Buah Hatiku.......

Bismillah........

Aku ada seorang anak buah. Perempuan jantinanya. Lahir bulan November tahun lepas. Masa tu dia kecil lagi. Biasalah kan, budak baru lahir memang kecil, mana ada yang besar.

Biasanya dia tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam. Mak dia pun dah naik geram, bila mak dia nak tidur, mesti dia jaga. Macam tak mahu beri peluang mak dia tidur. Aku yang suka berjaga malam ni pun kiranya banyak kali juga lah bermain dengan dia.

Akhir bulan Disember pula, aku balik ke Kelantan, untuk menuntut ilmu semester terakhir. Hinggalah sampai ke bulan Mei aku tak pulang-pulang ke rumah, sebab FYP yang memerlukan pemeriksaan sampel yang banyak. Dalam masa tu, tak dapatlah aku berjumpa dengan anak buah aku tu.

Pertengahan bulan Mei, lepas segala urusan di USMKK tamat, aku pulang ke rumah. Jumpalah aku dengan anak buah aku yang seorang ni.

Waktu mula-mula tu, dia tenung saja muka aku. Hensem sangat rasanya aku ni. Kemudian dia menangis. Menangis kuat-kuat pula tu. Meraunggggg….. Hahahaha, nampak sangat dia dah lupa pada aku.

Yang tak boleh tahan tu, setiap kali budak ni datang rumah, tengok aku je, mesti menangis. Sampai keluar air mata!! Hahahahaha…… Aku pun hairan, hensem sangat ke aku ni?


Gambar dia masa kecil-kecil dulu. Sebiji macam ayah dia.

Aku nak tangkap gambar, dia boleh posing pula. Perangai siapa la dia ikut ni.....

Tapi itu cerita lama. Sekarang, dia dah biasa dah dengan aku. Dah boleh main-main dah dengan aku. dah boleh senyum-senyum dah. Kalau mak dia ada kerja, aku lah yang kena dukung dia, bawa ke hulu ke hilir.

Nama budak ni Azrin Azmairah.

Sunday, October 2, 2011

Akhirnya Habis......

Bismillah.......

Akhirnya tamat juga tahun keempat. Sebenarnya hari tu lagi dah habis, tapi hari ni habis berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.

Masa malam BBQ hari tu, aku tak rasa apa sangat. Tak ada sedih mana pun. Tambah lagi duduk dekat dengan Hafiz malam tu, memang takkan menangis lah. Tapi bila malam ni, jumpa balik kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dari kursus lain (rata-rata duduk di Desasiswa Murni), baru rasa sayu sikit. Rasanya dah lama tak duduk sembang-sembang, bergelak ketawa.

Kenny nak balik hari Selasa. Alvieno pun. Syazwan balik pagi ni. Lukman nak sambung master, tapi agak sadis. Hafiz dah dapat idea baru. Hanif nak jadi RA. Din pun, dengarnyalah. Hakim malu-malu. Terk cuba korek rahsia. Che Jo dah tersenyum lebar (mungkin). Azmir tetap istimewa. Dan kawan-kawan yang lain..... (tak dapat nak cerita semua)

Sedikit hasil tangan untuk dijadikan backdrop. Mungkin kali yang terakhir di USMKK. Mungkin. Siapa tahu kalau ada tempahan budak-budak junior USMKK akan datang. Hehehehe. Tapi takkan ada dah kot. Mungkin lepas ni aku tak akan sentuh Adobe Photoshop dah kot. Mungkin Studio Seni Ku ni tak ada hasil tangan dah. Mungkin. Siapa tahu kan.......

Kawan-kawan, sahabat-sahabat semua,

Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Aku bukanlah budak yang baik. Bukan juga budak yang pandai mengambil hati dan membodek. Maafkan aku jika ada silap dan salah. Yup, aku insan yang banyak buat silap dan salah. Mungkin lebih banyak dari kamu semua.

Semoga kita tak lupa kawan dan sahabat masing-masing. Semoga selepas ini, setiap dari kita akan berjaya. Setiap dari kita mendapat kesudahan yang baik. Dan semoga kita semua akan menjadi yang terbaik selepas ini.

InsyaAllah........

p/s: aku perlu berubah........

Saturday, May 7, 2011

Satu Lagi....... Terakhir........

Bismillah........


Che Jo, muahahahahahahahahhaahhahaahahahhaaaaa...............

Ternyata aku lagi hebat dari Che Jo....

Dan akhirnya slide aku masih belum siap dok melayan permainan ni.......





p/s: Terima kasih pada cik Mimie Aurora sebab atas tribute anda...... walaupun aku cuma murid biasa.......

Monday, May 2, 2011

Lagi Tiga..........

Bismillah..........

"Kau guna logo lama ke baru untuk draf tesis??"

Figure 1: Logo lama.......

Figure 2: Logo baru......


Dah lama aku perhatikan perbezaan antara kedua-dua logo USM ni. Hampir sama tapi tak serupa. Namun kedua-duanya tetap melambangkan USM.

Cuma hati aku lebih tertarik kepada logo USM yang lama.

Moga untuk hard-cover tesis nanti tak dimestikan guna logo baru......


Bukan nak kata logo baru tak cantik, cuma......

Huhuhu.......



p/s: kamu semua pelajar USM??? Kamu tahu makna-makna di sebalik logo USM ni tak?? Hehehe.......


Tuesday, April 26, 2011

Lagi Empat Lagi......

Bismillah.......

Kadang-kala, jika saya tidur, saya akan bermimpi. Tak kiralah waktu apa pun, malam atau siang, asalkan tidur, kadang kala akan masuk kepada alam mimpi juga. Rasanya kamu semua pun begitu juga kan??

Cumanya, saya ni jenis yang kurang gemar bermimpi semasa tidur ni. Mimpi saya bukan seperti mimpi kamu-kamu semua. Mimpi saya macam pelik sikit. Jarang dapat mimpi yang indah-indah, banyak yang mimpi aneh-aneh, yang sedih-sedih.

Okeh, lupakan mengenai mimpi. Itu cuma satu pemanjangan entri sahaja. Sebab banyak orang tak puas hati entri saya yang lepas tu pendek sangat. Tajuk sahaja yang panjang. Sekarang, saya nak bercerita mengenai projek tahun terakhir saya (FYP).

Saya dikehendaki memeriksa kesan-kesan kelongsong peluru yang ditembak oleh beberapa pistol. Ada lima pistol dan saya kena padankan untuk kesemua kesan pada kelongsong dengan kelongsong yang lain dari pistol yang sama. Makanya, dalam pemeriksaan ni, paling kurang, saya kena padankan satu kesan pada kelongsong-kelongsong.

Alkisah, nak dijadikan cerita, saya dapat padankan untuk beberapa pistol sahaja. Ada yang tak dapat saya padankan. Terlampau susah nak dipadankan. Kesannya dah ada. Cuma tak terlalu unik untuk dijadikan sebagai padanan. Macam mana saya nak gambarkan ya. Hmmm....... Haaa, macam Chicken Chop A dan Chicken Chop B. Dua-duanya Chicken Chop tapi macam mana saya nak tahu orang yang sama masak. Faham kan??

Sambung semula. Banyak masa saya luangkan bersama kelongsong peluru tu. Sampai orang lain melancong, saya duduk dalam makmal buang perbandingan. Huhuhu…. Akhirnya saya putus asa.

Satu hari, selepas saya taip beberapa muka surat untuk tesis, saya mengantuk. Saya pun apa lagi, masuklah tidur. Dan tiba-tiba saya termimpi sesuatu.

Mimpi tu agak pelik. Tiada artis korea, tiada makanan yang sedap-sedap, tiada kereta mewah, tiada angan-angan, tiada apa-apa. Yang ada cumalah kesan extractor pada kelongsong peluru. Saya jadi pelik. Mimpi ni memang pelik. Sepanjang saya hidup, dan sepanjang saya belajar subjek forensik, tak pernah saya mimpi kesan extractor. Yang paling pelik, dalam sepanjang saya mimpi tu, hanya ada kesan extractor sahaja (saya mimpi dalam beberapa jam rasanya).

Rajah 1: Kesan extractor. (sumber: sini)

Saya bangun dengan kepelikan di benak minda yang teramat mendalam (perghhhh……. Ayat……). Tapi saya lupakan mimpi tersebut, sebab perut saya lapar. Makanan perlu dicari.

Beberapa hari kemudian, saya memeriksa kelongsong peluru yang sama. Tapi masih juga tidak ketemu dengan apa-apa kesan yang boleh dijadikan padanan.

Nak dijadikan cerita lagi, tiba-tiba saya teringat mimpi saya. Saya pun rasa macam, baik saya cuba lihat boleh dipadankan atau tak kesan extractor pada kelongsong tu. Belek-belek, tengok-tengok, tak lama kemudian, saya berjaya padankan. Betul….. saya berjaya padankan dengan menggunakan kesan extractor.

Mak aiiiiii, hairan bin ajaib rasanya. Serius saya pelik.

Saya mula terfikir, adakah saya ni seorang psikik? Adakah itu kebetulan? Adakah itu suatu yang dikatakan anomali atau rahsia alam? Yang paling jauh saya fikir, saya mungkin alien yang ada kuasa minda.

Saya tak tahu.

Cerita ini mungkin biasa bagi kamu semua. Tak scientifically method atau scientifically discussion, kata para-para saintis.

Tapi, bagi saya, apa pun mimpi tu, saya percaya, itu satu pertolongan atau ilham daripada Allah untuk mempermudahkan kerja saya.

Dan saya amat-amat bersyukur.

Serius saya bersyukur.

Alhamdulillah........



p/s: hehehehe…….. comel kan aku bila guna kata ganti nama ‘saya’??

p/s 2: hah, Che Jo, Hakim, Cik Anne. Aku dah buat entri panjang. Puas hati?? Puas hati??? Puas hatiiiiiii??? Hahahahha……..

p/s 3: Saiful ada blog baruuuuuuu..........

Monday, April 18, 2011

Dah lama aku tak update blog. Banyak juga orang bertanya kemana hilangnya DarkArtz yang hensem tu. Jadi, hari ni aku rasa bersemangat nak tulis entri.

Bismillah.........

Panjang tak tajuk aku??

Wednesday, April 13, 2011

Hari Jumaat Yang Lepas, Aku Tidur Dalam Ceramah Karnival Kerjaya......

Bismillah.......







Aku suka entri budak ni.........

Moga aku dapat pengajaran daripadanya.........






Dan semoga kamu juga!!!








Link






p/s: makin sibuk, makin malas taip entri........ hehehe.......


Kredit Celcom seposen pada Fasihahahahhahahahahahahahahahanum.


Saturday, March 26, 2011

Kempen Follow Blog Syazwan

Bismillah........

Kamu semua kenal Syazwan Samar tak???

Siapa tak kenal kan???

Celebrity PSK merangkap maskot Biomed.........

Sebut saja Syazwan terus teringat Biomed batch 2007/2008.........
Terus ingat abang jual seluar jeans kat wakaf che yeh.......

Okeh, aku tak mahu cerita panjang-panjang. Cuma nak beritahu kamu yang dia ada blog sebenarnya. Dulu private, sekarang dia dah publickan.......

Jadi, silalah menyokong beliau dengan menjadi follower blog beliau.

Blog beliau di link di bawah














KAH3x Amik kau wan!!! Janji dah aku tunaikan......

Wednesday, March 9, 2011

Susah Juga Nak Beri Tajuk Entri....

Bismillah........


Aku ingatkan kerja grafik untuk USMKK PC & Books Fair 2011 adalah kerja grafik terakhir aku. Rupa-rupanya tidak.

Suatu hari yang tenang, Syawal berjumpa dengan aku. Dia minta tolong aku buatkan poster untuk pertandingan futsal. Terus tak tenang jadinya hari aku. Waktu tu aku masih di fasa awal sebelum sibuk, jadi aku pun tolonglah dia.

Dalam masa pembikinan poster tersebut, aku dah berfikir habis-habisan, nak mereka bagaimana pula kali ni. Segala bahan rujukan dah aku rujuk. Ada yang cantik, tapi aku masih belum mampu buat. Akhirnya aku ingat aku nak buat poster yang serupa dengan Pertandingan Futsal & Bola Jaring Piala Pengarah dulu. Tapi aku yang jenis tak berapa suka nak ulang hasil kerja yang sama, terutamanya yang telah digunakan.

Sedang aku berfikir, tiba-tiba seorang kawan baik telefon aku. Dia minta aku temankan dia di makmal. Aku pun pergilah ke makmal. Semasa aku berjalan ke makmal, terus aku dapat idea. Kenapa tak buat yang ringkas sahaja kan??? Ringkas pun cantik juga kan???

Jadi, aku terus buat seperti poster di bawah. Gambar nampak seperti dah okey. Jadi aku tambah tajuk poster juga. pun nampak okey. Pada mulanya, aku tak mahu tulis syarat dan terma dalam poster ni sebab takut nampak serabut. Jadi, aku tulis hadiah sahaja, seperti di bawah.
Ringkas kan??? Aku rasa macam tak berapa cantik pula sebab bawah tu macam ada ruang kekosongan. Jadi, aku cuba masukkan syarat dan terma pada malam yang lain. Kebetulan, Syawal datang bersama Syafiq membawa logo-logo yang berkenaan. Jadi, hasil akhir seperti di bawah.
Dah siap untuk poster, Syawal suruh aku buat banner, banting dan nametag. Menyusahkan betul!!!! Awal-awal tak mahu cakap. Hishhhhhh........

Nasib baik dia ada tawaran yang menarik. Ngahahahahahahahhahaha......... Terima kasih Syawal.

Aku semakin suka buat kerja grafik yang seragam, sebab ia mudah dan menjimatkan masa. Hehehehe...... Nampak identitinya kan??

Tapi sayangnya, poster dan banting tak akan dicetak atas sebab-sebab tertentu. Jadi kamu tak bolehlah nak tengok. Dan nasib baik aku buat seragam kan???

p/s: di Nurani dah ada satu kedai cetak. Boleh cetak poster dan fotostat di situ. Kemudian aku ternampak khidmat cetak banner, banting, baju, sijil, dan lain-lain. Maknanya lepas ni kalau nak cetak, tak payah lah pergi jauh-jauh keluar USM. Tentang harga aku tak tahu. Hehehe.......

Tuesday, March 1, 2011

Semalam Che Jo Beli Kasut Baru..... Cantik Wooooooo........

Bismillah.........

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kamu semua tertunggu-tunggu tak aku update entri baru????

Ngehehehehehehehe~
Bajet artis, konon ramai peminat.........

Dan sekarang aku dah ada alasan tak update blog~
Ngehehehe........

Wednesday, February 9, 2011

Kita Dah Masuk Tahun Baru Rupanya.....

Bismillah.........

Malam semalam aku tidur lewat, dalam nak pukul 4.00 pagi jugalah. Okey, kamu tak tanya, tapi aku nak beritahu juga. Dah, dah, jangan menyampuk, aku nak bercerita ni. Malam semalam aku tidur lewat sebab buat draft untuk Research Proposal. Jadi malam ni aku rasa tak mahu sentuh jurnal lagi, rasa nak berehat. Sambil-sambil berehat, bolehlah aku update blog sikit.

Sebelum tu, aku tak sangka, dalam entri yang lepas, ada orang komen yang mengaku mereka adalah peminat setia blog aku. Fatin Athirah dan juga tukangmasak. Ohhhhh, aku terharu. Masuk mereka, aku dah ada 5 orang peminat setia. Ada sesiapa lagi tak nak jadi peminat setia blog aku?? Kalau lebih 10 orang, boleh aku tubuhkan Kelab Peminat DarkArtz.

Okeh, cukup tu. Nanti Amirah kutuk-kutuk aku lagi di blog beliau.

Jadi, malam ni, aku nak bercerita sedikit mengenai hasil kerja aku mengenai projek Syawal, USMKK PC & Book Fair 2011. Dengar kata, projek ni berlangsung dengan jayanya. Banyak pelawat. Mesti Syawal dapat banyak duit untuk Installation Night.

Bulan lepas, Syawal mesej aku, suruh aku tolong buatkan poster dan banner untuk projek ni. Aku agak berat hati nak menerima masa tu, sebab aku punya skill dalam Photoshop dah berkarat. Tapi kawan baik punya fasal, aku tolong juga.

Ada empat design poster yang aku buat. Dua design latar belakang hitam dengan warna jingga, cuba menampakkan betapa ekslusifnya projek Syawal ni. Satu design latarbelakang kertas nota, seperti yang diminta oleh Syawal, nak nampak macam Upin dan Ipin. Satu lagi design latarbelakang biru putih, nampak kelembutan di situ.

























Untuk banner, Syawal pilih design daripada poster latarbelakang hitam jingga tu. Jadilah banner seperti di bawah ini.

Dan akhir sekali, Syawal minta buat nametag untuk menggembirakan hati-hati kanak-kanak yang membantunya dalam projek kali ini. Aku buat ringkas sahaja macam yang aku buat semasa Ekspo Kampus dahulu, yang hanya menggunakan design poster.
















Okeh, ada satu cerita menarik mengenai hasil kerja aku pada kali ini. Hari ahad yang lepas, aku keluar daripada bilik tutorial. Kemudian terjumpa Akram dan Saiful. Tiba-tiba Akram berkata (dialog kami lebih kurang seperti di bawah):

“Kau tahu tak kau dah buat satu kesilapan besar?”

Hoh, aku tak perasan pun ada kesilapan. Mungkin terlepas pandang.

“Apa yang silapnya.”

“Tarikh….”

“Eh, salah tarikh ke??”

“Salah tahun. Kau tulis tahun 2010.”

Astaghfirullah……. Sebab semua design poster dan banner tu siap tahun 2010, sebelum 2011, aku secara tak sengaja tertulis tahun 2010. Ahahaha……..

Okeh, lupakan, projek dah tamat. Ahahahahahaha……….

Maaf Syawal. Kau pun tak perasan kan?? Ahahahhaha………

Kamu semua yang baca poster tu pun mesti tak perasan kan??

Hahahahaha.......






p/s: sedikit nasihat kepada exco grafik ataupun pengarah kepada projek besar, sekadar pandangan ikhlas aku.

Seperti yang aku katakan dahulu, kalau nak menampakkan projek tu adalah projek besar, exco grafik seharusnya guna satu design yang sama atau hampir sama untuk semua jenis media grafik yang dihasilkan. Baru nampak selerasan dan identiti sesuatu projek itu. Malah, ia memudahkan kerja dan tidak memerlukan masa yang lama untuk penghasilan kepada publisiti. Kebanyakan orang atau ketua lebih sukakan design yang berlainan untuk setiap satu jenis media grafik, seperti design nametag yang berlainan dengan design banner dan design poster.

Mungkin kamu ada pendapat yang tersendiri. Tak mengapa. Seperti yang aku nyatakan di atas, ini cuma pandangan aku daripada pengalaman kerja-kerja yang terdahulu…..

Thursday, January 13, 2011

"JPA TAK MASUK LAGI" bukanlah satu alasan.....

Bismillah........

Baru masuk minggu ke 3 semester, aku dah mula sibuk. Dengan FYP nya, dengan jurnal 'sekuriti guard'-yang-susah-nak-cari nya, dengan research proposalnya, dengan kursus kahwinnya, dan sebagainya. Sampaikan nak update blog pun tak ada masa dah. Bayangkanlah, hingga nak balas komen-komen kamu pun tak ada masa. Ish, ish, ish, aku amat-amat memerlukan pengurusan masa. Ada tak subjek elektif ini ditawarkan???

Minta maaf kepada peminat setia blog aku, terutamanya cik Anne (follower blog aku yang sangat setia), Hanisah (top first commenter entri-entri aku), Hakim (pengkritik setia yang banyak memberi idea) dan kamu semua, tak larat aku nak senaraikan seorang demi seorang. Kalau nak aku tulis nama kamu, sila beritahu, nanti aku tulis.

Bertambah sibuk lagi, Syawal yang sememangnya penyibuk tu memaksa aku tolong dia dengan projek besarnya sempena Installation Night, iaitu USMKK PC & Book Fair 2011. Saja dia nak menambahkan kerja aku. Kalau dia tak menangis melolong-lolong di Mydin hari tu sampai semua orang tengok, dah lama aku tak tolong dia. Okeh, aku tipu, tak mungkinlah kan dia nak buat begitu.

Apapun, aku ada tolong dia sikit membuat poster, banner dan nametag untuk projeknya. Akan aku ceritakan pada entri yang seterusnya nanti. Sekarang ni aku cuma nak promote sahaja projek Syawal di blog aku kepada kamu semua.


Datanglah beramai-ramai. Mari kita bersama-sama memeriahkannya. PC & Book Fair ni baru saja bermula hari ini. Sehingga hari Rabu nanti. Ada beberapa kedai menarik di situ.

Akhir kata, jangan jadikan cogan kata "JPA TAK MASUK LAGI" sebagai alasan kamu untuk tidak ke sana men'derma'.



p/s: ada satu kedai tu jual murah, cartridge ink hitam yang berharga RM55-60, dia jual RM37 saja....... Kamu jangan beli, aku dah chop!!!

Monday, January 10, 2011