Kita Dah Masuk Tahun Baru Rupanya.....

Bismillah.........

Malam semalam aku tidur lewat, dalam nak pukul 4.00 pagi jugalah. Okey, kamu tak tanya, tapi aku nak beritahu juga. Dah, dah, jangan menyampuk, aku nak bercerita ni. Malam semalam aku tidur lewat sebab buat draft untuk Research Proposal. Jadi malam ni aku rasa tak mahu sentuh jurnal lagi, rasa nak berehat. Sambil-sambil berehat, bolehlah aku update blog sikit.

Sebelum tu, aku tak sangka, dalam entri yang lepas, ada orang komen yang mengaku mereka adalah peminat setia blog aku. Fatin Athirah dan juga tukangmasak. Ohhhhh, aku terharu. Masuk mereka, aku dah ada 5 orang peminat setia. Ada sesiapa lagi tak nak jadi peminat setia blog aku?? Kalau lebih 10 orang, boleh aku tubuhkan Kelab Peminat DarkArtz.

Okeh, cukup tu. Nanti Amirah kutuk-kutuk aku lagi di blog beliau.

Jadi, malam ni, aku nak bercerita sedikit mengenai hasil kerja aku mengenai projek Syawal, USMKK PC & Book Fair 2011. Dengar kata, projek ni berlangsung dengan jayanya. Banyak pelawat. Mesti Syawal dapat banyak duit untuk Installation Night.

Bulan lepas, Syawal mesej aku, suruh aku tolong buatkan poster dan banner untuk projek ni. Aku agak berat hati nak menerima masa tu, sebab aku punya skill dalam Photoshop dah berkarat. Tapi kawan baik punya fasal, aku tolong juga.

Ada empat design poster yang aku buat. Dua design latar belakang hitam dengan warna jingga, cuba menampakkan betapa ekslusifnya projek Syawal ni. Satu design latarbelakang kertas nota, seperti yang diminta oleh Syawal, nak nampak macam Upin dan Ipin. Satu lagi design latarbelakang biru putih, nampak kelembutan di situ.

























Untuk banner, Syawal pilih design daripada poster latarbelakang hitam jingga tu. Jadilah banner seperti di bawah ini.

Dan akhir sekali, Syawal minta buat nametag untuk menggembirakan hati-hati kanak-kanak yang membantunya dalam projek kali ini. Aku buat ringkas sahaja macam yang aku buat semasa Ekspo Kampus dahulu, yang hanya menggunakan design poster.
















Okeh, ada satu cerita menarik mengenai hasil kerja aku pada kali ini. Hari ahad yang lepas, aku keluar daripada bilik tutorial. Kemudian terjumpa Akram dan Saiful. Tiba-tiba Akram berkata (dialog kami lebih kurang seperti di bawah):

“Kau tahu tak kau dah buat satu kesilapan besar?”

Hoh, aku tak perasan pun ada kesilapan. Mungkin terlepas pandang.

“Apa yang silapnya.”

“Tarikh….”

“Eh, salah tarikh ke??”

“Salah tahun. Kau tulis tahun 2010.”

Astaghfirullah……. Sebab semua design poster dan banner tu siap tahun 2010, sebelum 2011, aku secara tak sengaja tertulis tahun 2010. Ahahaha……..

Okeh, lupakan, projek dah tamat. Ahahahahahaha……….

Maaf Syawal. Kau pun tak perasan kan?? Ahahahhaha………

Kamu semua yang baca poster tu pun mesti tak perasan kan??

Hahahahaha.......






p/s: sedikit nasihat kepada exco grafik ataupun pengarah kepada projek besar, sekadar pandangan ikhlas aku.

Seperti yang aku katakan dahulu, kalau nak menampakkan projek tu adalah projek besar, exco grafik seharusnya guna satu design yang sama atau hampir sama untuk semua jenis media grafik yang dihasilkan. Baru nampak selerasan dan identiti sesuatu projek itu. Malah, ia memudahkan kerja dan tidak memerlukan masa yang lama untuk penghasilan kepada publisiti. Kebanyakan orang atau ketua lebih sukakan design yang berlainan untuk setiap satu jenis media grafik, seperti design nametag yang berlainan dengan design banner dan design poster.

Mungkin kamu ada pendapat yang tersendiri. Tak mengapa. Seperti yang aku nyatakan di atas, ini cuma pandangan aku daripada pengalaman kerja-kerja yang terdahulu…..

Thursday, January 13, 2011

2 Comments:

Unknown said...

a typical darkartz's designs..
nothing special..but cantik..
keep up the good work!!

-me- said...

update.....
huhuhuhuhuhu~