Anjing Menyalak Menandakan???

Bismillah........

Banyak orang berkata entri aku yang lepas amat menarik hati, malah mempunyai makna tersirat, yang sukar diungkapkan. Tujuh kali baca, setiap kali tafsir, mempunyai makna berlainan. Ya, itu memang benar. Aku sebenarnya ambil masa 13 hari 9 malam untuk berfikir bagaimana membuat entri sebegitu. Itu baru tempoh fikir bagaimana nak buat, belum lagi tempoh nak membuatnya.

~Sebenarnya aku tak ada idea nak tulis apa dalam entri tu. Tapi banyak pihak suruh aku update, ditambah pula dengan kawan-kawan lain semuanya dah update, maka aku tekan butang ‘publish’ saja. Dah, abaikan bisik hati aku ni.~

Okeh, kali ni aku nak bercerita mengenai peristiwa minggu lepas. Ingin aku nyatakan dahulu, yang peristiwa ini adalah benar dan ia betul-betul terjadi. Maka, sesiapa yang lemah semangat seperti tukangmasak dan Syawal, silalah jangan baca entri kali ini.

********

Dah dua minggu aku berada di Maktab PDRM. Masih lagi belajar sambil membuat praktikal yang kini makin menimbun laporan yang masih tak dibuat. Setiap minggu paling kurang pasti ada tiga laporan yang perlu disiapkan.

Aku dan kawan-kawan seforensik tahun empat menetap di maktab ini. Dengarnya dahulu, kawasan ini agak ‘keras’ sedikit. Adalah berlaku benda-benda pelik sedikit. Alhamdulillah, ada seorang Ustaz yang bekerja di sini dah halau makhluk halus tersebut.

Minggu lepas, waktu tu baru lepas Maghrib, aku baru selesai solat Maghrib. Aku sebilik dengan Che Jo. Tapi Che Jo dah keluar pergi membeli makanan bersama Ijon. Maka tinggallah aku keseorang di dalam bilik.

Selesai solat Maghrib, aku baca Al-Quran, sementara menunggu masuknya waktu Isyak. Cuba menghabiskan beberapa mukasurat. Bacaan aku tidaklah sehebat dan sesedap teman sebilikku, malah merangkak-rangkak, tapi gigih juga aku menghabiskannya.

Tiba-tiba, semasa aku tengah mengaji, dari kejauhan, aku terdengar sayup-sayup bunyi anjing menyalak. Rasanya lebih dari seekor anjing yang menyalak. Dan salakan mereka berpanjangan.

Teringat aku pada kata-kata Ijon sebelum ni. “Anjing tu menyalak mesti sebab nampak ‘ehem-ehem’.” Apakah ‘ehem-ehem’ itu??? Fikirkan sendiri. Use your imagination, bak kata spongebob.

Dan salakan anjing-anjing tu berpanjangan. Memang panjang sebab tak sama dengan yang sebelum ni, yang salakan mereka hanya sebentar sahaja. Tapi waktu tu memang lama sedikit.

Aku terus mengaji dan meninggikan sedikit suara bacaan aku. Biasalah tu, tipikal budak penakut. Bunyi salakan masih lagi berbunyi. Tapi semakin kuat. Seolah-olah jaraknya semakin berkurang. Betul, ini tak tipu.

Dengan iman di dada yang sememangnya sedikit sangat ni, aku teruskan lagi bacaan aku. Suara aku kuatkan lagi. Bunyi salakan tetap terus berbunyi. Tapi tidak aku pedulikan. Perhatian aku tumpukan pada bacaan.

Tiba-tiba, dalam bilik tu aku rasa sejuk. Betul-betul sejuk. Sejuk hingga ke tulang. Bulu roma semua tegak berdiri. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Kenapa tiba-tiba sejuk semacam saja ni. Bunyi salakan anjing pun masih kedengaran lagi waktu tu.

Ingin aku ingatkan sekali lagi, ini kisah benar.

Bacaan aku tamat. Perlahan-lahan aku tutup Al-Quran. Aku pandang ke kiri, arah meja dan katil Che Jo. Perlahan-lahan.

Dan aku nampak………

Di atas tingkap…….

Astaghfirullah…….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

“Patutlah sejuk…… aku pasang air-cond rupanya.”

p.s : tujuan cerita ni saja aku nak beritahu kamu semua, yang bilik aku ada air-cond. Oh, aku tau aku memang jakun sebab bilik di rumah aku tak ada air-cond, dan juga bilik-bilik di USMKK mestilah tak ada air-cond kan??? Ngehehehhee…….

Sunday, July 25, 2010

7 Comments:

Unknown said...

ceh. xde kaitan bunyi anjing menyalak ngan aircond.

tikahmodjaika said...

cet....

DarkArtz said...

huahahahahahahhahahha............
kan ke aku dah cakap, entri ni sekadar nak kasitau bilik aku ada aircond je........
bilik kat usmkk takde aircond.........
muahahahaha.......
anjing2 tu kendian lepas satu masa dia tak menyalak dah.......
selalunya gitu la.........

Lea Isnawi said...

apsal aku xdgr weyh? ~:p

DarkArtz said...

lea: kau kushyuk buat lab repot..........
mana nak dengar........
huhuhu........

amirah: entah le..........
tapi rasanya semua orang dengar kot.......
yang paling best, ari tu ijon dengar "tolong, tolong" kendian bunyi salakan anjing..........

Jier said...

Ape bodoh sangat cerita ni. Lari jauh tajuk anjing.

nuraina hasina said...

Haih sabar jela aku baca 😂😂