Buah Hatiku.......

Bismillah........

Aku ada seorang anak buah. Perempuan jantinanya. Lahir bulan November tahun lepas. Masa tu dia kecil lagi. Biasalah kan, budak baru lahir memang kecil, mana ada yang besar.

Biasanya dia tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam. Mak dia pun dah naik geram, bila mak dia nak tidur, mesti dia jaga. Macam tak mahu beri peluang mak dia tidur. Aku yang suka berjaga malam ni pun kiranya banyak kali juga lah bermain dengan dia.

Akhir bulan Disember pula, aku balik ke Kelantan, untuk menuntut ilmu semester terakhir. Hinggalah sampai ke bulan Mei aku tak pulang-pulang ke rumah, sebab FYP yang memerlukan pemeriksaan sampel yang banyak. Dalam masa tu, tak dapatlah aku berjumpa dengan anak buah aku tu.

Pertengahan bulan Mei, lepas segala urusan di USMKK tamat, aku pulang ke rumah. Jumpalah aku dengan anak buah aku yang seorang ni.

Waktu mula-mula tu, dia tenung saja muka aku. Hensem sangat rasanya aku ni. Kemudian dia menangis. Menangis kuat-kuat pula tu. Meraunggggg….. Hahahaha, nampak sangat dia dah lupa pada aku.

Yang tak boleh tahan tu, setiap kali budak ni datang rumah, tengok aku je, mesti menangis. Sampai keluar air mata!! Hahahahaha…… Aku pun hairan, hensem sangat ke aku ni?


Gambar dia masa kecil-kecil dulu. Sebiji macam ayah dia.

Aku nak tangkap gambar, dia boleh posing pula. Perangai siapa la dia ikut ni.....

Tapi itu cerita lama. Sekarang, dia dah biasa dah dengan aku. Dah boleh main-main dah dengan aku. dah boleh senyum-senyum dah. Kalau mak dia ada kerja, aku lah yang kena dukung dia, bawa ke hulu ke hilir.

Nama budak ni Azrin Azmairah.

Sunday, October 2, 2011