"JPA TAK MASUK LAGI" bukanlah satu alasan.....

Bismillah........

Baru masuk minggu ke 3 semester, aku dah mula sibuk. Dengan FYP nya, dengan jurnal 'sekuriti guard'-yang-susah-nak-cari nya, dengan research proposalnya, dengan kursus kahwinnya, dan sebagainya. Sampaikan nak update blog pun tak ada masa dah. Bayangkanlah, hingga nak balas komen-komen kamu pun tak ada masa. Ish, ish, ish, aku amat-amat memerlukan pengurusan masa. Ada tak subjek elektif ini ditawarkan???

Minta maaf kepada peminat setia blog aku, terutamanya cik Anne (follower blog aku yang sangat setia), Hanisah (top first commenter entri-entri aku), Hakim (pengkritik setia yang banyak memberi idea) dan kamu semua, tak larat aku nak senaraikan seorang demi seorang. Kalau nak aku tulis nama kamu, sila beritahu, nanti aku tulis.

Bertambah sibuk lagi, Syawal yang sememangnya penyibuk tu memaksa aku tolong dia dengan projek besarnya sempena Installation Night, iaitu USMKK PC & Book Fair 2011. Saja dia nak menambahkan kerja aku. Kalau dia tak menangis melolong-lolong di Mydin hari tu sampai semua orang tengok, dah lama aku tak tolong dia. Okeh, aku tipu, tak mungkinlah kan dia nak buat begitu.

Apapun, aku ada tolong dia sikit membuat poster, banner dan nametag untuk projeknya. Akan aku ceritakan pada entri yang seterusnya nanti. Sekarang ni aku cuma nak promote sahaja projek Syawal di blog aku kepada kamu semua.


Datanglah beramai-ramai. Mari kita bersama-sama memeriahkannya. PC & Book Fair ni baru saja bermula hari ini. Sehingga hari Rabu nanti. Ada beberapa kedai menarik di situ.

Akhir kata, jangan jadikan cogan kata "JPA TAK MASUK LAGI" sebagai alasan kamu untuk tidak ke sana men'derma'.



p/s: ada satu kedai tu jual murah, cartridge ink hitam yang berharga RM55-60, dia jual RM37 saja....... Kamu jangan beli, aku dah chop!!!

Monday, January 10, 2011

11 Comments:

tikahmodjaika said...

ala..pkcik jgn ar kdkut sgt....aku pun tgh nk crik ink murah nie.....dmi security guard tchenta nie.....gpun x kan dy nk jual stu khas tuk pkcik je kan......

Unknown said...

cartridge itam 37 je?
hwaa..aku sangat memerlukan!
trimas for the info! :D
yg warna murah gak ke?

-me- said...

saya?
nak gak!!
hehehe...

(tipu je)

Quzie Fathihah said...

murah nye....
nak beli....
tp sayang JPA xmasuk lagi....

Lea Isnawi said...

kalo ko xnak org beli..
patutnya ko xyah la promote...haha

Ms. Candy said...

erk~
hampir terkena heart attack dgn ayat "follower blog aku yang sangat setia"..
am i??
hahaha...~~

p/s: katrij printer laserjet samsung ML-2240 ada x?? mintak tlg usha kan harga bley..? harga yg bli kat kdai biasanya rm 190... if kat sna murah, nnti nak g beli... (biasanya sy bodek tokey kdai, dapat la harga rm 170)...=P

Fatin Athirah said...

aku takdak ka weh??huhu
murahnya ink tu...ori ka?
tak pa la..aku tak mmpu, refill ja..

Din_diet said...

aku rasa aku tahu sebab apa JPA lambat masuk.hmm

chanz said...

haha aku bukan jpa alasan.....haha~ nice mention my name..hehe

DarkArtz said...

tikah: aku dah beli dah.......
dia kasi kurang lagi, aku dapat RM 35 je.......
gahahahha........

nisah: aku dah beli ngan harga RM 35......
lagi murah kan???
hahahhaa.......
cartridge warna aku elok lagi, jadi aku x check harga........

tukangmasak: awak pon nak gak???
oh, saya terharu.......
huhuhu.......

nadiah: hoh, kan dah cakap, jangan jadikan ia satu alasan.......
huhuhuhu........

quzie: ni lagi sorang.........
JPA tak masuk lagi bukan satu alasan!!!
hehehe........

DarkArtz said...

lea: perlu promote!!!
ni pon untuk installation nite gak.......
maka haruslah support junior2.........

anne: cam tak caya kan???
saya pon x caya gak mula2 tu.....
hehehhe.......
rasanya x nampak pula cartridge laserjet.......

fatin rara: kau pon peminat blog aku rupanya!!!
aku terharu!!!
huhuhu.......
beli la, wat emergency case.......

din: sila tulis entri mengapa JPA masuk lewat dengan kepanjangan 5000 patah perkataan......

hakim: hahahaha, kau memang xleh nak datang pun........
mestilah mention nama kau sebab kau memang peminat setia blog aku pon......
hehehe.....