………........



p/s: orang sambut tahun baru sebab mereka berharap agar tahun yang baru ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya kan?? Aku saja buat tak faham. Hahahaha…….

p/s 2: Apapun, SELAMAT TAHUN BARU!!! Hijrah dan juga Masihi… Semoga azam tahun baru kalian menjadi kenyataan........

Friday, December 31, 2010

Kelas Hari Ni Pukul 8.00 Pagi..... Awal Betul.....

Bismillah.........

Aku dah tahun keempat rupanya. Tahun terakhir. Semester terakhir. Bergelar ‘Senior’ pula tu. Tambahan ‘Hensem dan Caring’ di belakang ‘Senior’.

Berjalan ke kelas nanti haruslah penuh dengan wibawa, dan eksyen. Selipar dipakai tanda sempoi. Muka buat-buat macho nampak matang. Junior-junior yang nampak aku berjalan pun mesti kagum, lalu berbisik, “Psstttt, pelajar 4th year tu, kena hormat ni.”

Lalu diorang pun senyum sambil tunduk kepala sikit bila aku lalu di tepi.

Aku pun marah. “Apasal tak kasi salam hah??? Tak hormat senior ke???” Mesti diorang menangis teresak-esak kena marah dengan senior. Esoknya mesti dah takut nak pergi kelas, takut bertembung dengan aku lagi.

Jumpa pelajar lain, tengah cakap-cakap tak perasankan aku. Aku marah, sebab diorang tak hormatkan aku sebagai senior. Akhirnya aku kasi ceramah pada diorang selama 1 jam secara percuma. Insaf diorang, esok jumpa, terus belanja aku makan tengahari. Maksud aku, setiap hari.

Oooohhhhh, garangnya aku. Dah tahun keempat, bolehlah tunjuk garang. Baru junior rasa hormat, baru junior tak berani buat hal, baru aman PPSK, dan aman USMKK. Dan akhirnya, baru diorang menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Pendidikan tak langsung, kata orang. Perghhhh, betapa pentingnya aku untuk menjadi Senior Tahun Keempat.

………….

Hahahahahaha…….. Imaginasi yang sungguh bengong nampaknya pagi ini. Tak mungkinlah aku nak buat macam tu. Nama pun ‘caring’.

Lagipun, muka aku nampak muda macam budak SPM, mesti diorang tak sangka yang aku ni senior. Mesti diorang pun ingat aku ni pelajar tahun pertama.

Ngehehehehe………

p/s: dah lama tak buat entri baru. Banyak orang rindukan aku masa cuti dulu, setiap hari ada sahaja orang suruh aku kemaskinikan blog buat entri baru. Okey, aku tipu, aku tipu. Huhuhu......

Sunday, December 26, 2010

Ini Cerita Semalam, Saja Aku Taip Hari Ni......

Bismillah........

Semalam diadakan Malam Penutupan Praktikum Forensik USM 2010/2011 dan Malam Sosial. Aku diberi tugas sebagai Event Manager (minta maaf, aku tak tahu terjemah dalam Bahasa Melayunya) yang hensem. Yup, salah satu syarat penting untuk menjadi Event Manager ialah beliau mesti seorang yang hensem dan aku amat menepati syarat utama tersebut. Kelebihan Event Manager adalah beliau tak perlu buat persembahan, maka aku pun tak perlulah menari.

Tapi tuan-tuan dan puan-puan, kerja sebagai Event Manager ni teramatlah mencabar. Perlu ke sana dan ke sini, habis semua ATP (Adenosine Triphosphate). Pergi ke sana, pergi ke sini, perah otak nak memikirkan aturcara, pergi jumpa DSP, jumpa komandan, telefon sana, telefon sini…. Haissshhhhh…..

Namun, aku agak suka kerja ni, sebab aku memang ‘orang di belakang tabir’.

*******

Okeh, tak mahu bercerita mengenai tugas Event Manager. Aku nak bercerita sedikit mengenai sedikit hasil kerja aku pada malam tu. Nama pun Studio Seni, kenalah bercerita pasal hasil tangan juga.

Lia seorang budak perempuan bersuara Nobita, namun tugasnya lebih sibuk dari aku. Jadi, satu hari, dia kelam-kabut. Dia terpaksa minta tolong aku. Tolong designkan button badge.

Mula-mula aku nak tolak, sebab dari awal semester ni aku tak sentuh dah Photoshop. Kemahiran Photoshop aku mesti dah berkarat. Tapi Lia sikit lagi nak menangis guling-guling, jadi aku tolong juga dia. Namun, hasil kerja aku kali ni taklah cantik sangat. Aku hanya dapat siapkan tiga design ringkas sahaja sebab masa tak cukup.

Design pertama - tak ada idea....
Design kedua - guna jigsaw puzzle........

Design ketiga - Yang ni ringkas, aku suka yang ni...... hehehe.......

Dan design kedua telah dipilih oleh semua rakan-rakan seforensik.

Okeh, cerita tambahan.

Malam semalam, seperti mana-mana majlis makan malam yang lain, mestilah ada satu aktiviti yang dinamakan Cabutan Bertuah. Button badge digunakan dalam cabutan bertuah, dengan nombor dilekatkan di belakangnya.

Cabutan bertuah semalam ada lima buah hadiah sahaja. Sebaik sahaja aktiviti cabutan bertuah bermula, mana-mana button badge yang orang ambil, aku kumpulkan. Tak baik membazir. Ada lima button badge aku kumpul.

Bila MC sebutkan nombor bertuah, satu pun tak kena. Kecewa aku dbuatnya. Rasa nak sabotaj je MC malam tu. Tiga hadiah utama yang besar dah pun orang lain tawan, sementara aku pula, satu nombor pun tak kena. MC ni memang dah komplot tak mahu aku menang kot, tu yang dia tak panggil nombor aku.

Kemudian MC buat cabutan bertuah cara lain. Cara baru, yang lebih canggih dan berteknologi. Caranya sesiapa yang dapat menelefon MC tu lebih awal daripada orang lain, dia akan dapat hadiah. Okeh, aku pun cuba nasib aku.

Cabutan pertama, aku tak berjaya nak telefon MC tu lebih awal, jadi kalahlah jawabnya. Cabutan kedua, dengan semangat dan sorakan yang diberikan oleh Che Jo dan Amirah Daniel, aku pun telefon nombor yang diberikan. Berdebar aku menunggu keputusan.

Kemudian MC umumkan, yang aku berjaya menjadi pemanggil terawal.

YESSSSSS!!!!!!! Aku menang!!!!!!!!

Muahahahahhahahahahahhahahahahahahahahahahhaha………..

Bila aku ke depan ambil hadiah, semua kawan-kawan lain tengok aku dengan perasaan jeles. Hahahahaha, aku gurau saja. Aku dapat hadiah kecil, yang akhirnya aku kongsi bersama semua kawan-kawan seforensik. Oh, baiknya aku. Huhuhu…. (perasan betul)

Hadiah sekotak jeli mangga ngan coklat Nips. Bawah tu fail yang MPDRM berikan, dan kanan tu badge button yang Lia dah siapkan kat kedai.

Huhuhu, nampaknya aku dah berjaya menang banyak hadiah cabutan bertuah. Che Jo pula tak pernah menang-menang lagi. Muahahahaha……….

Apapun, bagi aku, malam semalam memang malam yang menjadi kenangan manis bersama rakan-rakan seforensik, selain dari Installation Night yang diadakan semester lepas.

Inilah roomate aku semester ni.....

Ini pula rakan-rakan seforensik. Ada yang tiada di dalam gambar. Minta maaf, sebab aku tiada gambar kita ramai-ramai.

Terima kasih kawan-kawan, jumpa lagi semester hadapan……


Tuesday, November 23, 2010

Geng Forensik Semua, Tolong Respon, PENTING!!!

Bismillah........

Nota banyak sangat, sampai rasa malas nak baca (aku lah tu).


BOLEH TAK POSTPONE FINAL EXAM??

Lewatkan lagi seminggu ke......
JKM dengan PDRM kan baik, mesti diorang kasi kan???

Tuesday, November 2, 2010