Entri Terakhir.... Mungkin...

Bismillah.....

Lama sangat dah tak berentri blog ni. Mungkin dah patut aku tamatkan blog ni....

Blog yang penuh dengan pengalaman aku satu ketika di universiti dahulu. Yang penuh dengan kisah yang menarik dan kisah yang tak berapa aku suka.....

Pada mulanya, blog ini saja aku kongsikan pengalaman dan hasil-hasil aku ketika di universiti dahulu. Aku pelajar Sains, tapi berminat dengan seni. Jadi adalah beberapa entri mengenai seni.

Bila zaman universiti dah tamat, tak ada lagi hasil karya. Sampaikan Adobe Photoshop pun dah dekat setahun lebih aku tak sentuh.

Tujuan aku satu saja, nak memanfaatkan pembaca dengan karya atau pengalaman aku. Agar mereka boleh guna dan belajar dari kesilapan aku. Oh ada lagi satu tujuan, aku suka buat entri rileks kepada rakan-rakan yang membaca. Itulah sebabnya banyak entri mengarut bodoh-bodoh daripada aku. Sekadar nak melihat senyuman orang yang membaca......


Walaupun memang tak ada orang baca blog aku pun. Hehe.

Andai aku yang sekarang terus menulis, mungkin aku dah keluar dari fokus tujuan blog ni.

Okey...

Sekarang tutup blog lama, dan buka blog baru! Buka buku baru! Tulis bab hidup yang baru. Kalau korang hebat, cubalah cari blog baru aku. Itu pun kalau wujud. Hak3!!

Sempena dengan itu, aku mohon kemaafan atas segala penulisan yang mungkin membuatkan korang terasa selama ini. Dan aku pohon kemaafan daripada korang jika ada kesilapan dan kesalahan yang aku dah buat. MINTA MAAF.......

Yang benar,
DarkArtz

p/s: aku tak berniat nak tutup blog, jadi baik dibiarkan sahajakan? Mana tahu ada orang nak membacanya lagi....

p/s: banyak rakan-rakan blog se-USM dahulu dah tutup blog masing-masing. Ataupun dah tukar link blog mereka (dan aku tak tahu). Aku rindu nak baca nukilan mereka.....


Friday, May 24, 2013

5 Comments:

zAhIdA ALi said...

alaaaaaa pakcik...
kat mana lagi aku nak baca alkisah kau nanti..haha

hydrogenbond said...

Mula2 tgk nmpk aza ada post trus excited skali tgk kata nk tamatkan plak..sedih...wat la pape crita...jgn pencen trus...

syedzran said...

jgn la pencen jugak.. tengok aku, tetap berusaha dengan karya aku jugak.. :P

chanz said...

uish...ada blog baru derr??

biar je blog takde entri, jgn la offkan

-me- said...

Semorang xmo awak tutup blog. Siap rasa sedih lagi. Jadi apa kata awak buat sesuatu untuk hargai kami semua, si pembaca setia blog awak. Cam update blog setiap bulan ke? Hehe.. :)