Raya Sambil Mengemas Bilik....

Bismillah.......

Aku pernah melawat rumah pak cik saudara aku, pada hari raya Eidulfitri yang lepas. Kebetulan waktu kami tiba di sana, waktu zohor baru saja masuk. Maka aku menumpang sembahyang di bilik salah seorang anaknya.

Waktu aku masuk dalam biliknya, satu sahaja perkataan yang boleh aku ungkapkan. Bukan, dua perkataan. KEMAS GILA. Sahaja aku tambah perkataan ‘gila’ untuk menampakkan versi yang lebih advance daripada ‘kemas’.

Malah, aku boleh katakan, biliknya kalau dibandingkan dengan bilik aku sendiri, bilik aku dah nampak macam stor. Bukan di rumah sahaja, malah di asrama pun sama. Jadi, selepas pulang sahaja dari rumah pak cik aku, aku berazam nak kemas bilik aku, di rumah dan juga di asrama.

Sayangnya masa memang mencemburui aku, aku tak sempat mengemas bilik aku di rumah, kerana cuti raya hanya seminggu. Tapi aku selalu mengemas bilik aku di asrama, seminggu sekali. (okey, jangan kira semasa peperiksaan, sebab waktu peperiksaan, jangan kata bilik, diri sendiri pun tak terurus. Nota menimbun atas meja tak usah ceritalah.)

Jadi, semalam, aku mengambil inisiatif untuk mengemas semula bilik aku yang dah macam stor ni. Maka, banyaklah barang-barang lama yang aku jumpa. Rupa-rupanya aku ni suka kumpul sampah. Banyak benda mengarut aku kumpul.

Salah satu keputusan aku yang drastik, adalah membuang majalah-majalah lama, majoritinya adalah KREKO dan ARENA.

Cerita mengenai dua majalah ini, aku mengaku yang aku sememangnya membesar dengan komik, lebih daripada membesar dengan suratkhabar. Sepanjang aku membeli komik, KREKO lah yang paling lama sekali aku setia. 

Aku mula minat dan membeli KREKO sejak dari isu 100. Kebetulan edisi bumper. Waktu tu beli sebab nak baca Cardcaptor Sakura (terpengaruh dengan kakak aku.) Lama-kelamaan, aku mula tertarik dengan cerita lain, seperti Naruto, Red Eyes, Yu Gi Oh dan lain-lain. 

Haaa, KREKO edisi 100, bukan senang nak cari dah sekarang......

Yang ini pula edisi 200......

Waktu yang paling aku minat dan paling tak sabar nak beli sekali adalah ketika cerita Eyeshield 21 dan Death Note tengah popular. Kalau aku tak silap, masa tu tingkatan 5. Tak sabar-sabar nak tunggu edisi seterusnya. Waktu matrikulasi, lagi gila. Koperasi tempah 20 keping KREKO, berebutlah diorang nak membelinya. Selalunya hari pertama dijual tu dah habis. 

Tapi sejak masuk USM, aku dah mula jarang membeli KREKO. Sebabnya masa yang terhad dan poket yang rabak. Hehehe...... antara sebab lain, aku dah dewasa, dan kalau nak baca, baca sahaja di internet.

Laaa, aku dah menyimpang dah rupanya, berbalik pada mengemas bilik, aku kumpulkan semua majalah yang nak dibuang.

Habuk berterbangan..........

Aku terbersin.......

Peluh memercik.........

Tangan berdebu.........

Hasilnya, inilah jumlah yang aku nak buang. 


Bila fikir semula, aku rasa sayang nak buang, bukan apa, terlalu banyak jasa mereka kepada aku, (aku belajar melukis dari KREKO, hinggakan subjek Seni SPM aku pun aku lukis L dari Death Note). Yang paling sayang sekali, duit yang aku dah belanjakan beli semua majalah ni.
Jadi, aku bertanya dahulu kepada kamu semua. 

Sebelum aku buang atau aku jual, ada tak yang nak KREKO dan ARENA KOMIK aku ni? 
Aku ingat kalau aku jual pada pembeli suratkhabar lama, berapa ringgit je yang aku dapat balik, atau mungkin hanya puluh sen sahaja. Kalau aku bagi orang, orang baca atau buat koleksi pun dah kira okey rasanya.

Sesiapa yang nak sila hubungi aku secepat mungkin sebelum aku buang. 

Oh ya, bayar le sikit duit. Hehehe...........

p/s: rasanya dah terlambat satu hari, tapi aku tetap nak ucapkan 

SALAM ‘EIDIL ADHA

Kepada semua pembaca blog ini.


Friday, November 27, 2009

Aku Download Cerita dan Aku Tonton Cerita Tersebut.

Bismillah.........

Sedar tak sedar, lima hari dah cuti. Sebenarnya aku tak sedar pun hari ni dah masuk hari Selasa. Kenapa? Sebab sedap sangat dengan tidur. Bukan apa, tidur qadha. Tak ada? Aku tak peduli.

Apapun, semasa cuti ni, jangan ingat aku cuma tidur sahaja. Ada beberapa kerja lain lagi yang aku buat. Antaranya adalah memuat turun cerita (download) dan menonton sambil ketawa seorang diri. Sebab itulah aku tak update blog ini. Seronok sangat layan cerita.

Jadi, supaya kamu semua yang berada di rumah masing-masing yang tertanya-tanya cerita apa yang aku dah tengok, bolehlah teruskan membaca entri ini. Kalau tidak, bacalah juga sebagai mengisi masa lapang. Bukan ada kerja apa pun kan di rumah??? Hehehe........

Kamu dah tengok ke cerita-cerita ni? Kalau belum, aku takkan ceritakan pengakhirannya, takut nanti kamu kata spoiler. Kalau sudah, pun aku takkan ceritakan pengakhirannya, kamu fahami sendiri apa yang aku tulis. Huhuhu.....
Pertama, aku dah tengok cerita Papadom, lakonan Afdlin Shauki dan beberapa orang pelakon lain yang aku tak kenal. Katanya pelakon baru sebab muda. Tak apa, tak penting. Yang penting, filem ni menarik. Lebih menarik 5 kali ganda dari filem Setem. (pada pendapat aku la). Mungkin kalau cerita Afdlin aku lebih suka cerita perlahan dan bersifat kehidupan.......

Pengajaran: cerita ni buat aku terfikir dengan amat mendalam, apakah rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang. Dan kita yang bakal menjadi ibu dan bapa ni (kamu le, aku takde awek lagi, ahakz) terlalu bimbang dengan apa yang bakal terjadi pada anak-anak kita, padahal anak-anak kita tak tau pun keprihatinan kita. Ambil kata mudah, kamu ingat ke pada ibu bapa kamu ketika sedang berada di dewan kuliah sebagaimana diorang ingat pada kamu?


Kedua, aku layan cerita Flash Forward, cerita bersiri genre sains fiksyen dan misteri. Cerita ni baru lagi dan masih belum ditayangkan di televisyen Malaysia, namun bagi aku, cerita ini agak menarik kerana aku suka sains fiksyen ringan dan misteri. Satu hari, seluruh manusia di dunia tiba-tiba pengsan dalam masa 2 minit 17 saat (aku tak pasti, nanti aku confirmkan). Ekoran dari tu, semua manusia yang pengsan ni nampak diri mereka pada masa hadapan bertarikh 29 April 2010 (pun aku lupa, nanti aku confirmkan). Masalah berlaku bila watak utama kita cuba menyiasat puncanya daripada bayangan masa hadapan dia dan mendapati beberapa masalah besar timbul.

Pengajaran: cerita ni walaupun bersifat ramalan, namun tetap menunjukkan reaksi manusia kepada sesuatu yang dikatakan bakal berlaku. Betapa lemahnya manusia. Aku beri contoh, andai kata kita dapat nampak masa depan korang yang ‘gelap’, menunjukkan kita dah mati menjelang April 2010. Apa yang kita akan buat? Namun, bukan semua perkara tak elok mengenai bayangan masa hadapan, sebab semuanya memberikan satu harapan kepada mereka semua, sama ada berharap agar tidak berlaku, atau berlaku.


Ketiga, cerita bersiri jepun, Zeni Geba. Pelakonnya adalah pelakon cerita Death Note, watak L, aku tak tahu nama dia apa. Kali ni, dia bukan lagi good guy, tapi bad guy. (Nisah, kau jangan tengok, pengsan karang) Apapun, cerita ni agak psiko sedikit. Kemiskinan yang dialaminya terlampau teruk hinggakan dia kehilangan orang yang tersayang, dan dikhianati dan akhirnya sanggup bunuh orang demi duit.

Pengajaran: sedang kita makan nasi 2 pinggan di rumah masa cuti ni dengan lauk ayam goreng rangup dan juga dalca dan juga pencuci mulut buah, sambil kening terangkat memakannya (perghh...), kita tak tahu betapa banyaknya orang miskin di luar sana. Jangan terkejut kalau ada orang miskin sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana duit. Memang cerita ni agak psiko, tapi aku rasa kasihan pada watak utamanya. Dia berjaya bolot duit, tapi dia tak berjaya menguasai duit, sebaliknya duit yang menguasainya.



Keempat dan kelima, aku ringkaskan sebab aku dah mula letih menulis, aku tengok cerita Battle For Terra dan Wall E. Kedua-duanya filem animasi dan kedua-duanya agak menyentuh hati.

Pengajaran: satu sahaja yang serupa dalam kedua cerita ini yang buat aku terfikir, betapa manusia ni akan menghancurkan bumi pada masa akan datang. Akhirnya bila bumi dah tak ada apa, manusia terpaksa tinggal di angkasa lepas, hingga sanggup menjajah planet orang. Weih, robot Wall-E pun ada perasaan, kita?

Ada banyak lagi cerita yang aku tengok, tapi ini sahaja yang aku rasa nak kongsi kepada semua. Kalau nak kongsi cerita lain, rasanya kamu pun muak nak baca.

Akhir kata, semua cerita ada pengajarannya (kecuali cerita Charlie Angel), dan aku percaya, pengarah filem bukan sahaja nak bagi filem dia laku di pasaran, tapi juga nak sampaikan mesej kepada semua penonton. Yalah kan, kalau nak laku di pasaran, memang tak laku mana pun sebab aku asyik download je, tak beli yang original pun. Kikikiki..........

p/s: cuti ni rasa nak tengok filem animasi, terutamanya keluaran Pixar. Sekarang tengah mencari.

Monday, November 23, 2009

Pabila Tangan Menggenggam Kekalahan........

Bismillah..........

Ini adalah satu kisah benar. Yang benar-benar berlaku pada aku.

Kepada kamu yang tak mahu ambil tahu mengenai aku, jangan teruskan membaca kerana entri ini mungkin membuatkan anda terasa sayu.

Dan aku tak tahu nak ceritakan permulaannya dari mana. Terus-terang aku katakan, aku bukanlah seorang penulis atau pencoret yang hebat hingga kamu-kamu yang berkunjung ke blog ini terus gian membaca entri aku sebanyak 17 kali.

Tapi aku cuba juga ceritakan pada korang.

Kisahnya bermula pada minggu lepas. Hari Khamis malam jikalau aku tak tersilap. Kalau silap, tolong betulkan aku. Malam itu, dengan rasa malas aku dan Che Joe turun juga ke Dewan Nurani untuk menghadiri mesyuarat berkaitan dengan Forensic Installation Night.

Aku tamatkan cerita mengenai mesyuarat tersebut dengan aku hanya mendengar kandungan mesyuarat tersebut sebanyak 15% sahaja. Selebihnya tumpuan aku fokus kepada tarian yoyo cina dan bersembang dengan Che Jo, Fadh dan Phang. Siap bergambar lagi dengan Fadh. okey, tamat mesyuarat.

Korang dah nampak sebarang perkaitannya dengan entri aku? Belum? Tak mengapa, memang tak ada kaitan pun. Saja aku cerita sebagai intro.

Aku balik ke bilik. Dan aku dikunjungi oleh seorang pengarah MPD yang sporting, Encik Anwar kita. Datangnya ke bilik aku memberi perkhabaran kepada aku, betapa satu berita buruk dah berlaku pada aku.

Berita yang disampaikannya tak lain tak bukan adalah mengenai logo yang telah dipilih oleh Tuan Haji sebagai pemenang mencipta logo Desasiswa Nurani, yang pernah aku nukilkan dalam entri dahulu. Kamu ingat tak? Tak tahu? Nampak sangat kamu pembaca yang tak ambil serius dengan tulisan aku. Huhuhu.......

Apa yang sedehnya?

Katanya tempat pertama digondol oleh Kamail Hatif. 

Arrgghhhh, ini bermakna aku dah kalah. Haduh, saat selepas Anwar beritahu tu, aku terus hantuk kepala aku ke meja sebanyak 26 kali sampai retak meja aku. Serpihan-serpihan kayu jatuh ke lantai bersama darah beroksigen aku. Okeh, aku tipu. Takde kerja aku nak frust sampai begitu. Hehehe.........

Sebenarnya sejak dari awal lagi aku dah agak dah, Kamail ni pasti menang sebab logo dia ringkas dan nampak dinamik. Kalau aku jadi hakim pun, mungkin aku dah pilih logo dia kot antara logo-logo lain. Tapi aku bukan hakim, dan aku tak beritahu sesiapa pun, sebab tak baik bias dengan peserta lain.

Aku pun masuk juga. Aku buat beberapa design gak. Tapi aku masuk sebab nak sijil dan merit percuma. Hahaha......... Kalau menang, kira bonus lah tu.

Inilah logo yang telah mengalahkan aku dan peserta-peserta yang lain. Logo ni telah dilakukan beberapa pembaikan, dan akan aku uploadkan pada masa akan datang untuk korang lihat.

Logo pemenang kita.


Lakaran logo aku yang aku buat (yang kalah) dalam buku sketch aku (yang kiri ye, yang lain tu benda lain) Saja aku tak nak tunjuk yang aku dah buat, sebab malu. Hehehe........

p/s: atas sebab tertentu, aku dah ubah sikit kandungan entri ni. Dah jauh tersasar sebenarnya.

Wednesday, November 18, 2009

Nak Lagi Ke.....



Bismillah.........

Alhamdulillah, tamat lagi satu kertas, Komunikasi dan Perkembangan Diri. Walaupun masa mulanya lewat sedikit, tapi masa keluarnya tepat selepas sejam berlalu.










Apapun..........










Aku rasalah..........










Aku dah tersenyum sampai ke telinga............










Kerana berlaku beberapa perkara yang tak aku sangka........










Betul-betul tak sangka........










Korang nak tahu apa dah jadi???










............










Sudahlah tu, mari kita teruskan membaca nota untuk kertas terakhir kita.










Aku dah lebih bersemangat 100 kali ganda dah ni..........










Kikikiki.........











p/s 1: Kredit pada tukangmasak sebab aku tiru gaya tulisan dia. Walaupun tak sehebat dia lagi.

p/s 2: kalau korang nak tau gak apa jadi, bacalah cerita Bakuman, dalam 10 episod yang terawal.

p/s lagi : Komik Detektif Conan 65 dah keluar. Mari kita enjoy sebentar. Kikikiki.........

Sunday, November 15, 2009