Naruto Pun Akan Rasa Sakit Kalau Main Badminton 4 Jam......

Bismillah........

Ada banyak cerita menarik yang aku ingin coretkan pada kali ini. Semalam hari Jumaat, penghulu segala hari. Dan aku lalui hari semalam dengan bezanya berbanding hari-hari yang lain. Pelbagai perkara yang menarik berlaku semalam.

Aku ada tujuh belas cerita yang ingin aku coretkan mengenai semalam. Mari aku taipkan cerita pertama.

Setelah bertahun-tahun aku tak bermain badminton, seperti yang aku beritahu dalam entri terdahulu, akhirnya semalam aku mengambil keputusan untuk memegang raket dan memukul bulu tangkis, dalam erti kata senang, bermain badminton. Itu pun setelah dipujuk rayu, dipaksa, diugut dan diseksa oleh seorang kawan baik aku.

Dalam tempoh 24 jam semalam, 4 jam lebih aku habiskan masa bermain badminton sahaja. Luka-luka jari halus aku sebab pegang raket RM 5 kepunyaan adik aku, yang aku curi sebentar. Kemudian badan pun rasa lain macam, hinggalah sekarang….

Erghhhh…..

Masih sakit…..

Aku dah tak mampu nak meneruskan entri ini. Nantilah aku sambung. Badan aku amat sakit ni.

Nampaknya aku kena berehat seminggu......

Nak tidur......

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

HAH, GEDIK LAHHHHHH!!!!

Lee Chong Wei, Lin Dan semua main badminton 23 jam sehari, okey saja. Tak sakit-sakit pun. Kau baru 4 jam main, dah merana. Apa cerita?

Tu lah kau, tidur tak ingat dunia, jogging pun dah tinggal lama, habis semua antibodi dan stamina hilang begitu saja.

Sakittttt………

p/s: 4 perenggan di bawah ini adalah monolog aku...... tolong jangan baca...... kalau dah baca, buat tak tau saja....... uhhhh, sakittttt........

Saturday, June 26, 2010

Aku Pergi Kenduri Kahwin Tadi

Bismillah........


Minggu lepas, aku pergi ke kenduri kahwin abang Wali.....

Semalam aku pergi kenduri kahwin abang Ran.....

Kawan-kawan pun dah ada juga yang dah kahwin, ramainya yang dah kahwin adalah pelajar medik. Pelajar Sains Kesihatan pun ada yang dah kahwin. Rakan seforensik aku pun ada dua orang yang dah kahwin.

Malah ada juga yang dah merancang nak kahwin pada masa akan datang. Quzie nak kahwin bulan Disember ni. Lukman pun kata nak kahwin sebaik selepas habis tahun empat nanti. Huda pun dengar cerita dah dipinang doktor. Aishah dan Haida pun dengar gosipnya akan

Tiba-tiba, aku terfikir satu soalan. Soalan jiwa raga. Tak tahu aku nak menjawabnya.
























KAMU SEMUA PULA, BILA NAK KAHWIN???


Umur kamu semua dah nak tua dah, tapi tak kahwin-kahwin lagi

Aku cadangkan kamu semua kahwin sebelum cuti semester ni bermula.
Hahahaha, nanti nak kahwin, jemputlah aku ya.....
Aku suka makan nasi minyak ngan ayam goreng rempah atau masak merah.

Huhuhu........


p/s: nama-nama di atas adalah mereka yang update blog malam ni. Sekadar penyeri entri. Hehehe...... Nak tau betul atau tidak, tanyalah depa sendiri........

Sunday, June 20, 2010

Penantian Berakhir....

Bismillah........

Semalam, warga Malaysia sekali lagi telah digemparkan sekali lagi dengan berita hangat. Ramai yang menyambutnya dengan hati yang sedih, tapi ada juga yang bergembira. Masyarakat akhirnya tidak menunding jari sesama sendiri setelah mengetahui berita tersebut. Berita keputusan peperiksaan dah keluar. Hohoho…..

Bila dapat keputusan peperiksaan semalam, tiba-tiba aku terkenang semester lepas. Semester yang bagi aku sibuk sekali. Sibuk sangat rasanya semester lepas. Padahal semua semester sama saja sibuknya. Tapi aku nak juga cakap semester lepas paling sibuk. Jangan kamu tanya kenapa. Huhuhu…..

KRIMINOLOGI

Belajar mengenai psikologi penjenayah dan semua yang terlibat dalam sistem perundangan dan keselamatan. Belajar psikologi memang menarik sampai dengan diri aku sekali jadi psiko. Mungkin sebab banyak sangat assignment dan ceramah PDRM dua hari yang memengantukkan. Tidak dilupakan juga dendam kepada kumpulan yang buat tajuk ‘penjara’, sampai masuk soalan esei dan aku terkebil-kebil nak menjawabnya.

TEKNOLOGI DNA FORENSIK

Subjek yang menarik. Bila Dr. Zafarina mengajar, aku faham. Bila Dr. Paneer mengajar, aku faham separuh. Separuh lagi aku tidur dalam kelas. Oh, tolong jangan bagitau Dr. Paneer. Aku kantoi dalam subjek ni mungkin semasa Problem Based Learning, sebab tak tau nak cakap apa.

SEROLOGI

Yang ini adalah kelas Mari Tidur Bersama-sama. Kasihan dengan Dr. Paneer, sebab kami suka tidur dalam kelas dia, terutamanya budak lelaki. Pernah sekali tu, satu barisan belakang tidur. Geng-geng tidur adalah aku, Che Jo, Hafiz dan Phang. Wali tukang ambil gambar orang tidur. Tapi aku cukup suka dengan subjek ni sebab mudah nak faham. Ayat kegemaran Dr. Paneer yang aku sentiasa ingat, “You must read!!! You never read!!”

KIMIA SURIH

Kenangan manis aku dalam subjek ni adalah semasa nak menjawab OSPE. Aku punyalah pulun baca laporan-laporan makmal yang aku dah buat sepanjang semester lepas. Akhirnya malam terakhir sebelum OSPE, aku pinjam laporan makmal tahun kedua, budak tak matang ni punya. Saja aku pinjam untuk maklumat tambahan. Akhirnya aku tak jadi nak baca sebab aku fikir mestilah soalan OSPE keluar yang tahun ketiga punya, takkan keluar tahun kedua punya soalan kan??? Common sense lah tu kan.

Akhirnya semua soalan OSPE keluar soalan tahun kedua, sampai menganga aku dibuatnya……. Sungguh ‘manis’ kenangan tersebut……

PERGIGIAN FORENSIK

Subjek elektif yang menarik. Dr. Fadhli banyak buat lawak sempoi. Paling suka datang kelas dia. Nota pun berapa saja. Nama pun subjek elektif, mestilah nota sikit. Tapi peristiwa ini terjadi pula. Huhuhu……..

BAHASA INGGERIS SAINTIFIK

Subjek aku dipaksa menjadi ketua kelas bersama Rausyan. Tapi Rausyan lagi banyak buat kerja. Hohoho…… Susah wooo belajar Bahasa Inggeris ni. Sejak sekolah rendah aku tak dapat skor. Entah bilalah baru aku skor. Perkara yang aku masih ingat adalah semasa pembentangan BI dan semasa lewat ke peperiksaan.

SENI FOTOGRAFI

Antara subjek kokurikulum yang menarik. Menarik sebab aku dapat A. Ngeeeeeeeeee……… Jadi kawan-kawan, silalah cuba ambil subjek ni ya……. (aku mempromosikan subjek ini kepada kamu semua. Silalah ambil subjek ini)

Akhirnya, semester lepas dah pun berlalu sepenuhnya. Keputusan peperiksaan semester lepas pun sudah kita tahu. Ada yang bergembira, ada yang sedih pilu.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan keputusan aku, walaupun gred jatuh dan tak setinggi mana pun. Namun aku tak sangka aku masih dapat lulus dalam semua subjek semester lepas sebab banyak sangat bermain dalam semester ini. Sempat lagi aku bermain dalam sibuk. Semuanya sebab tok imam ni goda aku suruh main Facebook. Hahahaha, ampuunnn, Sepul, aku gurau saja.

Terima kasih juga kepada semua pensyarah dan kawan-kawan yang banyak membantu aku. Walaupun aku ni jenis yang susah-nak-faham, kamu semua tetap mengajar aku terutamanya si budak ini. Entah berapa kali dia pening kepala mengajar aku, aku pun tak tahu. Huhuhu…..

Terima kasih juga kepada mereka yang banyak berdoa untuk kejayaan bersama. Mungkin aku tak tahu siapa, namun aku tahu, masih ada yang berdoa kejayaan kita bersama (mungkin senior, mungkin juga junior, mungkin juga anda-anda yang sedang membaca tu, huhuhu...).

TERIMA KASIH SEMUA

Semester depan, aku dah tahun keempat, bakal digelar senior. Hehehe…….

Boleh buli junior….

Wednesday, June 9, 2010

Apabila Malam Tiba..........

Bismillah........

Malam tiba lagi. Ya. Setiap hari memang malam akan tiba. Semua orang tahu itu kan??

Dan aku….

Sering dikacau. Diganggu. Terganggu. Bercelaru. Pening kepala.

Oleh beliau.

Beliau yang hampir setiap hari aku layan. Rasanya bukan hampir, tapi memang setiap hari. Dulu tak ada serapat begini dengan beliau. Tapi sejak cuti ni makin rapat. Makin dekat. Makin erat. Dengan beliau.

Encik Insomnia.

Sejak bermulanya cuti semester, aku mula melunaskan atau mengqadha tidur aku. Tidur tak ingat dunia. Tapi bangun juga ingat nak makan, sembahyang dan sebagainya. Sejak dari cuti seminggu di kampus, menyelesaikan perkara yang patut dilunaskan, aku balik rumah. Dan di rumah, hampir setiap hari aku dikunjungi Encik Insomnia ni. Akibatnyaaaaaa…….

AKU TAK BOLEH TIDUR MALAM.

Setelah mencuba bermacam-macam cara, akhirnya aku dapat tidur tapi tidur lewat tengah malam. Lebih spesifik, nak masuk pagi baru boleh tidur. Lebih spesifik lagi, hampir pukul 2 atau 3 pagi baru aku boleh tidur. Ohhhh, sungguh menyeksakan. Adakah ini kesan peperiksaan yang aku selalu tidur lewat atau tak tidur dahulu sebab baca nota??

Pelik…….

Sebab aku memang seorang yang mudah tidur. Baring sahaja terus tidur. Masuk kereta, terus tidur. Lepas makan, terus tidur. Lepas sembahyang, pun tidur juga. Tapi bila aku nak tidur malam, baring macammana pun, duduk macammana pun, berjalan macammana pun, berlari macammana pun, tetap tak dapat tidur.

Aku bagi contoh.

Dua minggu lepas, mak aku suruh aku tidur awal. Sebab keesokan harinya ada kerja yeng perlu aku lakukan. Kerana aku anak yang baik, aku turuti arahannya. Huhuhu……. (tutup muka). Aku pun masuk tidur pukul 11 malam. Ya, awal kan?? Pukul 11 malam.

Aku tutup suis lampu. Aku baring atas katil. Bilik gelap. Kipas berpusing. Siling kelabu. Sunyi sepi. Satu keadaan yang sesuai untuk orang tidur. Tapi aku tak boleh nak tidur.

Aku pusing ke kanan. Tak mahu tidur. Aku pusing ke kiri. Tak mahu tidur juga. Aku cuba tidur mengiring. Pun tak boleh tidur. Aku cuba pula tidur meniarap. Tak tidur juga aku. Aku cuba pula tidur bawah katil, tidur atas rak, tidur dalam almari. Okey, itu aku tipu. Tak mungkinlah aku tidur begitu. Tapi aku tetap tak boleh tidur juga.

Akhirnya, aku tidur juga. Tapi dah masuk pukul 2 pagi. Iyeeee, pukul 2 pagi. Tiga jam aku bergelut untuk tidur.

Aku tanya dengan emak aku, kenapa aku tak boleh nak tidur malam dah sekarang. Mak cakap,

“Dah tu selalu sangat tidur siang, mana nak tidur malam.”

Hmmm, betul juga. Tapikan, sebab tak dapat tidur malamlah, aku tidur siang.

Huhuhu, makin pelik aku ni.

P/s: Sesiapa yang ada idea bagaimana nak rawat penyakit ni, bolehlah hubungi aku ya……. Hohoho………

p/s 2: kamu semua tahu tak apa maksud Insomnia???

Wednesday, June 2, 2010